Teman-teman

Tuesday, January 08, 2013

Aku Dan Gado-Gado

Aku tugas malam. Sebelum keluar isteriku bertanya tentang makan tengahari untuk hari esok. Setelah berfikir sejenak aku mengambil keputusan agar isteriku buat gado-gado. Agak lama juga tidak makan gado-gado. Sebelum pulang aku mengutip dulu kangkung liar berhampiran tempat aku bertugas. kangkung jenis ini banyak khasiatnya. banyak juga yang aku dapat sebab setahu aku semenjak aku bertugas disini dari tahun 1999 belum pernah aku melihat penduduk kampong mengutip kangkung disini.


Bila pulang isteriku baru saja selesai membuat kuah kacang. Aku suka kuah kacang yang halus kacangnya. Kedua-dua isteriku telah maklum akan kesukaanku. kemudian dia buat pula cucur udang. Aku sudah terliur namun mata amat mengantuk. Aku perlu tidur sebentar.


Jam 12 tengahari aku bangun. Aku melihat gado-gado sudah terhidang diatas meja. Perut sudah tak boleh menahan lagi. lantas aku mengajak isteriku makan bersama. Masyaallah memang sedap sungguh gado-gado dari isteriku. Dua pinggan aku makan. Terasa amat kenyang sekali.
" Terima kasih Nah ". Aku ucapkan kepada isteriku.
" Sama-sama bang ". Isteriku tersenyum menjawab ucapanku. Pahala yang isteriku dapat.


Hari ini disebabkan kuah kacang masih ada, aku kepasar mencari takua dan bahan-bahan yang lain. Gado-gado juga menjadi makanan tengahariku.
" Abang tak jemu ka. Semalam gado-gado. Tengahari ni pun sama ". Tanya isteriku
" Tak jemu. Sedap. Esok pun makan gado-gado lagi pun tak apa ". Tertawa isteriku mendengar. Kadang-kadang aku makan nasi kalau ada kuah kacang, aku akan mencari salad, bawang dan timun. Setelah dihiris lalu kuah kacang di tuang kedalam ramuan tadi. Memang sedap.






7 comments:

Kakcik Nur said...

Sedapnya. :)

Anonymous said...

Pak Ariff, boleh tak mintak resipi kuah tu dari Mak Nah? Tq Pak Ariff.

Ariff Budiman said...

Kakcik Nur...LIKE LIKE. Memang sedap

Ariff Budiman said...

Anonymous...
1). Goreng kacang kacang tanah tanpa minyak sehingga nampak garing.Buang kulitnya
2). Tumbuk atau blend kacang tersebut
3). Blend bawang sedikit bawang merah, serai dan cabai kering
4). Tumiskan kesemuanya
5). Masuk gula dan sedikit garam kedalam bahan yang ditumis
6). Masukkan air dan kacang yang telah di blend
7). Masukkan asam keping sekeping dan biar sehingga mendidih
8). Sebelum nak hidang tu rasalah terlebih dahulu apa yg kurang. Selamat mencuba ya

Daddy Zuki said...

salam..hasil air tangan isteri tersyg adalah makanan n minuman yg paling sedap di dunia ini, kan?

Ariff Budiman said...

Daddy Zuki...Benar. Tiada makanan setanding masakan isteri

Anonymous said...

Tqvm Pak Ariff n Mak Nah sb kongsi resepi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...