Pada penulisan aku yang lepas ada di ceritakan tentang fasa di mana aku perlu melalui 3 fasa dalam hidupku dalam masa yang terdekat. Fasa pertama iaitu melangsungkan perkahwinan anak tiriku yang telah dilangsungkan pada bula April 2012. Fasa kedua ialah pada bulan Mei 2012 dimana aku dan keluarga telah melancung ke Medan.
Kini fasa ketiga menghampiri iaitu pada 1 - 3 Jun 2012 satu perjumpaan keluarga terbesar kami yang melibatkan penyertaan dari keluarga dari Singapura dan seluruh Malaysia. Inilah perjumpaan pertama kami akan berlangsung di Melaka. Aku akan bertolak awal bersama kaum keluarga. Pada 31 Mei ini kami akan menetap di Hotel 101 di Bangi. Aku bertolak awal sebab bercadang membawa isteriku makan angin di KL. Pernah seorang sahabat membawa aku ronda menaiki LRT dan menuju ke Masjid India. Sempat juga kami makan rojak yang bagiku begitu special kuahnya. Dimasukkan cili padi kedalamnya.
Bila pulang aku cerita pada isteriku. Apalagi asyik di mulut rojak special tu. Katanya jauh tak Bangi dengan Masjid India. Aku sendiri pun tak pandai sangat tentang jalan di sana. Aku nak minta pandangan dari pembaca yang baik hati bagaimana aku dapat ke Masjid India dari Bangi. Ada tak LRT. Adakah dia berhenti di KL Central. Kali ini aku nak bawa isteriku menaiki LRT. Nak bagi happening sikit.
Jadi aku harap ada pembaca yang sudi menolongku. Nak join pun boleh sekali. Please. Tunjuk ajarku sifu. Terima kasih
16 comments:
kalo xsilap kt bangi ada komuter...kalo naik komuter,boleh trun kl sentral..pastu amik lrt trun masjid jamek...
http://www.ktmkomuter.com.my/
ada stesen bangi?so , trun kl sentral amik lrt ke masjid jamek... nak tau jugak,kt mana rojak yg sedap tu..spjng dok sn & slalu kt msjd india,xpernah jumpa plak rojak sedap..kalo boleh bw isteri g jln ari sabtu lg bgus sbb ada psr mlm kt jln TAR...
As salam En Arif,
Betul apa yg mek yusz ckpkan tu, naik komuter dr Bangi & bila smp ke KL Sentral amik LRT ke Masjid Jamek... nak tahu jgk kat mana rojak yg sodap tu...hehehe ;)))
shopping sakan lah nt ye di Key Eel... :)
abg ariff,naik komuter kat Stesen Komuter Bangi,Jln Pekan Bangi Lama.pastu tukar naik lrt putra ke masjid jamek.
mek yusz, Marya Yusof dan Mrs Izi..Terima kasih kerana memberi tunjuk ajar. Alhamdulillah dah faham. Cuma lupa. Bila sudah membacanya barulah dia refresh kembali. Lokasi rojak ialah di Masjid India. Entah ler. Saya rasa berhampiran gerai-gerai. Ia berada di tepi jalan saja
nnt snap la pic kt sana..nk tau lokasi gk..sbb saya slalu kt area sn..kalo nak beli jeans@jersy singgah la kedai saya kt masjid india tu...tp,sy xde la...berhadapan dgn KAS tailor...kios kt dlm msjd india tu ja...
rojak tu kt kedai mamak ke?xsabar nk tau kt mana rojak sedap tu...
mek yusz...Ooo buka kedai di situ ka. Insyaallah kalau berkesempatan saya singgah. Tentang rojak saya tak pasti berdekatan mana. Apa yg saya pasti dia berada di luar dan berdekatan gerai makanan. Walaupun saya boleh buat kuah rojak tapi bila merasa kelainan kuah rojak saya rasa ini memang terbaik dan saya nak try buat macam tu
nnt snap pic kedai tu ye....jgn lupa... sy la ni kt klantan... mmg xda la g kdai...
ssalamualaikum en Ariff. kalau naik LRT kena hati-hati sikit sebab yang sampai ke masjid Jamek adalah LRT STAR.Setahu saya di KL sentral hanya ada LRT PUTRA dan kalau jalan keluar sedikit ada monorail.Tapi boleh juga kalau naik LRT PUTRA dan berhenti di PASAR SENI cuma kena jalan sikit nak ke masjid jamek. Memandangkan en Ariff nak ke Kawasan masjid Jamek,Saya sarankan bila En, Ariff dan isteri naik komuter di bangi, turun di stesen bandar tasik selatan yang lebih kurang 3-4 hsntian dari bangi. DI situ ada terminal bersepadu, keluar dari stesen komuter tu En Ariff pergi ke stesen sebelah kanan, itu stesen LRT STAR, kalau sebelah kiri akan ke stesen ERL yang ke KLIA. Bila di sana En Ariff naik LRT STAR yang menghala ke sentul bukan ke sri petaling tau. Dan berhenti di hentian Masjid Jamek, dalam 5-6 hentian dari bandar tasik selatan. Semoga berjaya.
Mek yusz..Insyaallah kalau saya pergi saya snap ya
Shahrizat...Ya baru saya teringat ketika naik dari Kajang. Dia singgah di Bandar Tasik Selatan. Terima kasih banyak2 sifu
sharizat- kt masjid jamek ada STAR & PUTRA lrt...so,xjd masalah kalo naik dr kl sentral putra trun masjid jamek... :p
http://malaysiabudgethotel.com/transportation/trains/putra-lrt.html
wpun saya mmg sentiasa kt lawasan masjid jamek&slalu gk naik lrt ni..kena confirm dulu sblm nk tunjuk ajarku Sifu..hikhikhik
trah tak leh jadi sifu even duk kat sini...konon jadi pemandu pelancong kang dengan pemandu pelancong sesat..hehehe...
athirah...Bahaya pemandu pelancung yang ini. He he
Post a Comment