Teman-teman

Saturday, May 19, 2012

Percutian Di Medan / Danao Toba - Bhg 3

Pertama sekali aku mohon maaf banyak kepada pembaca yang begitu setia menanti. Terima kasih yang menegur aku melalui FB bertanya khabar dan meminta aku meneruskan penulisan aku. Semenjak kembali dari Medan aku mengalami tekanan. Tapi bukan tekanan dalam kehidupanku tapi dalam pekerjaanku. Banyak sangat kena standby. Kerja tak menentu jadi badan pun menjadi letih dan blog di lupakan. So setelah di suntik semangat aku kembali menulis dan inilah sambungan cerita semasa aku berada di Medan. Harap tidak jemu membacanya.

 Matahari terbit pada jam 7 pagi di Medan

Aku bangun agak awal. Badan terasa sungguh fresh. Inilah hasilnya bila tidur awal. Aku mengeluarkan kamera dengan zoom menanti matahari terbit. Cuaca kelihatan amat baik sekali berbanding semalam. Hujan lebat dan paginya awan tebal. Matahari terbit tidak kelihatan. Jadi aku menanti dengan penuh sabar dan akhirnya inilah hasilnya.

 Di Lobby hotel menanti kedatangan pemandu kami

Kami turun bersarapan. Hidangan pagi dari hotel tidaklah hebat sangat. Aku makan nasi goreng pun tak habis. Kata isteriku
" Abang goreng nasi lagi sedap ". Puji isteriku. Perasannya aku ketika itu bila di puji namun hentam sajalah. Setelah kenyang kami menanti pemandu yang akan membawa kami sekitar bandar Medan. Sekejap sampai pemandu kami lalu memeperkenalkan dengan nama Budi.
" Pak Budi. Kemana kita hari ini ". Tanya anak saudaraku
" Hari ini kita jalan-jalan ke Istana Maimun, Pajak ikan dan mencari kek ". Kata pak Budi. Kami menaiki kereta avanza. Macam sardin dibuatnya.

 Istana Maimun

Dalam masa 15 minit kami sudah memasuki kawasan Istana Maimun. Cantik sungguh istananya. Istana yang dibina sekitar tahun 1888 oleh kesultanan Deli yang berhubungkait dengan kerajaan negeri Perak. Kami sempat bergambar sebelum memasuki kedalam istana. Dari jauh sudah memancar warna kuning. Eh siapa pula wanita yang memakai baju kuning dan berselendang juga kuning. Cantik sungguh dia. Bila kami masuk kedalam dia terus hilang. Aku membisik pada isteri dan anak saudaraku.

 Sebelum masuk kedalam pasti bergambar dulu

Datang anak saudaraku bertanya
" Di mana dia duduk PakJang ".
" Tu sebelah kerusi di hujung yang macam pelamin ". Aku berkata kepada anak saudaraku.
" Makjang..Pakjang buat pula ". Gurau anak saudaraku. Isteriku hanya tersenyum dengan gurauan tersebut. Terus aku mengajak isteriku bergambar.
" Tadi dia duduk sebelah Nah la ". Kataku pada isteri. Sempat juga isteriku mengerling sebelahnya. Aku tertawa melihat gelagat isteriku. Tapi aku tahu isteriku tidak takut sebab kerap aku menceritakan tentang makhluk dan dia sudah menjadi mangli. Tak semuanya mengganggu kita. Mereka hanyalah sekadar menetap disitu. Kalau datang orang maka pergilah mereka.

 Raja dan permaisuri menanti kedatangan tetamu

Selesai kaimi bergambar di Istana Maimun kami terus di bawa ke Pajak Ikan. Aku ingatkan nak ke pasar yang menjual ikan tapi ia merupakan tempat atau syurga membeli belah untuk orang perempuan. Yang kaum lelaki ni hanya ikut saja la.
" Bang..bang cantik la telekung ni ". Kata isteriku dan terus mengira berapa yang hendak di beli. Tak ada pula baju untuk lelaki. Yang ada cuma t shirt cop Medan. Tak minat aku. Datang pula peniaga jalanan yang asyik mengekori kemana saja kami pergi.
" Bu murah saja ni. Enggak dapat tempat lain. Saya bagi murah ". Di pujuknya isteriku.
" Jom kita pergi ketempat lain. Malas la asyik mengikut saja ". Kata isteriku dan aku pula asyik mengikut isteriku. Datang pula peminta sedekah menghulurkan tangan. Rata-rata merupakan kanak-kanak. Kata orang kalau sudah memberi akan dikerumini oleh yang lain lalu kami buat tak nampak saja.

 Menyerlah kekuningan

Pergi ketempat lain juga rimas kami dibuatnya dengan peniaga jalanan. Mereka seperti memaksa kita membelinya. Akhirnya anak saudaraku membeli baju untuk anaknya.
" Terima kasih ibu. Permisi ya. Saya lalu di belakang ibu ". Amboi lembutnya budi bahasa setelah kita membelinya. Datang sekali lagi peminta sedekah.
" Ibu tolong ya bu....". Isteriku terus pergi dari situ. Akhirnya berjumpa juga dia dengan kedai yang menjual telekung yang cantik dan harga berpatutan. Aku biarkan saja dia menawar harga. Kemudian dia datang padaku.
" Abang Nah beli sebanyak 9 pasang telekung. Nah nak bagi dekat ....bla bla.. ". Aku hanya mendengar saja. Ikut dia ler nak hadiah telekung pada siapa.
" Abang tak beli baju ke apa ka ". Tanya isteriku.
" Tak pa..abang ingat nak beli baju kebaya la. Nampak cantik pula ". Gurau aku pada isteri.
" Abang nak beli dekat siapa ni...". Tanya isteriku.
" Abang beli dan hadiah pada Nah ler ". Tersenyum lebar dia bila aku hadiah baju. Siapa lagi aku nak beli kalau bukan dia dok..

 Di dalam istana

Agak lama juga kami berada di dalam pajak ikan. Nasib baik pemandu kami pak Budi amat baik hati dan sabar. Di tunggunya kami sehingga puas membeli belah. Jenuh juga kami tawaf. Masuk dan keluar kembali. Bungkusan dah semakin meningkat. Untuk aku masih enggak ada. Apa yang aku nak beli kalau toleh kanan dan kiri semuanya untuk wanita. Isteriku nampak betul-betul sihat. Sekejap kesana..sekejap kesini. Kira sibuk betullah. Aku hanya ikut belakangnya membawa bungkusan. Nasib ler kaum Adam. Tak apa janji bahagia. Dia sihat aku sudah gembira.

 Pajak Ikan syurga kain

Anak-anak aku juga begitu sibuk. Anak lelakiku juga sibuk memilih telekung. Hai untuk siapa pula ni.
" Adik beli telekung untuk siapa kakak ". Aku bertanya anak gadisku.
" Untuk siapa lagi ayah ". Kata anak gadisku sambil tersenyum. Ish..ish sempat juga dia ingat. Anak saudaraku pula sibuk dengan tudung. Kira masing-masing ada aktiviti. Aku tercari-cari apa yang aku nak beli. Akhirnya aku beli kerepek ubi kayu. Jadilah..janji aku beli di situ. Sedap juga kerepek dia. Sementara menanti mereka selesai shoping aku pun ngap kerepek ubi kayu.

 Sibuk memilih telekung

Akhirnya selepas kaum hawa selesai shoping kami pun keluar dari pajak ikan. Destinasi kali ini ialah mencari kek lapis. Sesak juga Medan dengan bunyi hon yang amat kuat. Peeet..peet..Entah apa yang di honkan. Rasa aku kalau hon mereka rosak sudah tentu menjadi masalah besar. Traffic light pula tidak banyak jadi kereta yang berani saja boleh bergerak. Yang tak berani tu pandu perlahan-lahan. Perut kami sudah terasa lapar. Sebelum kami mencari kek lapis atau Bika Ambon kami mencari restoran untuk menggalas perut. Di Medan banyak dijiual makanan orang cina. Jadi kena berhati-hati. Kami masuk ke restoran orang islam. Nampak eklusif restorannya.

 Cantik-cantiknya

Bila masuk kedalam tak payah bertanya nak makan apa dan itu. Terus di hidangnya makanan. Kalau kita suka kita makan. Kalau tak suka tinggalkan saja dan dia tidak akan masuk kedalam bil. Itu stail restoran di Indonesia. Wow terliur kami melihat makanan yang di hidangkan. Enak-enak belaka. Aku order air sirsak ( Durian belanda ). Sekejap dia bawa. Memang best power punya sirsak. Alhamdulillah kami berpakat iaitu setiap family mengutip sebanyak RM500 untuk tambang perjalanan dan makan. Jadi ada 2 family sebanyak RM 1000 atau 3 juta rupiah. Memang mewah makan. Makanan pula sedap-sedap belaka.

 Peminta sedekah. Lagi tak bagi di situlah dia berdiri

Bila perut terasa kenyang barulah kami bergerak ke tempat menjual bika ambon. kami di bawa ke sebuah kedai kecil. Kata pak Budi kedainya memang terbaik. Banyak pelancung malaysia beli di sini. Kami di beri rasa kek lapis. Memang sedap tapi aku memang tak suka kek. Jadi biasa saja. Wife aku puji meleleh. katanya kek lapis di sini sedap. Setelah merasa barulah masing-masing nak booking.
" Abang nak berapa kek lapis ". Tanya isteriku
" Tak apa Nah kira siapa yang Nah nak beri dulu dan lepas tu abang pula ". Senang macam tu.
" Nah dah kira...Nah beli 4 kotak ". Kata isteriku. Akhirnya aku menambah sebanyak 4 kotak lagi menjadikan ia 8 kotak. Anak gadisku pula beli sebanyak 6 kotak untuk di agihkan kepada rakan dan jiran-jiran. Anak saudaraku pula 6 kotak. Aku terbayang pula bagaimana nak membawa pulang kek lapis sebanyak itu ke hotel. Akhirnya kami merasa lega bila pengusaha kek berjanji akan menghantar kek ke hotel sebelum kami bertolak pulang.

 Mimilih tudung

Selesai akhirnya pembelian kek lapis. Kami dibawa pula kesebuah kedai yang menjual kek. Aku membeli air markisa sebanyak 2 botol. Yang lain beli kek untuk di makan di hotel.
" Lepas ini kemana kita pula ". Tanya pak Budi kepada anak saudaraku.
" Bapak bisa bawa kami ke Sogo ". Tanya anak saudaraku
" Bisa ". Terus kami di bawa ke Sogo. Bila kereta kami berhenti dan belum sempat turun sudah kedengaran bunyi hon. Memang tak sabarlah penduduk Medan ni dan pemandunya pula sudah mangli dengan bunyi hon yang membingitkan telinga. Aku menjadi sakit hati dengan cara mereka. Asyik-asyik bunyi hon. Sogo seperti shoping complex di Malaysia. Tak ada istimewanya. Aku terus mencari bangku dan duduk. Isteriku berlegar-legar mencari baju t shirt untuk anaknya.
" Abang tak mau beli baju ka ". Tanya isteriku. Bila isteri aku sudah bersuara, aku pun bangun sambil membelek-belek baju t shirt. Terus aku bertanya harganya. Kalau di tukar ke RM Malaysia harga baju t shirt dalam lingkungan RM100. Terus aku tak minat.

Telekung lagi


Akhirnya setelah 2 jam berada di Sogo kami pulang ke Hotel. Esok kami akan pulang ke Malaysia. Flight pada pukul 2 petang. Kami sudah bercadang yang sebelum pulang kami nak mencari buah salak. Entah kenapa isteriku terlalu teringin buah salak. Asyik di bibir perkataan buah salak. Kesian pula aku mendengar. Nasib baik semasa ke Danao Toba aku membeli buah salak. Tapi tak berani nak beli banyak takut tak elok. Bila sudah rasa..fuhh..manis dan lemak rasanya. Siang malam asyik kunyah buah salak. Tak kiralah time tengah tidur. Bila aku terjaga aku melihat dia sedang mengunyah buah salak.
" Bang nanti kita beli buah salak. Nah nak bawa balik ". Aku hanya menganggukkan kepalaku saja tanda bersetuju.

8 comments:

insan marhaen said...

Salam. Lama tak singgah sini.

Alhamdulillah, bahagia nampaknya!

Ariff Budiman said...

Insan Marhein..Alhamdulillah. Semua nikmat tu Allah yang beri

Unknown said...

As salam En Arif,

Suka dgn ayat, 'Tersenyum lebar dia bila aku hadiah baju. Siapa lagi aku nak beli kalau bukan dia dok..' So sweet... :)

Ariff Budiman said...

Marya Yusof..Ish ayat biasa saja tu

Mrs.Izi said...

aik kak rosnah dah ade isi ke mengidam salak tu.hehehe

Ariff Budiman said...

Mrs. Izi..Ish..saja jer kut

Anonymous said...

salam...kalau masih ade cntc num kenalan/pemandu pelancong di medan, boleh bg kpd saya?
awai_ureshii@yahoo.com.my
tq

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...