Teman-teman

Wednesday, January 30, 2013

Tabahnya Hati Dia

Aku baru pulang dari bertugas malam. Walaupun mata masih mengantuk aku masih mengajak isteriku menemaniku membayar bil cukai tanah yang terpaksa di bayar di Pejabat Tanah Balik Pulau. Isteriku setia menemaniku. Jalan menuju ke Balik Pulau agak selesa dari sebelumnya. Banyak pembaharuan jalan telah dibuat. Sekejap saja kami sudah tiba di pejabat tanah. Hairan aku mengapa semua kereta meletakkan kenderaan mereka diluar.
" Tengok Nah..Dulu boleh park di dalam. La ni depa tak bagi ". Aku merungut pada isteriku.
" Tengok tu motor pun kena park di luar. Pagar depa kunci ". Bertambah geram aku dan terus aku mendapatkan pegawai keselamatan untuk bertanya.
" Kan kelmarin PH. Jadi cuti tu dibawa ke hari ni la encik ". Aduh....rupanya aku yang terlupa. Tertawa isteriku melihat aku mengetuk-ngetuk kepalaku.
" Tak apa bang. Balik ni abang boleh tidur ". Kata isteriku tapi aku mengajaknya kepasar.
" Tak apa la Nah. Lepas zohor abang tidur la ". Aku berkata kepada isteriku yang hanya menurut sahaja. Selesai membeli keperluan di pasar kami pulang.

Bila masuk waktu zohor aku cepat-cepat solat sebab mataku sudah terasa amat berat sekali di tambah pula dengan perut yang kekenyangan. Selesai solat terus aku baring di atas katil
" Good night bang....". Gurau isteriku dan aku membalas kembali gurauannya. Tiba-tiba isteriku menerima panggilan talipon. Aku melihat dia menyapu airmata ketika bercakap. Rupanya ada kematian.
" Tak apa la. Abang tidur saja. Biar Nah yang pergi dahulu. Abang mengantuk nanti ". Kata isteriku namun aku tak sampai hati dia pergi keseorangan melintas jalanraya yang sibuk.
" Tak apa la. Abang ikut sekali. Nanti selesai abang tidur la ". Aku berkata kepada isteriku.

Setelah siap kami terus kerumah jenazah. Aku berpelukan dengan si suami. Aku menepuk belakang suami. Aku mengerti sangat apa yang di rasainya . Aku sudah merasainya. Betapa azab dan perit ketika itu. Si suami bercerita. Katanya selalunya bila dia bangun dari tidur makanan sudah terhidang di atas meja. Bila di bukanya peti sejuk sudah ada air untuk menghilangkan dahaga. Baik sungguh isterinya. Moga syurgalah tempat isteri begini. Bisik hati kecilku. Tapi kali ini tiada apa yang tersedia. Makanan tiada di atas meja. Malah air kegemarannya pun tiada dalam peti sejuk. Terus hairan lalu memanggil anaknya. Rupanya si isteri sudah pergi buat selama-lamanya tanpa di sedari oleh suami dan anak-anak. Jenazah terpaksa di bawa ke hospital untuk post mortem disebabkan umur masih muda.

Setelah urusan post mortem selesai jenazah dibawa pulang dan akan di kebumikan selepas maghrib. Orang mula datang untuk menziarahi jenazah. Aku hanya diamkan diri. Memoriku ligat mengingati saat-saat aku diuji begini. Terkejut orang ramai bila anaknya pulang dari sekolah menangis bila melihat emaknya terbujur kaku sehingga terpaksa ditenteramkan kaum keluarga. Aku memandang sayu. Teringat ketika isteriku kaku di icu anak gadisku menangis memohon ampun pada emak. Dia baru selesai mendudukipeperiksaan terakhir.
" Mak...kakak minta maaf sebab lewat hadir...Ayah siapa yang buat emak. Emak tak pernah bermusuh pun dengan orang ". Airmataku mengalir bila aku kenangkan kembali saat itu. Aku melihat si suami begitu tenang sekali air mukanya. Tabah sungguh hatinya sedangkan aku tidak dapat menyembunyikan perasaan aku. Memang aku begitu lemah sekali di sini.

Jenazah di angkat untuk dimandikan. Setelah selesai dimandikan, jenazah pun mula dikapankan. Sebelum menutup muka kaum keluarga dibenarkan untuk mengucup kali terakhir. Aku melihat si suami begitu relax berbual dengan rakan-rakan Dia tidak mengucup jenazah isterinya. Ketika itu aku begitu sedih sekali. Aku masih ingat ketika aku dibenarkan mengucup isteriku buat kali terakhir. Entah berapa kali aku mengucupnya. Aku memeluknya. Amat susah aku berpisah dengannya. Di situ juga aku berdoa syurga adalah tempatnya. Aku redho dengan perpisahan ini.

Jenazah di bawa ke masjid untuk di solatkan. Aku beritahu kepada isteriku yang aku akan buat solat jenazah dan isteriku berkata yang dia akan menunggu aku sehingga selesai solat. Di dalam masjid aku berjumpa dengan anaknya. Masih menangis teresak-esak mengenangkan ibunya yang telah tiada.
" Sabarla adik. Kita kena terima pemergian ibu walaupun terasa begitu berat ". Terasa amat sebak ketika itu.
" Adik tengok ayah macam mana. Ayah menangis tak ". Adik tersebut hanya menggelengkan kepalanya
" Itu tandanya ayah seorang yang tabah tapi dalam hati ayah hanya tuhan saja yang tahu ". Aku berkata dengan nada yang tersekat-sekat. Anak tersebut mula berhenti menangis.
" Tugas adik sekarang ialah mendoakan untuk emak dan ayah adik. Adik belajar sungguh-sungguh. Adik bayar kembali segala pengorbanan mereka. Setiap kali adik buat kebaikan,adik sedekahkan pahalanya kepada emak dan ayah. Insyaallah sampai pahala tu ". Kata-kataku membuat adik tersebut tenteram untuk seketika waktu.

Tok bilal membuat panggilan kepada ahli jemaah untuk solat jenazah. Aku tercari-cari dimana si suami. Sepatutnya dia berada di hadapan sekali untuk penghurmatan terakhir kepada isterinya. Rupanya si suami berada di luar menanti jenazah isterinya di bawa keluar. Entah kenapa airmata aku tiba-tiba berguguran. Si isteri terbujur kaku di hadapan saf menanti untuk disolatkan. Di mana suaminya ketika itu. Fikiranku bermain ketika itu. Tidak cintakah dia terhadap isterinya. Tidak sayangkah dia terhadap isterinya sehingga dia tidak sanggup memberi penghurmatan terakhir kepada isterinya.

Selesai solat aku tidak terus ke kubur sebab akan bertugas malam. Aku terus mendapatkan isteriku dan menceritakan padanya apa yang terjadi. Aku terlalu sebak ketika menceritakannya. Ketika berada di rumah isteriku berkata
" Nah harap abang akan mencintai Nah sebagai mana abang mencintai Aishah ". Tergamam aku dengan kata-katanya. Mungkinkah dia dapat membaca fikiranku.
" Nah tok sah risau. Abang memang mencintai Nah. Abang telah berdoa kepada Allah agar di beri seorang isteri yang baik kepada abang dan anak-anak dan alhamdulillah Allah dah beri Nah pada abang dan Nah adalah seorang isteri yang baik. Abang sentiasa berdoa kepada Allah semoga Allah ampunkan dosa-dosa Nah dan tempat Nah adalah di syurga kelak ". Panjang sekali kata-kataku
"Terima kasih bang dan Nah pun cintakan abang ". Kami berpelukan sayu. Moga Allah berkati jodoh kami berdua dan semoga aku menjadi seorang suami yang bertanggung jawab kepada isteri, anak-anak, kaum keluarga dan masyarakat.


10 comments:

pB said...

sebak bila selesai membaca entry ini

Ariff Budiman said...

pB...Terima kasih. Semoaga mendapat iktibar

mek yusz said...

saya pun x dpt mencium arwah :( rasa terkilan sampai ke hari ni ;(

Ariff Budiman said...

Mek yusz.....Mungkin ada sebab2 nya yg tersendiri

JUK DIN said...

takziah dari saya biarpun sy x mengenali arwah tp sy dpt rasakan dia ialah isteri yg solehah...

mek yusz said...

ye en.ariff...saya xdpt bangun utk sentuh arwah..saya cuba terbaring di sebelah...kalau la,saya tahan sikit kesakitan,tentu saya dpt sentuh,malah dpt cium arwah buat kali terakhir...smoga arwah dpt memaafkan saya...aminnn

Ariff Budiman said...

JUK DIN...Terima kasih banyak-banyak

Ariff Budiman said...

mek yusz...Allah lebih tahu apa yang tersirat di hati puan ketika itu. Insyaallah suami sentiasa memaafkan puan

insan marhaen said...

Terharu.

Tidak tahu bagaimana bila waktuku tiba...

Ariff Budiman said...

insan marhein...Benar kita yak tahu lagi bagaimana kita di penghujung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...