Sampai saja di traffic light lampu bertukar ke merah. Tiba-tiba aku di hampiri pemuda tersebut sambil mengambil dompet duitnya.
" Encik...saya nak bayar bil dekat encik boleh ". Sambil menghulurkan bil elektrik dan wang.
" Maaf ..maaf saya tak boleh terima bil dan wang ini. Encik pergi ke pejabat TNB ". kataku sambil tersenyum.
" Pejabat tutup lagi waktu ni. 8 baru buka ". katanya. Aku melihat jam tangan. Ya baru pukul 7.30 pagi.
" Macam nji lah encik. Saya tak boleh terima bil encik sebab saya tak ada mesin. Encik tunggu jam 8 pejabat TNB dah buka ". kataku dengan nada senyum. Senyum pagi-pagi kan sedekah namanya.
" Sepatutnya setiap pekerja TNB harus di bekalkan dengan mesin. Senang orang ramai nak membayar bil. Never mine i akan jumpa you punya boss ". Katanya kepadaku. Terlintas pula di hatiku mungkin lelaki ini putus wirenya. Tak kanlah semua pekerja perlu di bekalkan dengan mesin membayar bil. Berhenti di traffic light berpusu-pusu orang ramai membayar bil. Apa nak buat ya bila slogan berkata Customers Always Right. Jadi sabor ajelah dengan senyuman manisku.
10 comments:
Hehehe... macam tu pun ada, ya? :)
sabo jer... kut-kut boss panggil!
Nak buat hape mesin sentiasa ada, bila nak coti macam tuh? Kalau dapat bonus 6 bulan lainlah citer..hehehehhe
LOL... sengal betul org tu...
macam2 hal
hari tuh masa mas tengah beratur nak bank in duit,de mak cik mintak tolong.tapi mas takut la pulak,coz takut tersilap,mas pulak disalahkan.mesti laki belakang mak cik tuh dok kutuk mas :(
kakcik..Itulah ragam manusia
insan marhein...Bos panggil naik pangkat
Marina Monroe...Betoi akak. Bonus pun kurang tapi tetap juga bersyukur sebab masih lagi ada orang yang tidak mampu berbelanja. Itu kita mesti ingat. Dalam rezki kita masih ada hak2nya.
MaryaYusof...Memang sengal tapi terpaksa bersabar
MaYaMustWany...Betoi juga. nanti kalau silap mas juga yg di persalahkan
Post a Comment