Teman-teman

Tuesday, December 04, 2012

Macam-Macam Hal

Aku dan isteri telah melalui kawasan jirat cina menuju kepekan. Bila tiba di sini isteriku menunjukkan kepada papan kenyataan ini. Kami tertawa bila membacanya. Bahasa Malaysia amat indah serta lembut bahasanya. Kalau silap kenyataan sudah pasti mengundang sindiran atau tertawa. Apa yang pembaca faham akan kenyataan ini. Ia ditujukan khas kepada siapa.


Kelihatan sudah beberapa ekor tidak mengendahkan kenyataan ini. Ia pasti mengundang kemarahan tuan punya tanah ini. Selamba saja mereka meragut rumput. Mereka tidak pernah di hantar ke sekolah. Kalau sekolah pun pelajaran moral tidak di ajar. Akhirnya benilah jadinya.


Yang ini pula. Begitu hebat sekali sesiapa yang bernama poster. Mendapat arahan agar jangan menampar poster. Teringin nak berkenalan dengannya. Jeles ni.




5 comments:

blu4sky said...

salam en arif,
hahahaha..pepagi dah tergelak baca entry ni..siapalah yang suka menampar poster tu ye.. ingatkan tadi jangan menampar posmen.. kelakar betul..

pB said...

lulus spm tak nie?

Ariff Budiman said...

Blu4sky........Alhamdulillah. Kita mulakan pagi dengan senyuman

Ariff Budiman said...

pB......Ibu bapa miskin masa tu. Setakat darjah 6 saja.

Bearcat said...

Hehehe...lawak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...