Teman-teman

Tuesday, December 20, 2011

Percutian

18 Dec 2011
Pagi-pagi lagi kami bertolak dari hotel Kajang untuk pulang ke Penang. Hasrat di hati ingin singgah di Cameron Highland. Pernah sewaktu aku dan isteriku Rosnah menjadi suami isteri kami telah ditawar oleh seorang rakan untuk menginap di hotel Cameron Highlad. Namun impian itu lebur bila kami merasa malu untuk terus menunggu. kereta terus memecut melaui laluan bukit. Tiba-tiba....
" Nah...hari ini berapa haribulan ". Aku bertanya isteriku.
" 18 hb bang. Kenapa ". Tanya isteriku.

Aku terus mendiamkan diri. Ternyata tarikh ini genaplah 3 tahun isteriku Siti Aishah pergi meninggalkan kami. Aku membaca Al-Fatihah di dalam hati lalu aku sedekahkan kepada arwah isteriku. Terlalu rindu aku padanya. Namun apakan dayaku. Aku berdoa kepada Allah agar kami di pertemukan dan di satukan kembali keluarga kami disana. Aku seperti biasa saja bergelak ketawa di samping isteriku Rosnah. Aku tidak mahu terlalu beremosi di hadapannya.Sewaktu mengambil wuduk di surau terasa airnya begitu sejuk sekali. kebetulan cuaca di Cameron Highland hujan sedikit. Aku meresa syukur sebab aku dapat tunaikan hasrat ingin berjalan bersama isteriku.

6 comments:

kakcik said...

23 hingga 26/12 ini, InsyaAllah kakcik akan berada di Utara. 23-24, menginap di Sunway Hotel Seberang Jaya dan kemudia menginap pula di Kuala Perlis. Kalau nak jumpa, datanglah cari kakcik di sana. :)

Marina Monroe said...

Salam Ariff,
Beli aper kat Cameron? Bunga dan Sayuran yg segar?

Ariff Budiman said...

kakcik...Tarikh tu saya berada di kelantan makan angin lagi. Terima kasih banyak2

Ariff Budiman said...

Marina monroe...Beli teh dan sayur. tak menarik lah sana

saing said...

jgn ckp mcm tu WN, mgkin x menarik bagi kita, mnarik bg org lain, apa2 bsyukur dgn apa jua ciptaanNya, ye dak...subhanallah

Ariff Budiman said...

saing...Yolah tu. Mungkin WN tak pernah bersyukur dengan anugerah Allah. Terima kasih banyak2 saing yg terus mengingatkan WN agar sentiasa bersyukur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...