Teman-teman

Wednesday, December 14, 2011

Boleh Bayar Bil

Seperti biasa sebelum aku ke tempat kerja, aku pasti singgah di pekan untuk mencari bekalan. Di pekanku banyak juadah yang menarik untuk di pilih. Walaupun aku tinggal di pekan lain namun pekanku yang menjadi tempat singgahan. Nak koay teow thng, nasi tomato, nasi lemak, nasi lemuni dan kuih muih semuanya ada. Ketika menghampiri traffic light seorang pemuda sedang memerhatiku.

Sampai saja di traffic light lampu bertukar ke merah. Tiba-tiba aku di hampiri pemuda tersebut sambil mengambil dompet duitnya.
" Encik...saya nak bayar bil dekat encik boleh ". Sambil menghulurkan bil elektrik dan wang.
" Maaf ..maaf saya tak boleh terima bil dan wang ini. Encik pergi ke pejabat TNB ". kataku sambil tersenyum.
" Pejabat tutup lagi waktu ni. 8 baru buka ". katanya. Aku melihat jam tangan. Ya baru pukul 7.30 pagi.
" Macam nji lah encik. Saya tak boleh terima bil encik sebab saya tak ada mesin. Encik tunggu jam 8 pejabat TNB dah buka ". kataku dengan nada senyum. Senyum pagi-pagi kan sedekah namanya.

" Sepatutnya setiap pekerja TNB harus di bekalkan dengan mesin. Senang orang ramai nak membayar bil. Never mine i akan jumpa you punya boss ". Katanya kepadaku. Terlintas pula di hatiku mungkin lelaki ini putus wirenya. Tak kanlah semua pekerja perlu di bekalkan dengan mesin membayar bil. Berhenti di traffic light berpusu-pusu orang ramai membayar bil. Apa nak buat ya bila slogan berkata Customers Always Right. Jadi sabor ajelah dengan senyuman manisku.

10 comments:

kakcik said...

Hehehe... macam tu pun ada, ya? :)

insan_marhaen said...

sabo jer... kut-kut boss panggil!

Marina Monroe said...

Nak buat hape mesin sentiasa ada, bila nak coti macam tuh? Kalau dapat bonus 6 bulan lainlah citer..hehehehhe

MaryaYusof said...

LOL... sengal betul org tu...

MaYa MustWany said...

macam2 hal
hari tuh masa mas tengah beratur nak bank in duit,de mak cik mintak tolong.tapi mas takut la pulak,coz takut tersilap,mas pulak disalahkan.mesti laki belakang mak cik tuh dok kutuk mas :(

Ariff Budiman said...

kakcik..Itulah ragam manusia

Ariff Budiman said...

insan marhein...Bos panggil naik pangkat

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Betoi akak. Bonus pun kurang tapi tetap juga bersyukur sebab masih lagi ada orang yang tidak mampu berbelanja. Itu kita mesti ingat. Dalam rezki kita masih ada hak2nya.

Ariff Budiman said...

MaryaYusof...Memang sengal tapi terpaksa bersabar

Ariff Budiman said...

MaYaMustWany...Betoi juga. nanti kalau silap mas juga yg di persalahkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...