Teman-teman

Thursday, November 17, 2011

Fius Elektrik Di Curi

" Ayah...kenapa rumah kita tak ada letrik. Rumah orang lain ada. Ayah tak bayar bill ka ". Talipon anak gadisku bila ia pulang dari kerja dan di dapati lampu tidak menyala.
" Hish..setiap bulan ayah tak pernah miss bayar. Kenapa TNB nak potong pula ". Aku berkata kepada anak gadisku. Bermacam-macam persoalan berligar di dalam kepala.
" Kakak cek dulu dekat MCB dia. Mungkin terpelantik akibat kilat ". Kadang-kadang kilat pun boleh menyebabkan MCM terpelantik.
" Kakak dah check. Ok tak ada apa yang trip ". Kata anak gadisku.

Akhirnya aku terus pulang ke rumah pertamaku. Setelah menyiasat apa masalahnya. memang sah tiada apa yang trip.Betul kata anak gadisku. Anak pekerja TNB katakan. Aku check dekat supply. Macam mana boleh tak ada supply masuk kerumah. Memang sahlah kena potong letrik rumah aku. Aku turun kebawah untuk ke bilik meter. Bila aku trace meter rumahku, akhirnya dapat masalahnya. Fius di meter rumahku telah di curi penyangak. Nasib baik ada sebuah kedai yang masih di buka sehingga pukul 9 malam. Dengan harga sebanyak RM16 akhirnya rumahku bersinar kembali.


14 comments:

MaYa MustWany said...

eee..mereka ni memang taw.sanggup wat pe je.better hati2.tak pasal2 melayang nak beli yang baru.

Marina Monroe said...

Salam Ariff,

Kalau umah akak dah bergelaplah malam tuh sebab tak siapa pandai bab2 letrik..

kakcik said...

Pencuri ni pantang dapat peluang, kan? :(

MaryaYusof said...

Fius pun nak curi? Peliknya...ade emas ke kat situ..?

Ariff Budiman said...

MaYaMusWany...Penagih lah tu. 50 sen pun jadilah

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Kena belajar sikit2 tentang elektrik kak

Ariff Budiman said...

kakcik...Kita tidur mereka kerja

Ariff Budiman said...

MaryaYusof...Penagih dia tak kisah pun. Tapi ada juga penduduk lain yang mencuri fius

insan_marhaen said...

Tapi bagi IM pula, tengah restore fius dalam hati IM yang telah lama terpelantik!

wahida said...

fius pun nak curik? adoi la...
nasib baik AB arif hal ni..

a kl citizen said...

la... fius pun kena curi ? ish, melampau sungguh

Ariff Budiman said...

insan marhein..Semoga fius yg lama terpelantik di ON kembali

Ariff Budiman said...

wahida...Itulah namanya manusia. Tidak pernah memikirkan masalah orang lain

Ariff Budiman said...

a kl citizen..itu namanya terlampau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...