Teman-teman

Saturday, May 08, 2010

Ni Yang Tak Tahan

Sudah empat hari batukku tidak kebah. Hari dah semakin dekat. Isteri aku sudah mula risau dengan keadaan batukku. Memang aku ni kalau batuk satu rumah boleh bergegar. Jiran-jiran berdekatan sudah mula menasihati aku agr segera ke klinik takut akan memudaratkan aku lagi. Rakanku pula memberi nasihat yang membuatkan aku bertambah risau.
" Mu gi cek di klinik. Sekarang ni Hech Wang Eng Wang ( H1N1 ) dah menyerang balik ". Aku terbatuk-batuk gelihati mendengar loghat Terengganu. Hairan juga sudah 10 tahun dia berada di Penang loghatnya masih lagi pure. Anak-anaknya dah pure Penang mereka. Akhirnya aku mengambil keputusan ke klinik juga. Alhamdulillah hanya batuk sahaja. Dr memberi ubat batuk serta anti biotik. Pulang kerumah isteriku mulalah start nak kuarantin pemakanan aku. " Hari ini abang makan sayur tauge.

Sayur tauge campur takua

Namun aku meminta agar dia membuat masak asam ikan haruan kering. Aku amat suka dengan masakan ini. Akhirnya jadilah juga masak asam idaman. Orang pandai masak katakan. Aku ambil masak asam aku modified sikit masukkan cili padi. Marah isteriku kerana masukkan cili padi. " Abang ni tak serik-serik batuk teruk. Ni masuk pula cili padi kedalam ". Terdiam aku mendengar rintihan isteriku. Dia kuis-kuisnya cili padi ketepi.

Masak asam ikan haruan kering

Aku menerima panggilan talipon dari rumah ibu mertuaku. Mereka meminta agar aku kesana untuk mengambil gulai ayam kampong. Dugaan apa yang Allah berikan kepadaku. Untuk tidak mengecil hati mereka aku kesana juga. Setelah membawa pulang aku tunjukkan pada isteriku. " Abang nak makan ka gulai ayam tu. Nampak berminyak ". Perlahan suara isteriku bertanya. Akhirnya aku meminta isteriku menyimpannya didalam tempat beku. Bila baik aku makan gulai ayam kampong.
Gulai ayam kampong

Akhirnya sayur tauge dan masak asam menjadi santapan tengahariku. Senyum isteriku bila aku menerima tegurannya. Dibancuhnya secawan kopi panas jenama Emran cafe. Produk orang islam menggantikan Nescafe yang aku suka. Produk Nestle merupakan penyumbang kepada pembunuhan rakyat palestin. Jadi biarlah mahal sedikit janji ia merupakan produk islam. Isteriku membeli di Halal Mart. Rasanya sedap juga. Macam Nescafe. 100 gram sebanyak RM6.
Alhamdulillah setelah makan ubat batuk dan anti biotik, dadaku terasa lapang. Tak sabar nak rasa ayam kampong. Dasar tak sabar sungguh manusia ini.

Emran Cafe produk orang islam

5 comments:

ain fathihah fhm said...

moga encik Diman cepat sihat tubuh badan..

Ariff Budiman said...

Terima kasih banyak-banyak ain

Guru said...

tak pernah jumpa lagi emran cafe ni...

Ariff Budiman said...

Emran cafe dari Sungai Petani namun di Penang masih susah jumpa. Isteri terjumpa di Halal Mart disini.

hentian said...

Nampaknya selepas H1N1, WN makan 1 by 1...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...