Teman-teman

Sunday, December 02, 2012

Makan Malamku Terbaik

Awal-awal lagi aku beritahu isteriku yang esoknya aku nak ke pasar membeli udang. Sedap juga buat sambal tumis udang. Cadangang aku nak membawanya untuk bekalan kerja petang keesokan hari. Malamnya aku terlalu letih dan terpaksa tidur awal. Sedang enak di ulit mimpi talipon bimbit berbunyi tepat pukul 1 pagi. Aku diarahkan standby. Kata jurutera ada kerosakan. Apa nak buat terpaksa juga melupakan tidurku. Sehingga 8 pagi aku berjaga dan aku pulang dalam keletihan.


Aku menalipon isteriku beritahu yang aku kepenatan untuk kepasar. Kata isteriku dia sudah tahu. Katanya tengahari ini dia nak buat sup ekor. Sebelum ini aku begitu kerap membeli sup ekor dengan harga RM8 sebungkus andaikata tidak lalu makan. Bila terlalu kerap membeli isteriku pun mula merasa apa bahan-bahan yang terdapat didalamnya. Kali pertama cuba tidak berapa tepat tetapi masih sedap dimakan makan. Kali kedua cuba subhanallah memang sama rasanya seperti yang aku beli. Jadi bermula saat itu aku tidak lagi membeli sup ekor. Samalah juga stail arwah Siti Aishah. Kalau beli sudah pasti dirasa berkali-kali untuk mengetahui bahan-bahannya. Akhirnya tak payah beli sebab dan pandai buat. Allah maha besar. Di ambilnya isteriku dan diberinya aku seorang yang mempunyai perwatakan yang hampir serupa.


Ketika menghirup sup isteriku bertanya apa bekalan yang hendak aku bawa ketempat kerja. Aku sendiri pun tak tahu nak makan apa. Sebut saja nasi memang menjemukan. Akhirnya terfikir dua hari yang lepas dia buat burger. Lantas aku minta dia buat burger untuk bekalanku. Terus dia kedapur untuk menguli tepung dulu. Bau wangi ketika isteriku menggoreng burger.


Akhirnya inilah makanan malamku. Burger yang dihiasi timun didalam dan sambal ikan bilis. Bila aku tiba di tempat kerja isteriku call aku
" Abang...sorry Nah lupa letak ikan bilis. Hanya sambal saja dengan timun didalam ". Katanya.
" Tak apa. Ini pun alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak abang ucapkan ". Ketika aku makan isteriku menalipon bertanya bagaimana rasanya burger tanpa ikan bilis di dalam.
" Alhamdulillah. Sedap. Dah 3 biji abang makan ". Tertawa kecil isteriku. Mungkin terasa lega bila aku tidak memarahinya kerana tidak lengkap. Siapa aku untuk menyatakan ini dan itu tidak sedap.

8 comments:

Thirah said...

bertuah sungguh en ariff..dan bertuah isteri en ariff..doa2kan trah jua sabar seperti isteri dan arwah isteri en ariff..

Ariff Budiman said...

Thirah...Insyaallah. Itulah elemen terpenting dalam rumahtangga. Sabor banyak. Biar sorang marah. Lagi seorang diam. Jangan kedua2nya marah. Maka akan merosakkan rumahtangga

insan marhaen said...

Huu... IM pun dah tak pekenana maggie sup tulang.

Ariff Budiman said...

insan marhein....Terbaik maggi sup tulang

Abam Kie said...

salam abg. bertolak-ansur dlm rumah tangga kunci kebahagiaan. sy cukup x suka kalau saya je yg selalu memberi tp pihak sebelah sana x pandai pun ucapkan terim kasih. jemput la ke blog sy yg biasa2 ni.

Nor Shamilah Ismail said...

Tahniah en ariff..pasti en ariff seorang suami yg baik, sebab tu Allah kurniakan isteri yg baik untuk en ariff..saya percaya ni..
Wah! hari2 makan sedap, terliog saya tgk..kalau buka blog ni banyak telan air lioq je!

Ariff Budiman said...

Daddy Zuki.......sikap toleransi amat penting dalam rumahtangga. Suami isteri harus bijak main peranan lebih2 lagi suami. Kadang2 isteri kita kepenatan setelah sama2 bekerja dan bila pulang kena pula masak utk keluarga. Memang ler tiada rumah tangga yang bergoncang.

Sebab itu saya lebih suka membantu isteri walaupun dia tidak membenarkan. Biar kita sebagai suami menunjukkan akhlak kita. Biar kita merendah dgn meminta maaf andaikata ia benar2 berpunca dari kita.

Sebelum lelapkan mata suami isteri dapat berbincang akan masalah yang dihadapi seharian. Saya buat begini. Saya bagitau isteri apa yg saya tak suka dan suka. Saya juga bertanya isteri apa yg dia suka dan tak suka

Ariff Budiman said...

Nor Shamilah.......Syukur kepada Allah yg telah mengurniakan kepada saya isteri2 yg baik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...