Teman-teman

Thursday, November 24, 2011

Ragam Orang Melatah

Aku bertugas malam. Jam 6.30 pagi aku sudah keluar ke pekan untuk mencari makanan pagiku. Niat di hati ingin mencari kari kepala sembilang untuk di cicah bersama roti. Tak ada rezeki rupanya pagi ini. Hanya terdapat kari ikan bawal saja. Terus aku mencari kuih. Kaum wanita sudah memenuhi gerai kuih maklumlah mereka mencari untuk anak-anak dan suami. Dalam semua-semua yang ada aku mengenali seorang makcik yang suka melatah. Pernah aku cerita kisahnya di dalam blog ini.

Mee goreng 2 bungkus. Buah melaka 1, Cucur udang 1 dan karipap

" La pasai apa kuih ni penyek ". Kata seorang wanita yang di tujukan khas kepada wanita yang melatah.
" Dia duduk dulu atas kuih untuk bagi penyek. Aii...dia duduk atas kuih ". Tergaru-garu kepala wanita yang melatah di ikuti ketawa dari yang lain.
" Hang dok fitnah orang buat kuih ni buat apa ". Kata penjual sambil tersenyum
" Aihh...aku tak fitnah dia. Depa yang fitnah. Entah-entah hang yang duduk atas kuih tu. Sebab tu penyek ". Kata wanita latah kepada penjual kuih. Riuh pagi ni dengan wanita latah.

" Ni sapa yang pakai baju biru ". Tanya penjual kuih kepada wanita latah sambil menunjuk ke arah aku yang memakai uniform.
" Ini abang Budiman. Aii abang Man ". Aku tertawa gelihati bila aku juga dilibatkan sama. Orang latah ni kadang-kadang dia seperti artis yang menghiburkan orang ramai. Orang ramai pula janganlah mengambil kesempatan terhadap orang yang melatah. Kesian sebab ada yang menjadi terlalu penat bila di suruh menari. Bagaimana kalau kaum keluarga kita di perlakukan demikian. Selamat makan semua.......

8 comments:

Kakcik Seroja said...

Kakcik kesian dengan orang yang melatah ni, sebab lepas tu nampak mereka kepenatan. :(

Ariff Budiman said...

kakcik...Betul tu. Tercungap2 selepas melatah.

insan marhaen said...

jangan latah mencarut dah la....

Ariff Budiman said...

insan marhein...Pernah wn mendengar orang melatah mencarut. Teruk juga dia latah. Orang pun amat suka. Selesai keadaan dia menangis akibat malu. Katanya dia tidak minta semua ini.

Anonymous said...

kesian orang2 yang melatah ni..penat taw.saper yang suka menyakat,sok lusa,dia lak kene.

Ummi Miqdad said...

Salam Ukhuwwah akh WN dan Kak Ros.
Sedih dan pilu bila membaca semua N3 WN sepanjang kisah mula dari ujian Allahyarhamah Kak Aishah hingga kini akh WN memulakan hidup baru bersama kak Ros.
Byk iktibar dlm kisah2 yg dicoretkan.
Betapa akhie seorg yg tabah mnghadapi segala-galanya.Terasa mampu
kah saya mnghadapi dugaan kerna saya pun biasa melalui dugaan sbgmana yg dilalui oleh kak aishah.Kini saya perlu kuatkan semangat demi utk mendidik anak2 saya seramai 10 org wlaupun terkadang masih terasa saki-baki yg biasan dlm diri saya.Kembali semula berjinak dgn Al.Mathurat dan membaca Al-quran itu saja pengubat buat diri saya.
Teruskan lah mencoretkan kisah2 yg byk memberi teladan buat diri saya.Silalah jengah di blog saya yg tak seberapa kerna baru blajar teroka sendiri utk berblog.
http://baitimawaddah.blogspot.com/

Ariff Budiman said...

MayaMustwany....Ya lah tu. Kesian mereka

Ariff Budiman said...

mariam isa...terima kasih kerana membaca entri saya dari mula hingga kini. Moga mendapat iktibar. Sudah puas saya menangis dan hanya kepada Allah saya memohon ketenangan. Doakan semoga saya bahagia bersama isteri saya puan Ros

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...