Teman-teman

Sunday, December 16, 2012

Kacang Kuda

Setiap kali aku ke pasar malam pasti kacang kuda pedas aku beli. Pantang kalau kerap dibeli. Isteriku mulalah merasa dan tahu ramuannya. Hari ini isteriku buatkan surprise lagi. Dihulurnya sepinggan kacang kuda untuk aku rasa. Sekali rasa memang sedap. Rasanya pula pedas. Tak sama seperti beli di pasar malam. " Masyaallah. Sedap sungguh kacang ni. Abang tak payah beli lagi di pasar malam ". Tersenyum isteriku menerima pujian dariku. Siap dibekalkan lagi untuk aku makan di tempat kerja. Aku masukkan kedalam FB. Ramai pula yang minta resepi dan disuruhnya aku masuk kedalam blog. Aku terus talipon isteri bertanyakan resepi sebab ramai yang sudah minta. Tertawa dia. Katanya dia bukannya pandai. " Abang rasa sedap ok la tu ". Kata yang akhirnya resepi diberinya. Ok ambil kertas semua ya.


Ini resepi berdasarkan kacang kuda sebungkus 250 gram.

1. Kacang kuda direndam semalaman untuk melembutkannya
2. Kemudian rebus kacang tersebut sehingga lembut
3. Hiris atau cincang 3 ulas bawang merah dan bawang putih
4. Tumiskan bawang tersebut dan daun kari sehingga wangi. 
5. Masukkan cabai yang telah di kisar bersama gula dan garam secukup rasa. Kalau nak pedas makna cabainya tentu banyak. Pandai-pandaila
6. Akhir sekali masukkan kacang kuda dan gaul macam dalam gambar. Senang bah....

Selamat mencuba ya....Good Luck

7 comments:

Anonymous said...

senang bah..iskk..ada bah tu yang jadi tambah sedap tu..ekeke

Anonymous said...

Terima kasih bbyk Pak Ariff and Mak Nah. I liiiiiiike......

Anonymous said...

sedap..tolong tanya puan chef cabai di kisar,tak yah tambah asam jawa ka...sos cili ka?

Ariff Budiman said...

Cabai tak payah tambah asam jawa dan sos cili. Kalau nak senang boleh beli cabai yg sudah dibungkus. Kalau kita kisar sendiri lagi

radziah AR said...

zaman saya sekolah rendah {80-an}mak akan bekalkan kacang kuda ni (kdg2 yg tak gaul cabai) semasa pergi/ikut rombngan sekolah. Boleh dikatakan ramai akan bawa makanan ni lah..

Ariff Budiman said...

Radziah AR......Betul ya bila terkenangkan zaman tu.

rozie yuzaila yusof said...

Salam~
Terima kasih berkongsi ilmu yang bermanafaat dan tidak kedekut dengannya. Moga pahala berpanjangan hingga ke syurga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...