Bila aku pulang isteri beritahu yang dalca sudah siap dan akan dibungkus manakala nasi masih lagi di masak. Menanti nasi masak aku membuka ipad untuk komen-komen di FB dan blogku. Bila nasi masak isteriku memnaggilku untuk membungkus dalca sebanyak 150 bungkus. Sambil membungkus mulut kami tidak henti-henti bergurau. Akhirnya selesai juga membungkus dalca. Habis dalca tugas selanjutnya ialah membungkus nasi bersama lauk sebanyak 150 bungkus. Ketika membungkus azan zohor sudah berkumandang. Aku keluar dari rumah untuk ketempat kerja jam 3.30 petang. Akhirnya jam 2.30 petang selesai membungkus nasi. Aku terus kebilik. Terlalu mengantuk. Akhirnya entah bila aku terlelap.
Tiba-tiba isteriku mengejutkan aku. Jam di dinding sudah pukul 3.10 petang. Bergegas aku ketandas untuk mandi dan ambil wuduk.
" Abang dah pukul 3.35 petang. Abang dah lewat ". Kata isteriku. Nak buat macam mana. Ketika bersalaman dengan isteriku sebelum ketempat kerja
" Nah ucapkan terima kasih pada abang kerana tolong Nah. Kesian abang letih. Nak kerja pula tu ". Kata isteriku. Senyumnya sedikit tawar bila melihat aku keletihan untuk ketempat kerja.
" Tak apalah Nah. Abang pun rasa seronok dapat memenuhi permintaan orang. Ini rezeki kita ". Aku berkata kepada isteriku.
Padaku dalam hubungan rumahtangga perkataan terima kasih dan maaf amat penting sekali. Kita harus ringan mulut mengeluarkan ucapan terima kasih bila pasangan kita membuat sesuatu kebaikan kepada kita. Andaikata kita telah melakukan kesalahan dan membuatkan pasangan kita bersedih maka cepat-cepatlah meminta maaf walaupun adakalanya kita mengatakan yang pasangan kitalah punca berlakunya perselisihan Namun untuk meredakan keadaan biarlah kita yang dulu mengucapkan perkataan itu. Esok isteriku akan menerima tempahan nasi tomato lagi. Alhamdulillah esok juga aku bertugas petang.
4 comments:
sweetnya..
Thirah...Biasa saja ni
Muga rumahtangga pak ariff dan mak nah dilimpahi dengan mawaddah, sakinah dan rahmah yg melimpah ruah hingga ke jannah. Amin
Anonymous....Amin Ya Allah. Kami bahagia berkat doa pembaca semua. Terima kasih
Post a Comment