Hari telah masuk Bulan Mei. Ini bermakna tinggal 19 hari insyaallah aku dan isteri akan ke Tanah Suci. Persediaan telah pun dibuat. Semalam isteriku berkata, " Bang perasan tak tarikh 20 Mei 2010 iaitu tarikh kita bertolak merupakan ulang tahun perkahwinan kita yang genap setahun ". Aku terdiam. Masyaallah tak sangka ya sudah setahun kami bersama dan ulang tahun perkahwinan kami merupakan suatu hari yang bersejarah yang pasti kami tidak dapat melupakannya. Semoga perkahwinan kami akan diberkati.
Semalam aku sengaja menekan channel tv. Aku ke NTV7. Tiba-tiba siaran beritanya mengatakan yang 65 jemaah umrah dari Langkawi telah membuat laporan polis menyatakan yang mereka telah ditipu penganjur. Kasihan mereka. Niat untuk beribadah akhirnya musnah akibat kerakusan manusia yang tidak mengenal halal dan haram. Tidak ada perasaan belas kasihan terhadap mereka yang mengumpul wang untuk ketanah suci.
Semalam ketika solat Jumaat, khatib menceritakan ketika nyawa berada dikerongkong kita akan dipertontonkan akan perbuatan kita semasa hayat. Waktu nyawa dibadan kita bermaharajalela. Kita tidak kenal Allah. Kita penipu. Makan rasuah. Pembunuh dan bermacam-macam lagi maksiat yang kita lakukan. Ketika itu timbullah penyesalan dihati namun semuanya sudah terlambat. Tidak guna meminta agar dihidupkan kembali sebab ia tidak akan berlaku dan celakalah mereka yang semasa hidup tidak memanfaatkan untuk jalan kebaikan. Mereka tidak pernah menyampaikan risalah Nabi. Mereka tidak pernah berselawat untuk nabi tetapi mengidamkan agar dihari pembalasan mendapat syafaat dari nabi. Siapa mereka yang berangan-angan begitu sedangkan ketika khatib menyampai khutbah pun boleh kita lena. Masjid dan surau mengadakan kuliah maghrib pun tidak diendahkan tetapi kita menadah tangan memohon syurga Allah. Tidak malukah kita dengan Allah. Fikir-fikirkanlah.
2 comments:
saya pun pernah ditipu oleh syarikat travel yang anjurkan buat umrah 3 tahun lepas.
moga encik Diman dan isteri selamat pergi dan selamat kembali
Post a Comment