Ketika aku sedang makan, dari jauh kelihatan rakanku baru keluar dari kereta bersama anak gadisnya. Memandangkan kami agak rapat aku memanggilnya untuk makan bersamaku. Beliau terus datang dan kami makan bersama. Dia beritahu yang dia baru menemani anakknya ke kedai filem membeli gambar Korea. Aku begitu meminati topik ini sebab ramai dikalangan anak remaja amat tergila-gila dengan cerita Korea dan Indonesia. Aku meminta kepada anak gadis rakanku filem Korea yang baru dibeli lalu aku snap depan muka DVD itu. Anak gadis rakanku meminta diri untuk pulang manakala kami berdua bebrbual-bual. Akhirnya dia bersuara sambil merungut yang anak gadisnya kini telah jauh berubah. Kalau dulu diajak kemana saja anak akan mengikut. Kini kalau diajak anak gadisnya tak mahu mengikut sebab filem Korea yang sebanyak 8 disc belum habis lagi.
Aku pun agak pelik juga dengan generasi sekarang. Asyik berada didepan kaca televisyen menghabiskan masa dengan menonton drama Korea dan Indonesia. Mereka tidak lagi memperdulikan kalau ada tetamu yang datang. kalau rumah dua tingkat memang mereka tidak akan turun. Jikalau rumah flat terpaksalah TV ditutup. Rakanku terus merungut yang anaknya tidak lagi mahu mengikuti kelas agama padahal surau berada sebelah rumahnya saja. Begitu asyik dengan drama Korea sehinggakan waktu azan tidak diperdulikan. Hanya selesai 1 disc yang mengambil masa selama 2 jam barulah nak bergerak untuk solat.
Kalau tak selesai lagi akan di pausenya DVD. Selesai solat cepat-cepat sambung kembali. Ini bermakna sembahyang mereka tidak khusyuk. Rungutan rakanku tadi begitu bermakna buatku sebab aku dapati di tempat tinggalku pun bukan anak muda saja yang tergila-gila gambar korea dan Indonesia, ibubapa juga turut sama terlibat. Surau atau masjid buatlah ceramah ka, kuliah ka itu hak mereka. Kata ustaz yang mengajar kalau sekarang kita asyik dengan benda ini sehinggakan aktiviti keagamaan kita pinggirkan tunggulah ketika sakaratul maut datang maka gambar Korea dan Indonesia akan ditayangkan kembali kepada kita dan ketika itu kita merayu agar dipulangkan kembali nyawa agar dapat kembali mengikuti kelas-kelas agama. Inilah yang dikatakan budaya Hedon. Cintakan dunia.
1 comment:
hoho, mujur saya tak minat drama korea jepun taiwan dan yg sewaktu dengannya..
Post a Comment