Teman-teman

Thursday, December 15, 2011

Reunion Sekolah Menengah

Esok 16 Dec 2011 aku dan keluarga akan bertolak ke Kajang untuk menghadiri walimatul urus anak saudara isteriku. Pada 17 Dec di sebelah malamnya pula akan menghadiri reunion sekolah menengah yang di adakan oleh bekas pelajar Sekolah Menengah Sungai Ara tahun 1975 - 1979. Di jangkakan ramai yang ingin turut serta. Aku merupakan salah seorang dari mereka. Sudah 32 tahun aku terpisah. Melalui FB aku telah bertemu dan mendapat berita tentang pertemuan ini. Majlis akan di adakan di rumah rakanku di Sepang.

Petang tadi aku ke stesen minyak berhampiran untuk mengisi minyak. Memang stail aku begini. Kemana saja aku hendak pergi, aku akan pastikan minyak perlu di isi dahulu walaupun di sepanjang lebuhraya pun banyak stesen minyak boleh di dapati.
" Pakcik nak minta sumbangan untuk sekolah anak yatim ". Kata seorang pelajar kepadaku.
" Siapa yang suruh adik kutip duit ni ". Aku bertanya pelajar tersebut.
" Guru sekolah ". katanya ringkas. Hati aku begitu geram dengan cara guru - guru sekolah agama mencari dana. Mengapa di libatkan para pelajar. kenapa mereka sendiri tidak berlegar-legar di stesen minyak, R&R, tepi tandas dan menanti di mesin-mesin ATM. Bukankah tugas mereka untuk mencari ilmu dan bukannya mencari dana sekolah. Mengapa membahayakan pelajar-pelajar anda. Para ibu bapa menaruh kepercayaan kepada anda. Jangan abaikan kepercayaan yang di beri. Terlalu kecil bagi pelajar membabitkan diri mereka untuk dana sekolah.


4 comments:

radziah AR said...

kebetulan, ptg semalam sy lihat "anak2 " ini berada dkwsn taman perumahan saya. slps keluar paper, kegiatan spt ini ttp ada. boleh aje lihat di pacific, carrefour, tesco & tempat tumpuan org ramai spt bndr sunway s.jaya. kesian anak2 ini.

Marina Monroe said...

Salam Ariff,
Pada 18 ada gathering bloggers kat Bangi kalau sudi datang ler, ramai kat saner nanti.

Oh, memang tak patut cikgu2 suruh anak murid kutip duit. Yg dlm gambar tuh dah remaja, tapi ada yg datang depan gate akak baru darjah satu ditemani oleh abangnya yg tingkatan 2. Nak kutip duit BACATON. Macam2 TON sekarang dulu2 WALKATON...anak2 saya pun kena masa dululah..

MaYa MustWany said...

aikk tajuk macam larik sikit je..hihihi

main point macam derma tuh jew.hihihi

kesian,kadang2 ibu bapa ingat anak dapat didikan terbaik..tapi..he,m,,

saing said...

cuba anak2 cikgu tu yg mengutip derma kesana sini...sanggup ke diorg tgk?susah kalu org x letak dirinya di tpt org lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...