Teman-teman

Thursday, May 03, 2012

Menghampiri Fasa Ke - 2

Alhamdulillah..Fasa pertama iaitu mengadakan kenduri perkahwinan anak tiriku telah selamat dengan pertolongan Allah. Majlis alhamdulillah berjalan lancar. Ramai sahabat, kaum keluarga terdekat hadir. Seminggu telah berlalu majlis tersebut. Kini aku sedang menanti fasa yang kedua pula iaitu pada tanggal 5 Mei bersamaan hari Sabtu, aku, isteri serta kedua-dua anak-anakku akan ke Medan bercuti. Sudah setahun aku membuat planning dengan menempah tiket tambang murah Air Asia. Pejam celik setahun sudah berlalu. Begitu pantas sekali masa berlalu.

Aku merupakan insan yang paling gembira kerana dapat membawa kadua-dua anak-anakku. Terlalu banyak pengorbanan yang mereka lakukan terhadap aku. Biarlah aku hadiahkan percutian yang tidak sehebat mana. Anak lelakiku Hermawan baru saja menamatkan pengajian Diploma dalam bidang Elektronik. Aku masih ingat pada tahun 2009 aku dan isteriku berkahwin dan pada tahun itu jugalah anak lelakiku mendapat tawaran pengajian Diploma di Politeknik Sultan Azlan Shah di Tanjung Malim. Betapa sayunya hatiku sewaktu memeluk anakku sebelum berpisah. Aku baru kehilangan isteriku dan kini aku berjauhan dengan anakku. Bila tiba di tempat lapang aku berhenti kereta lalu menangis sehingga di tenteramkan oleh isteriku. Kini sudah 3 tahun masa berlalu dan anakku bakal hidup berdikari.Aku berharap kedua-dua anak-anakku tidak melupai jasa ibu mereka yang tidak putus-putus berdoa. Sudah cukup dengan Al-Fatihah. Moga ibu mereka beroleh rahmat dari Allah.

Sudah berapa helai baju telah dicuba oleh isteriku. Gembira sungguh hatinya akan bersamaku ke Medan. Katanya sebelum ini belum pernah dia kemana-mana. Hari ini aku mengajaknya ke shoping kompleks untuk membeli baju untuknya. Aku gembira bila melihat dia gembira dan aku bersyukur bila melihat kedua-dua anakku gembira.Aku terus menghitung hari. Tidak sabar rasanya bercuti bersama keluargaku. Aku berdoa kepada Allah semoga percutian kami berada di dalam peliharaannya...

4 comments:

Kakcik Seroja said...

Tak payah bawa baju banyak2, nanti boleh beli dui sana saja. :)

Mrs.Izi said...

selamat bercuti bersama family.best tu bandung.boleh shopping.

Ariff Budiman said...

kakcik..Betul juga ya. Buat apa beli di sini. Sana pun cantik2 juga

Ariff Budiman said...

Mrs. Izi...Terima kasih banyak-banyak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...