Teman-teman

Thursday, January 24, 2013

Ucapan Terima Kasih Dan Maaf Tinggi Nilainya

Isteriku menerima tempahan nasi tomato sebanyak 150 bungkus. Orang yang membuat tempahan berhajat untuk membuat kenduri sempena maulidur Rasul. Pada mulanya isteriku keberatan sebab tiada siapa yang akan membantunya. Aku melihat roaster tugasanku. Alhamdulillah aku tugas petang dan menyuruh dia menerima tempahan itu dan aku akan membantunya. Akhirnya isteriku bersetuju menerima tempahan tersebut. Jam 7 pagi aku kepasar mencari barang keperluan manakala isteriku sudah sibuk memasak nasi. Kalau cuti umum sudah tentu pasar dipenuhi dengan pembeli. Aku menyuruh isteriku menulis apa keperluan yang diperlukan. Memang aku susah untuk mengingati semula apa yang telah di pesan. Bila tulis ia menjadi senang sebab aku hanya menumpu kepada apa yang di tulis.


Bila aku pulang isteri beritahu yang dalca sudah siap dan akan dibungkus manakala nasi masih lagi di masak. Menanti nasi masak aku membuka ipad untuk komen-komen di FB dan blogku. Bila nasi masak isteriku memnaggilku untuk membungkus dalca sebanyak 150 bungkus. Sambil membungkus mulut kami tidak henti-henti bergurau. Akhirnya selesai juga membungkus dalca. Habis dalca tugas selanjutnya ialah membungkus nasi bersama lauk sebanyak 150 bungkus. Ketika membungkus azan zohor sudah berkumandang. Aku keluar dari rumah untuk ketempat kerja jam 3.30 petang. Akhirnya jam 2.30 petang selesai membungkus nasi. Aku terus kebilik. Terlalu mengantuk. Akhirnya entah bila aku terlelap. 


Tiba-tiba isteriku mengejutkan aku. Jam di dinding sudah pukul 3.10 petang. Bergegas aku ketandas untuk mandi dan ambil wuduk.
" Abang dah pukul 3.35 petang. Abang dah lewat ". Kata isteriku. Nak buat macam mana. Ketika bersalaman dengan isteriku sebelum ketempat kerja
" Nah ucapkan terima kasih pada abang kerana tolong Nah. Kesian abang letih. Nak kerja pula tu ". Kata isteriku. Senyumnya sedikit tawar bila melihat aku keletihan untuk ketempat kerja.
" Tak apalah Nah. Abang pun rasa seronok dapat memenuhi permintaan orang. Ini rezeki kita ". Aku berkata kepada isteriku.


Padaku dalam hubungan rumahtangga perkataan terima kasih dan maaf amat penting sekali. Kita harus ringan mulut mengeluarkan ucapan terima kasih bila pasangan kita membuat sesuatu kebaikan kepada kita. Andaikata kita telah melakukan kesalahan dan membuatkan pasangan kita bersedih maka cepat-cepatlah meminta maaf walaupun adakalanya kita mengatakan yang pasangan kitalah punca berlakunya perselisihan Namun untuk meredakan keadaan biarlah kita yang dulu mengucapkan perkataan itu. Esok isteriku akan menerima tempahan nasi tomato lagi. Alhamdulillah esok juga aku bertugas petang.

4 comments:

Thirah said...

sweetnya..

Ariff Budiman said...

Thirah...Biasa saja ni

Anonymous said...

Muga rumahtangga pak ariff dan mak nah dilimpahi dengan mawaddah, sakinah dan rahmah yg melimpah ruah hingga ke jannah. Amin

Ariff Budiman said...

Anonymous....Amin Ya Allah. Kami bahagia berkat doa pembaca semua. Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...