Teman-teman

Thursday, December 01, 2011

Sampin Jangan Lupa

Aku kini sudah berada di Newton Hotel Petaling Jaya. Baru selesai menghabiskan kursus. Agak sibuk juga dengan keadaan di KL. Bukan senang untuk mencari jalan. Nasib baiklah GPS banyak membantuku. Aku terkenangkan kembali ketika isteriku begitu sibuk menyiapkan pakaianku. Seluarku digosok dengan begitu teliti sekali. Caranya tak ubah seperti arwah Siti Aishah. Entah kenapa Allah menganugerahkan isteriku Rosnah mirip perwatakannya seperti arwah Siti Aishah.
" Abang nak bawa apa lagi ". Tanya isteriku sambil menggosok bajuku.
" Abang bawa uniform sepasang saja. Seluar untuk berjalan hanya sehelai. lagi satu jangan lupa sampin sekali ". Sengaja aku menyakat isteriku walaupun aku tahu ia begitu sensitif sekali.

Terdiam seketika isteriku bila aku menyebut sampin.
" Hai bang. Ni yang Nah nak ikut. Biar betul ni. Abang pergi kursus ke atau nak buat hal lain ". Aku ketawa geli hati bila melihat isteriku dah mula marah-marah sayang.
" Tak tak. Abang bergurau saja. Nah tetap di hati abang ". Tersenyum isteriku sebab dia juga tahu yang aku suka menyakatnya. Jam 12 tengah malam aku dan rakan bertolak dari Penang dan alhamdulillah tiba di KL jam 7 pagi. Esok merupakan kursus yang kedua dan aku pasti pulang ke Penang selesai saja kursus. Hari Ahad ini sekali lagi aku akan datang ke KL untuk modul kedua. Rajinnya aku.

2 comments:

kakcik said...

Tak nak jumpa dengan kawan2 blogger di KL ke? :)

Marina Monroe said...

Salam Ariff,
Jom ler jumpa..hehehehe
email akak : noraini.nms@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...