Teman-teman

Wednesday, November 09, 2011

Langit Bagaikan Hendak Runtuh

Aku melihat jam di tanganku. Baru pukul 8.00 pagi. Aku bersiap sedia untuk pulang kerumah. Isteriku menaipon mengatakan yang di Pulau Pinang hujan sudah turun dengan lebatnya. Aku melihat di langit. Awan tebal sedang bergerak laju.

Cepat-cepat aku bergegas menaiki motosikal. Baju hujan ku pakai supaya tidak berlaku kelam kabut. Bila memasuki tol Jambatan Pulau Pinang hati aku menjadi kecut bila melihat langit yang begitu gelap. Jam di tangan pukul 8.30 pagi. Angin sudah bertiup kencang. Aku terus memecut motosikal dan akhirnya sekali lagi aku dan motosikal yang lain terpaksa berihat di laluan rehat. Begitu lebat sekali turunnya hujan.

Langit bagaikan menanti arahan Allah. Aku teringat sewaktu memepelajari kuliah agama bagaimana umat-umat terdahulu yang menerima bala Allah akibat melakukan kemungkaran di atas muka bumi.

6 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Kebesaran Allah..
Allahu Akbar..

Ariff Budiman said...

Marina Monroe..Allah memang berkuasa ke atas segala-galanya

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah kerana tetap mengingati kebesaranNya dalam apa juga situasi. :)

Ariff Budiman said...

kakcik...Kesemua yang di tunjukkan Allah ada pengajarannya

Anonymous said...

sama kes macam entry ni
http://mustwaniekl.blogspot.com/2011/11/wordless-wednesday-3.html

tapi indah gak

Ariff Budiman said...

MaYa MustWany....Memang la. Kadang2 panorama macam ini susah nak dapat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...