" Insyaallah. Malam ni Nah buat bihun goreng untuk abang ". Aku pula meminta kepada isteriku. Selepas pulang dari masjid terus aku membuka TV. Belum mula lagi perlawanan akhir di antara Malaysia dan Indonesia. Bihun goreng sudah tersedia. Begitu nikmat sekali bila makan ketika lapar.
" Malam ni game pasti best Nah ". Diam isteriku. Aku tahu yang dia tidak begitu menggemari bolasepak. Dia berada di sisiku sekadar menemaniku. Kenapa aku berkata demikian. Ketika Malaysia menentang Myanmar begitu semangat dia menyokong tetapi tersilap sokong.
" Apalah Nah ni sokong siapa. Itu team Myanmar la". Tegurku yang membuat dia tertawa.
Bila perut dah kenyang maka kerja pun bermula.
Bila perut dah kenyang maka kerja pun bermula.
" Abang basuh tangan dulu. Kena jaga kebersihan. Walaupun orang tak nampak Allah itu nampak ". Tazkirah pertama yang aku dapat. Terus aku kedapur untuk membasuh tangan. Perlawanan akhir sudah bermula. Tidak senang aku di buatnya. Kadang-kadang aku bertempik dan kadang-kadang aku geram.
" Bang pasai apa rakyat Indonesia tak suka Malaysia padahal Malaysia sudah membawa masuk berjuta-juta rakyat Indonesia mendapat pekerjaan ". Rungut isteriku bila pasukan Malaysia di ejek.
" Itulah kalau otak berada di kepala lutut. Tidak tahu membezakan apa yang betul ". Kataku kepada isteriku. Padaku pedulikan sentimen tidak suka Malaysia. Padahal bila Malaysia kalah dalam badminton tidaklah penonton Malaysia jadi hilang ingatan. Kita begitu sporting menerima kekalahan. Itulah adat sukan. Ada yang kalah dan ada yang menang. Lima minit perlawanan bermula aku tergamam bila Indonesia mendahului Malaysia.
" Alamak Nah Indonesia score ". Tempik aku. Tersenyum isteriku. Hilang mood aku seketika. Bebola roti canai sudah memenuhi besen. Begitu cepat isteriku memotongnya.
" Cepatlah gentel bang. Dah banyak tu ". Baru aku cepat-cepat gentel bila di tegur.
Saat yang aku tunggu tiba bila pasukan Malaysia menanduk masuk bola. Aku menjerit Gol !!!!!! entah bila aku tidak sedar bebola yang aku pegang sudah hinggap di muka isteriku.
" Ya Allah Nah abang minta maaf. Intan payung, sayang ". Sambil menyapu airmatanya yang mengalir. Aku sendiri tidak sedar macam mana aku boleh terbaling bebola roti canai.
" Gol!!!!! ya Indonesia score ". Tempik isteriku. Biar betul dia nia. Pasukan mana yang dia sokong. Tersenyum isteriku melihat aku terdiam.
" Nah ni Indon ke Malaysia. Yang abang tau Nah ni orang Tanjung ". Tertawa isteriku mendengar kata-kataku. Syukur dia tak ambil hati bebola roti canai hinggap di pipinya.
Akhirnya kami sama-sama menjerit bila sepakan Badrul di tampan penjaga gol Indonesia dan bola terus bergolek masuk. Terasa begitu bangga dengan permainan pasukan Malaysia. Kalau kalah sekali pun tak apa. Mereka berjuang habis habisan. Aku dan isteri menunggu sehingga majlis penyampaian hadiah dan barulah kami tidur. Tahniah aku ucapkan kepada team Malaysia. You are the best. Kepada isteriku. Sorry aarr bola hinggap di pipi. Next time need to be more careful.
10 comments:
Salam cik ariff
lama n3 bersilih ganti, sibuk agaknya...tapi n3 ni buat saya gelak sorang2, alahai kak nah....
saya pun kadang2 terperanjat bila sesekali dengar suami dan anak2 menjerit bila gol dijaringkan...heheh
shami2..Agak sibuk dengan kerja kebelakangan ini. Badan letih maka nak buka computer pun malaslah. Ini pun di gagahi juga untuk update. terima kasih kerana sudi membaca.
Aduhai...kelakar betullah En arif ni..nasib baik intan payung xmarah!
MaryaYusof...Ya la nasib baik mood dia time ok juga. Lagi pun saya tolong dia.
nasin baik Nah mood baik. kalau tak mau kefiu malam sat gi..he..he..
Kesian Pn Nah kena baling dengan bola roti canai!
insan marhein..Moodnya sentiasa baik. Mood WN yang tak menentu
kakcik...Nak buat macam mana. Tak di sengajakan. WN sudah meminta maaf kepadanya.
hahahah..pe la abg ariff ni..leh lak sampai gitu sekali..cian akak..nasib sangat2 sabar..tapi tuhlah kenangan terindah dalam rumah tangga kan(acewaahhh ckp mcm org da kwin je kan)hihihi
MayaMustwany...Itulah yang mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri itupun kalau dia tak marah la. Kalau dia marah itu menjadi kenangan paling buruk buat dirinya.
Post a Comment