" Hari Isnin kita mai pula. Mungkin offer ". Kataku kepada isteri.
Tiba hari Isnin aku mengajak kedua-dua anakku sekali. Aku berkata bila masuk maghrib jangan berlengah lagi. Terus solat sebab malam mimggu memang ramai yang akan ke Pesta. Bila kami keluar jalan sudah mula sesak. Rupanya ada yang lebih awal dari kami. Terpaksa letak kereta jauh dari tempat pesta disebabkan parkir sudah penuh. Bila masuk saja kedalam, aku terus ketempat jualan kasut.
" Offer offer. Hanya RM50 saja ". Kata penjual. Sebelum ini dijual dengan harga RM75. Terus aku beli kasut jenama Adidas. Aku tahu kasut itupun bukanlah ori sangat. Tapi buatannya cantik dan nampak tahan maka sebab itulah aku beli untuk joging.
" Hari ini ada offer. Satu keping RM 190. Lain hari RM 300 libih ". Kata benggali karpet. Cantik juga karpet ni. Anak aku juga berkenan. Nak letak dirumah. Kesian juga aku mendengarnya.
" Beli 2 kasi kurang la. RM180 ". Aku bergurau.
" Tak boleh..tak boleh. Ini sudah kurang ". Kata benggali karpet. Akhirnya dia bisik juga dengan kami.
" Tak apa saya kasi RM180 sekeping ". Kata benggali. Akhirnya beli juga kami 2 keping karpet dengan harga RM360
" Ala...RM350 la ". kata anak gadisku kepada benggali karpet. Akhirnya dia setuju. Bila pulang aku memegang satu keping. Akibat berat maka aku letakkan diatas kepala sambiul berkata
" Mau beli minta kurang. Sudah kasi kurang mau kena hantar itu kereta. Kereta pula banyak jauh. Rugilah ini macam ". Kata-kata dalam loghat bangla membuatkan isteriku tertawa.
" Abang ni malu la dok cakap macam tu. Nanti oghang kata abang ni Bangla pula ". Kata isteriku. Aku sudah mula perasan yang orang ramai ada yang tersenyum simpul melihat aku menjunjung karpet sambil bercakap bahasa bangla. Isteriku asyik pula tertawa dengan gelagat bersahaja aku. Tibalah aku depan satu rombongan sambil merungut dalam bahasa bangla. Tertawa mereka bila mendengar.
" Baguslah bangla ni. Boleh tolong bawa ke kereta lagi ". Isteriku terus mendapatkan aku.
" Abang depa kata abang bangla. Abang dok cakap macam tu ". Kata-kata isteriku membuatkan aku tertawa. Akhirnya memang melenguhkan badan membawa karpet.
" Tak apalah. Nanti Nah urut badan abang ".
" Banyak terima kasih pada sayang kerana mau urut saya ". Aku bergurau dalam loghat bangla. Tertawa kami berdua. Aku tahu dia terhibur dengan aku dan aku juga demikian. Semoga kami terus bahagia.
Bila di pasang karpet nampak cantik pula di ruang tamu
7 comments:
Amiin..ya Allah..bahagiakan pasangan suami isteri ini ya Allah. Wow! terang benderang rumah dgn karpet baru...ceria lah!!
mat kapet mat kapet ler..cantik jadi ruang rumah..bila ada peluang nak berkunjung lagi kat rumah en ariff..insyaallah..tahun depan..duduk kedah..insyaallah berpeluang berkunjung..
Nor Shamilah...Terima kasih di atas doa ini
Thirah....Insyaallah. Boleh datang nanti.
Haha...paknjang beli jugak carpet di Pesta. Kami yang mulanya nak beli terpaksa cancel sebab malas nak bersesak sebab ada anak kecik. Lawa carpet tu :)
Bearcat...Beli jugak tapi kena parking kereta dekat Jubilee home. Just imagine how far
lawa carpet tu.mecing plak dgn sofa.terus naik seri
Post a Comment