" Bos..3 kilo RM5 ". Kata rakanku.
Apalagi terus aku pilih yang baik untuk dimakan ketika memancing. Geleng kepala isteriku bila melihat setiap hari aku membawa pulang buah rambutan.
Bila kami sampai air baru pasang. Ombak memukul batu. Terus aku letakkan umpan sotong sambil makan buah rambutan. Sudah 15 minit masa berlalu. Tiada tanda-tanda ikan memakan umpan.
" Sabar ajer ler ". Kata isteriku
" Orang kaki pancing ni memang sabar orangnya ". Aku berkata kepada isteriku.
" Ya lah tu ". Pendek saja ayatnya. Memang tersirat. Aku bukan penyabar orangnya ka.
" Sudah 2 jam kita memancing bang. Sekor pun belum dapat lagi ". Rungut isteriku
" Insyaallah...dapatlah nanti. Kena sabar banyak-banyak ". Aku pujuk isteriku padahal aku sudah jemu memancing begini. Buah rambutan dari 3 kilo sudah boleh dihitung jumlahnya. Akhirnya..
" Jim Nah kita balik. Dah pukul 12 tengahari ". Aku mengajak isteriku pulang.
Belum sempat aku bangun aku dapat merasai ikan sedang merentap rod aku. Apalagi bingkas aku menarik rod sambil menggulung tali kail.
" Allah...Umpan sudah habis. Ikan main kita ". Jerit aku. Terus aku buka talinya untuk pulang.
8 comments:
Tak dapat ikan tak pa...janji dapat bersama2 dgn isteri, ok tu..siap berposing!!
Nor Shamilah...Itulah tujuan utama. Asyik kerja saja
IM pun tak suka memancing. jemu!
Insan marhein.....Rugitu tak minat
eratkan lagi hubungan..jeles tgk..bahagia..apa petua kebahagiaan ni?leh share? ;)
Thirah....lain padang lain belalangnya. Bagi saya seorang isteri tu kena pandai ambil hati. Begitu juga suami. Isteri jangan suka berleter. Itu bagi saya ler. Kalau ajak kemana mahu saja di ikut. Kedua2 isteri saya suka senyum. Itu yang membuat saya lentur. Sekali dia marah terasa amat bersalah sekali saya rasa. He he. Setiap kali berdoa, berdoalah agar Allah berikan kasih sayang kepada suami isteri. Masing2 pandang dgn kasih sayang. Setakat tu saja kut.
Assalamualaikum,
Paling utama dapat "masa untuk bersama"...ikan boleh je beli kat pasar kan?
Anyss.....Betul tu. Gunalah kesempatan ini untuk bersama
Post a Comment