Surau aku mengadakan ceramah agama ketika pada hari itu merupakan perlawanan Piala Thomas diantara Malaysia dan Denmark. Walaupun aku amat meminati badminton sejak dari sekolah menengah lagi, aku tidak mahu terkandas disebabkan badminton terpaksa membatalkan ceramah agama pula. Aku pula seperti biasa telah dilantik menjadi pengerusi majlis. Hari itu sekali lagi aku menjemput saudara baru iaitu Mohd Syafiq untuk memberi tazkirah ringkas pengalaman beliau menerima hidayah Allah. Ustaz Abdullah Khairi yang suatu ketika dulu terkenal dengan jolokan ustaz laptop merupakan temanku dan juga blogger Insan Marhein dan Jendela Hatiku. Kami pernah sama-sama membuat persembahan nasyid dan pentomen suatu ketika dulu. Bila dia bertemu aku terus dia berkata, " Saya masih ingat lagi lagu ciptaan Budiman iaitu Islam Warisan ". Terus dia menyanyi lagi tu.
Selesai ceramah dari Ustaz Abdullah Khairi, aku menjemput pula saudara baru iaitu Mohd Syafiq memberi perkongsian tentang bagaimana beliau diberi hidayah Allah. Katanya umat islam banyak tidak membantunya. Ketika dia begitu meminati islam beliau mencari orang yang dapat membantu tetapi mereka menyuruh dia pergi keJabatan Agama Islam. Manalah dia tahu dimana. Ketika begitu asyik mendengar luahan hati saudara baru, aku telah dicuit sseseorang, " Bang.... isteri abang panggil. Dia di luar ". Hairan juga tak pernah dia panggil ketika waktu ceramah. Pasti ada yang tidak kena. Aku bergegas keluar dan dari jauh aku melihat hanya linangan airmata yang mengalir dipipinya.
Akhirnya aku diberitahu yang anaknya telah ditimpa kemalangan jalanraya. Kini telah dibawa ke hospital besar. Aku cepat-cepat memberi tahu pengerusi surau agar selepas ini menutup majlis ceramah. Kami bergegas ke hospital. Semasa dalam kereta tak putus-putus aku nasihat agar bersabar sebab semua ini merupakan ujian Allah bagi insan yang bertakwa. Alhamdulillah sekurang-kurangnya ada juga orang dapat menenangkan hatinya. Setelah mencari di segenap tempat kecemasan akhirnya anaknya mengalami luka yang tidak teruk. Cuma motornya saja yang teruk akibat dihentam oleh kereta dari sisi. Pening juga kepalanya memikirkan bagaimana dia nak ke kolej tanpa motosikal.
Setelah dibawa pulang kami terus kebalai polis untuk membuat repot. Tatkala memasuki balai polis kelihatan polis trafik yang tak bertugas sedang menyaksikan perlawanan piala Thomas antara Malaysia dan Denmark. " Encik dan puan sila duduk di belakang. Biar yang tuan badan sendiri membuat repot ". Cantik. Bisik hati kecilku. Dapat juga aku melihat perlawanan yang pada masa itu 2 - 2. Hafiz merupakan orang terakhir yang diharapkan. Aku pun naik sheh juga bersama polis trafik bila melihat permainan Hafiz yang sedikit meningkat dari dulu. Isteriku hanya tersenyum melihat gelagatku macam coach badminton memberi arahan. " Abang ni pantang tak boleh tengok badminton pasti terjerit-jerit ". Aku hanya tersenyum saja. Dah minat katakan. Akhirnya Malaysia berjaya juga menempah tiket ke perlawanan separuh akhir yang dijangka sukar bila bertemu China. Apa pun aku puas hatilah game malam tu.
Setelah selasai kami pulang kerumah. keesokan harinya aku pula tak boleh berjalan akibat kecederaan lama lututku kembali menyerang. Perjalanan untuk mengerjakan umrah cuma tinggal 6 hari saja lagi. Isteriku mula risau melihat keadaan aku manakala aku masih boleh lagi bergurau walaupun terlalu sakit. Memang agak lama juga Allah bagi sihat dekat aku. Kalau dulu aku amat kerap sakit lutut tapi sudah setahun aku sihat dan kini Allah memberi ujian kepadaku tatkala aku akan ke tanah suci. Walau bagaimana pun aku terpaksa juga mengurut dan terus berubat agar lututku dapat bertahan. Selebihnya aku berserah kepada Allah. Pembaca semua tolong doakan agar Allah permudahkan segala urusanku semasa berada disana.
8 comments:
Ya Allah, aku memohon padamu agar saudaraku ini dikurniakan kesihatan yang baik untuk mengerjakan umrah dan amal-amal baik yang lain. Amin
Terima kasih anonymous. Moga doa ini dimakbulkan Allah. Amin
Eh, jenuh mengimbau ingatan masa kita bernasyid. Tak dapek den ingatkan wajah ustaza laptop nih!
Insan marhein ingat tak masa pentomen di program hari kariah di sungai ara. Dia pegang watak syaitan. Sekali tempik orang terkejut
semoga semuanya selamat yer!!
Salam sdr Budiman,lama tak mendengar berita,dengar2 pula khabar terbaru nak mengerjakan umrah tak lama lagi.. Alhamdulillah..
Moga dikurniakan kesihatan yang baik sebagai persediaan untuk beribadah.InsyaAllah..
Cuba sapu minyak But-but HPA pada kaki yang sakit itu sambil berselawat. InsyaAllah dengan izin Allah,penyakit akan berkurangan.. : )
Kinah..Terima kasih kerana doakan pak Jang
Nadine..Terima kasih diatas petua dari syokis HPA. Insyaallah akan diamalkan
Post a Comment