" Pakcik boleh ka datang kerumah. Ada benda nak bagi ". Aku menerima panggilan talipon dari anak saudara sebelah arwah isteriku. Mereka juga begitu rapat dengan aku seperti anak-anak saudaraku juga. Sampainya aku disana dihulurnya sekotak yang aku sendiri tidak tahu apa isinya didalam. " Ini saja yang dapat kami bagi dekat pakcik. Semoga keadaan lutut pakcik sembuh dan dapat mengerjakan umrah dengan sempurna ". Terharu aku menerima kotak yang amat cantik. Tertera jenama Perfect Slim. Kata mereka ia untuk mengeluarkan toksid yang berada didalam badan. Aku membaca khasiat yang terdapat pada perfect Slim. Diantaranya ialah melegakan sakit lutut. Kata mereka sebelum tidur lekatkan pack dibawah tapak kaki. Keesokan harinya akan nampak hitam dan itulah toksid yang dikeluarkan.
Sebelum tidur aku pun lekat seperti yang diarahkan. keesokan harinya kelihatan hitam yang banyak melekat pada pack yang dilekatkan di kedua-dua tapak kakiku. Alhamdulillah aku dapat bangun dan berjalan sedikit laju dari biasa. Aku tidak lagi merasa denyutan didalam tempurung lututku. isteriku bersyukur melihat perubahan pada lututku. Apa tidaknya, hanya tinggal 4 hari lagi kami akan ke Mekah. Malam ini kata isteriku dia nak aku rendam kakiku didalam air suam. Katanya ia baik. Semasa arwah Siti Aishah ada inilah juga kaedah yang kerap digunakan. Pantang melihat aku terhencut-hencut sakit. Dimasaknya air panas lalu ditambahnya sedikit garam lalu kaki aku direndam didalam air suam. Memang terasa amat melegakan. Aku bersyukur kepada Allah sekurang-kurang ada juga isteri yang dapat membantuku ketika aku terhencut-hencut kesakitan.
Pada anak saudara sebelah arwah isteriku terima kasih banyak-banyak kerana sudi membantu. Insyaallah pakcik akan doakan agar kesemua anak saudaraku mendapat kejayaan didunia dan juga diakhirat. Mereka banyak memberi nasihat kepadaku ketika aku berduka. Kepada anak saudara sebelah aku seperti blogger Bearcat dan Usus itu panjang, Pak Anjang doakan agar Allah
juga memberi kebaikan dan dipermudahkan segala urusan. Kepada anak saudaraku sakinah selamat berangkat ke luar negara. Semoga dapat menimba ilmu yang berguna disana. Jagalah akhlak semasa berada dirantauan.
2 comments:
terima kasih byk2.inshaAllah semoga kita sama2 slamat di perantauan.
Semoga paknjang selamat pergi dan selamat kembali. Insyaallah, nanti kita jumpa di airport.
Post a Comment