Teman-teman

Thursday, December 22, 2011

Adakah Allah Silap Mencipta

Isteriku melihat satu demi satu album yang mengandungi gambarku dari semenjak kecil hinggalah ke dewasa. Memang penuh dengan gambar-gambar nostalgia. Tiba-tiba isteriku memberi gambar kepadaku.
" Bang pasai apa abang pakai macam tu waktu kecil ". Tanya isteriku. Aku membelek kembali gambar yang begitu nostalgia buatku. Arwah Siti Aishah juga pernah bertanya akan gambar ini.
" Gambar ini di ambil ketika abang berada dalam darjah 1 ". Kataku kepada isteri yang menanti dengan penuh tanda tanya.
" Ceritanya begini...... ". Aku flashback kembali kisah yang penuh nostalgia ini
" Abang di lahir dalam keadaan fitrah. Abang di jaga oleh ayah dan emak dengan penuh kasih sayang. Tidak ada perbezaan kasih sayang di antara anak-anak yang lain. Abang semakin membesar dan akhirnya abang telah dimasukkan ke sekolah tadika. Terlalu gembira hati abang bila mendapat ramai kawan ". Aku terdiam seketika.

" Akhirnya abang sedari yang sesuatu yang anih ada pada diri abang yang tiada pada kawan-kawan yang lain. leher abang ketika itu tidak dapat di betulkan. Ia sentiasa senget. Bila guru memanggil abang dari arah belakang, abang tidak dapat pusingkan leher. Abang terpaksa berpusing dengan badan sekali. Tertawa rakan-rakan sebaya bila melihat cara abang menoleh. Akhirnya abang menjadi bahan ketawa oleh rakan-rakan. Sedih abang pulang kerumah. Abang letak beg terus abang menangis. Emak datang bertanya abang ".

" Mak.... Diman cacat ka mak. Semua kawan-kawan kata Diman cacat sebab leher Diman senget sebelah. Mak terdiam ketika itu. Hanya airmata emak yang mengalir. Kata emak itu adalah anugerah Allah. Kita kena terima ". Aku melihat isteriku mengesat airmatanya. Airmata itu juga membuatkan aku terasa sebak..
" Bila abang ke pekan, apek cina akan berkata, Hah bengkok lu mau beli apa. Kira seluruh pekan sudah mengetahui yang abang ini merupakan anak yang cacat. Abang terasa marah dan malu bila cina memanggil abang bengkok. Hina sangatkah abang ini. Sekali lagi bila pulang kerumah abang menangis. Itulah yang ada pada seorang budak berumur 6 tahun. Emak tetap memujuk abang ".

" Akhirnya tamat sudah sekolah tadika dan abang masuk kesekolah rendah pula. Kawan-kawan yang sama semasa di sekolah tadika juga turut serta. Sekali lagi abang menjadi bahan ejekan kawan-kawan. kali ini lebih ramai. Panggilan bengkok, senget, teliang, herot sudah menjadi sinonim di kalangan kawan-kawan abang. Abang tetap seperti abang yang tidak pernah memberontak dengan ejekan itu. Hanya hati abang yang tertanya-tanya mengapa orang lain tidak ada cacat celanya. Suatu hari seorang guru bahasa inggeris datang bertemu abang. Kata guru tersebut esok ayah dan emak di minta datang untuk berjumpa gurubesar. Abang begitu takut ketika itu. Apakah kesalahan yang telah abang lakukan sehingga gurubesar hendak berjumpa ayah dan emak ".

" Keesokkan harinya ayah dan emak datang. Abang dibawa bertemu gurubesar. Gurubesar memegang leher abang. En zainal perlu hantar anak encik zainal iaitu Ariff Budiman ke hospital untuk membuat pembedahan. leher anak encik Zainal boleh di pulihkan melalui pembedahan. Encik zainal pulang dan bincang dengan isteri. Kalau anak encik Zainal tidak di bedah sekarang lambat laun anak encik Zainal akan merasa malu pada diri sendiri bila sudah dewasa. Abang terlalu takut mendengar perkataan bedah. Apa itu bedah dan hospital ".

" Malamnya selepas maghrib abang terdengar ayah dan emak berbincang. " Kita kena bedah juga Budiman ni seperti kata cikgu dia. Abang terdiam mendengar perkataan ayah. Su tak mau. Nanti kalau Budiman mati macam mana. Kata-kata emak membuat airmata abang terus mengalir sayu, hiba...abang tak mahu mati lagi. Itulah yang abang fikirkan ketika itu ". " Tak apalah kalau Budiman mati masih ada lagi 5 orang anak kita. Kata-kata ayah membuatkan abang menangis. Ayah memang tak sayang akan abang. Ayah nak biarkan abang mati. Itulah yang abang fikirkan ketika itu ".

" Akhirnya setelah ayah berkeras abang di masukkan kedalam hospital. Doktor datang memberitahu yang esok abang akan di bedah. Abang meraung pada emak. Emak....Diman tak mau mati lagi...tak apalah kalau Diman cacat. Emak hanya menangis dan ayah begitu tenang tanpa menunjukkan rasa sedihnya. Keesokkan harinya abang di tolak masuk untuk di bedah. Emak...ayah tolonglah Diman tak mau mati emak...Diman takut. Abang di suruh menghidu sejenis klorofom untuk menidurkan abang. Abang melawan supaya tidak tidur. Doktor menampar muka abang. Abang cuba melawan dan akhirnya abang terlihat sinaran lampu menerangi muka abang dan akhirnya abang terlena juga ".

" Sedar-sedar abang di tolak keluar dari lif. Abang membuka perlahan-lahan mata abang. Abang melihat emak menangis dan ayah berkata syukur Ya Allah. Apa semua ini. Apa yang terjadi kepada abang. Begitu ramai saudara dan guru-guru datang melawat. Akhirnya barulah abang melihat yang badan telah di balut dengan simen dari paras pinggang hinggalah ke kepala. Terasa berat sekali badan abang. Setelah lama berkeadaan begini abang dapat menerima keadaan abang. Bila pulang ke kampung, kawan menggelarkan abang sebagai Apollo 11. Badan yang di balut simen di penuhi dengan tanda tangan kawan-kawan. Abang menjadi terkenal. Di sekolah juga sudah tiada lagi ejekan. Emak tersenyum bila abang membuka baju yang di penuhi dengan tanda tangan ".

Setelah 7 bulan badan abang bersimen maka doktor mula membuka. Digunanya gergaji yang membuat abang ketakutan. Berbeza dengan teknologi sekarang. Terasa badan begitu ringan bila dibuang simen. Doktor meminta abang memusingkan leher dan alhamdulillah abang dapat lakukannya. Abang bersyukur banyak-banyak atas ketegasan ayahlah maka abang tidak lagi di permainkan ". isteriku mengesat air matanya. Sayu hatinya dengan ceritaku. barulah dia mengetahui perkara sebenarnya.

kepada mereka yang di anugerah dengan rupa paras yang cantik dan menawan jangan lupa bahawa ianya hanya bersifat sementara. Jangan di di ejek mereka yang tidak secantik kita. Syurga adalah tempat untuk mereka yang beriman dan bukannya untuk orang yang cantik rupa paras. walaupun seseorang itu di lahirkan dalam keadaan cacat dan andaikata ia beriman kepada kepada Allah tempatnya adalah di syurga. Mereka yang di lahirkan dengan keadaan yang normal dan tidak cacat andaikata tidak beriman makan tempat mereka adalah sebaliknya. Ingatlah andaikata anda mengejek akan kecacatan orang lain maka sebenarnya anda telah mengejek Allah sebagai penciptanya.

8 comments:

MaryaYusof said...

Sedih sy baca kisah en ariff ni... tp sy tak puas hati dgn cara doc menampar muka en ariff tu...bkn kah itu menyalahi etika seorg doc tp rsnye doc skrg tak lg begini...syukurlah En ariff kembali pulih :)

MaYa MustWany said...

(T_T)kalau mas,mesti mas lagi sentap.
ayah cuba belagak tenang tapi tak nak tunjuk.ketua keluarga yang dalam dia memikir pelbagai cara.allhamdullilah,berkat kasih sayang ibu bapa n Allah swt.

mas dulu pernah kene hina dgn kwn laki.masa tuh semua kawan sekelas dengar.hampir 8 tahun mas hidup xde keyakinan.n sampai sekarang jugak mas xleh maafkan dia.hemm..

saing said...

Alhamdulilah WN bukan lg mjadi bahan ejekan org skrg ni..syukur di atas pgakhiran yg baik

Ariff Budiman said...

MaryaYusof...Mungkin doktor begitu untuk bagi saya tidur kot.

Ariff Budiman said...

MaYa MustWany...susahnya bila hati sudah tersentuh....

Ariff Budiman said...

Saing...Alhamdulillah saing. Kini hidup WN penuh bermakna

PRIMADONA BRANDLICIOUS said...

terharunyerrrrrrrrrrr

Ariff Budiman said...

PRIMADONA BRANDLICIOUS...Terima kasih kerana sudi komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...