Semalam aku menerima panggilan dari Affin bank. Rupanya aku lupa membayar ansuran bulanan keretaku. Cis...inilah pertama kalinya pihak bank menalipon aku. Di arahnya aku membayar menggunakan teller. Aku tau la. Tak payah ajar. Pagi ni aku dan isteri keluar. Sambil meronda sambil terus membayar. Aku singgah di Maybank shell untuk mengeluarkan wang. Tellor rosak pula. Aku ke Maybank Caltex pula. Juga begitu. Rupanya seluruh sistem Maybank di Pulau Pinang mengalami gangguan.
Terpaksa aku mengeluarkan wang di Affin Bank. Kena la charge sikit. Aku dan isteri masuk ke tempat teller. Terdapat sepasang suami isteri sedang mengeluarkan wang. Sambil si suami menekan nombor satu persatu sambil melayani anak kecilnya yang ingin juga menekan nombor. Riuh dan merimaskan aku. Sudah la nak cepat. Setelah selesai mereka ke tellor sebelah untuk membayar ansuran kereta dan aku pula mengeluarkan wang. Cepat saja. Aku menunggu di belakang mereka. Si suami terus menekan no kenderaan. Sempat juga aku kerling. WBJ...Tiba si suami terlupa no pula.
" Sayang abang lupa no kereta. Boleh keluar tengok tak " . Kata suami kepada isterinya. Isteri terus keluar membaca nombor. Si suami terus memasukkan wang. Ada setengah masuk dan ada setengahnya keluar. Sebab itulah aku tak suka dengan tellor. Akhirnya selesai si suami membayar ansuran keretanya.
Tiba giliran si isteri pula untuk membayar ansuran. Di tekannya nombor kemudian mengeluh.
" Abang....ayang lupa nombor kereta. Abang tolong cek sat ". Keluar si suami kearah kereta. Aku dah bengang. Sudah lama aku berdiri.
" Lain kali dik...tulis dulu nombor di kertas sebelum membayar ". Aku menegur dengan nada lembut saja. Control marah. Isteriku tersenyum bila aku memangdangnya sambil dalam hati aku berkata,
" Tengok abang tak marah. Abang control baik punya ". Wanita tersebut hanya terdiam. Datang si suami memberi nombor kereta dan akhirnya selesai. Sambil berjalan keluar si suami sempat mengalih kearah aku. Mungkin isterinya telah cerita aku menegurnya. Bagus juga suami isteri ni. Tak ada pula kata nak masam muka. Tersenyum isterinya kepada isteriku.
Teng...teng...tiba giliran aku pula. Tiada orang di dalam. Hanya aku dan isteri saja. Akun terus menekan butang dan menanti arahan demi arahan. Kemudian tertera di skrin No akaun atau nombor kenderaan. Aku pilih nombor kenderaan sebab senang ingat. Tiba-tiba....kih kih kih
" Nah abang lupa nombor kereta abang. Berapa aarr ". Aku bertanya isteri. Isteriku tertawa sambil berkata.
" Lain kali bang sebelum mai abang tulis dulu nombor kereta. Abang suka lupa ". Dia perli aku dengan senyuman. Aku turut tertawa. Tak apa la. Itu perli- perli sayang. Akhirnya aku sendiri yang ingat nombor keretaku. Nasib baik la pasangan tadi tak ada. Kalau tidak malunya aku.......
2 comments:
semalam IM bayar duit kereta juga. terkial-kial sebab tekan butang sana tak ada klu, tekan sini tak ada klu nak masuk no akaun.
last-last IM balik saja sebab m/c dah nak off jam 12.
hai... jom ajar anak2 tentang islam.. kami di muslim kids shop ada jual pelbagai barang untuk anak2 anda.. silalah lawat blog saya... thank you! :)
Post a Comment