Teman-teman

Saturday, February 02, 2013

Tahniah Sahabatku

Sabtu 2 Februari 2013 - Aku menerima jemputan dari seorang sahabat baik yang juga merupakan blogger Jendela hatiku. Kali ini gilirannya pula menerima menantu. Asalnya aku di beri tugasan sebagai DJ tapi nak buat macam mana aku terpaksa menolak sebab namaku berada di dalam list standby dan ini bermakna bila-bila masa saja aku akan dipanggil bertugas andai berlaku gangguan bekalan.


Terasa begitu seronok sebab dapat berjumpa dengan ramai sahabat yang seangkatan. Mereka begitu bersungguh - sungguh membantu sahabatku ini. Blogger Insan Marhein pasti berada disini sebab rumah mereka bersebelahan. Sibuk juga dia kesana dan kesini. Akhirnya selepas makan aku mengeluarkan kamera lalu mengambil gambar. Buat-buat sibuk.


Best juga cendul dan bubur kacang kesukaanku. Sempat juga bersembang dengan seorang sahabat yang juga seorang pakar dalam fotografi. Dia banyak memberi aku tunjuk ajar tentang penggunaan kamera DSLR. Alhamdulillah dapat juga 2 ilmu yang berguna.


Nasib baik aku menolak permintaan sebagai DJ. Akhirnya talipon bimbitku berbunyi menandakan panggilan standby. Baru nak rasa keseronokan dapat bersama sahabat dah dipanggil bertugas. Aku terpaksa juga meninggalkan majlis yang begitu meriah sekali. Aku ucapkan tahniah kepadaku sahabatku kerana telah menerima menantu.




Friday, February 01, 2013

Jangan Ambil Duit

Jam 7.30 pagi aku keluar dengan motosikal menuju ke Balik Pulau untuk membayar bil cukai tanah. Susah juga kalau ia tidak boleh di bayar di pejabat pos. Terpaksa ke Komtar atau Balik Pulau. Jam 8 pagi aku sudah berada di depan kaunter. Cepat saja nombor giliran di panggil. Tidak ramai yang datang lagi. Ketika pulang aku singgah di warung kepunyaan adik kepada ibu angkatku. Aku panggilnya Mamu dan isterinya Mami. Mereka begitu baik sekali. Ketika kenduri bulan ramadhan pihak surau selalu mengambil mereka. Nasinya sedap dan dimasaknya berlebihan dengan tujuan untuk menumpang kenduri. Pernah aku dan arwah Siti Aishah menerima duit raya sebanyak RM50 seorang kerana aktif di surau dan dia begitu seronok sekali.


Aku letakkan motosikal di bawah sepohon pokok. Ramai juga pelanggan yang menjamu seleranya di gerainya.
" Assalamualaikum Mamu ". Aku memberi salam dan Mamu terkejut bila melihat aku.
" Waalaikumussalam ". Sambil cepat-cepat mengelap tangannya yang berminyak akibat menebar roti canai untuk bersalaman dengan aku. Di panggilnya Mami mengatakan aku datang. Pelanggan yang makan pun terpinga-pinga. Aku bagaikan seorang YB yang datang melawat bila pilihanraya hampir.
" Budiman nak makan nasi ka ". Tanya Mamu.
" Tak tak. Saya nak beli roti canai 2 keping. Bungkus ". Kataku. Di suruhnya Mami membungkus 2 keping roti canai. Aku suka kuah dalca Mamu. Pekat dan sedap.

Mami menghulurkan bungkusan kepadaku. Aku terus menghulurkan wang kepada Mami.
" Jangan ambil duit dekat Budiman ". Kata Mamu kepada Mami.
" Ingat kalau Budiman mai beli jangan ambil duit ". Kata Mamu kepada pekerjanya. Tu dia malunya aku. Ini yang buat aku malas nak datang. Takut ada yang sangka buruk mengatakan aku nak makan free. Aku juga teringat akan seorang sahabat baik arwah Siti Aishah yang membuka restoran makanan laut. Selepas kematian isteriku aku serta kedua-dua anakku datang ke restorannya untuk menjamu selera sekaligus untuk menenangkan jiwa kami. S Ketika nak bayar sahabat ini tidak mahu menerima wang dariku. Katanya dia belanja.

Bila aku berkahwin dengan isteriku sekarang sahabat inilah merupakan orang yang pertama mengucapkan tahniah sambil menangis. Di pelawanya kami sekeluarga untuk makan di sini. Ketika nak baya sekali lagi dia tidak mahu mengmbil wang. Katanya malu nak ambil wang dari aku. Rasa malu pula bila setiap kali makan dia tak mahu ambil wang. Isteriku pun dah rasa tak seronok untuk makan di sini. Bukan tak sedap atau marah. Masalahnya ialah dia tak mahu ambil wang kami......

Semoga Mamu dan sahabat baik arwah Siti Aishah di murahkan rezeki yang melimpah dan membolehkan mereka bersedekah.

Thursday, January 31, 2013

Selamat Hari Lahir Anakku

Aku berbincang dengan isteriku. Aku berkata nak buat surprise sambutan birthday untuk anak gadisku yang jatuh pada 30 Januari. Isteriku setuju dengan cadangan aku. Aku hanya menjemput sebelah kaum keluarga aku sahaja. Tujuannya untuk meraikan anak gadisku. Kedua-dua anakku telah banyak bekorban kasih demi ayah tersayang. Kini aku buatkan dia gembira. Biar dia tahu yang ayahnya amat menyayangi anak-anak. Aku dan isteri ke Kulim kerana telah menerima jemputan kenduri kahwin anak abang iparnya. Selesai kenduri kami singgah di pekan Kulim untuk mencari baju. Cantik-cantik juga baju pengantin di sini

Kek perisa ais krim
Akhirnya aku dan isteri berkenan dengan sehelai baju. Setelah di tawar harganya dapatlah RM200. Lembut kainnya. Walaupun agak mahal tapi aku tak kisah demi anakku. Biar dia rasa gembira dengan pemberianku.
Semasa hidup bersama dengan arwah Siti Aishah bila tibanya hari lahir kami hanya meraikannya secara kecil-kecilan. Tiada potongan kek. Kami keluar makan dan baca doa selamat. Itulah yang kami amalkan selalu. Tak ada yang merungut. Tapi kali ini aku nak something special untuk anakku. Sebab itu aku jemput kaum keluargaku. Biar nampak happening. Aku order satay sahaja manakala isteriku buat laksa dan agar-agar.

Allahum Masalli Ala Saidina Muhammad
Selepas solat maghrib, seorang demi seorang kaum keluargaku datang. Bila semuanya sudah cukup korum maka anak gadisku memotong kek dengan bacaan selawat dari kami semua. Riak muka anak gadisku tampak gembira. Aku juga begitu. Asalkan anak-anakku aku sudah cukup memadai membuatkan hati aku tenang.

Berdoa kepada Allah selepas memotong kek
Setelah kek di potong kami semua mengaminkan doa yang di baca oleh abangku Dr Danial Zainal Abidin. Dalam doa tersebut kami memohon agar anakku sihat dan bertakwa kepada Allah. Setelah doa maka hidangan yang telah tersedia menanti kaum keluargaku menghabiskannya. Riuh dengan gelak ketawa. Itu yang aku mahukan. Kaum keluarga berkumpul. Mesyuarat kecil kecilan dan sekaligus dapat menyelesaikan segala kekusutan

Ini hadiah dari ayah dan emak
Setelah masing-masing kekenyangan maka tiba masanya untuk memberi hadiah. Masing-masing kehadapan memberi hadiah dan bergambar. Riuh rendah jadinya bila diusik. Aku cukup gembira ketika ini. Hadiah dari aku dan isteriku merupakan hadiah terakhir dibuka. Masing-masing ingin melihat apa hadiahnya. Bila dibuka maka menjerit yang lain
" Wauu....cantiknya ". Aku pula mengusik pada anak gadisku
" Kaka tolong tengok berapa harganya ".
" 350 rupiah ". Kata anak gadisku disambut hilai ketawa dari kami.


Ayah mengharapkan agar majlis yang sederhana ini akan dapat dikenang oleh anak ayah kelak betapa ayah sayangkan anak-anak ayah. Terima kasih kerana banyak bekorban untuk ayah. Tiada barang beharga yang dapat ayah berikan. Entah tahun hadapan kita tidak bertemu lagi. Siapa tahu.



Wednesday, January 30, 2013

Tabahnya Hati Dia

Aku baru pulang dari bertugas malam. Walaupun mata masih mengantuk aku masih mengajak isteriku menemaniku membayar bil cukai tanah yang terpaksa di bayar di Pejabat Tanah Balik Pulau. Isteriku setia menemaniku. Jalan menuju ke Balik Pulau agak selesa dari sebelumnya. Banyak pembaharuan jalan telah dibuat. Sekejap saja kami sudah tiba di pejabat tanah. Hairan aku mengapa semua kereta meletakkan kenderaan mereka diluar.
" Tengok Nah..Dulu boleh park di dalam. La ni depa tak bagi ". Aku merungut pada isteriku.
" Tengok tu motor pun kena park di luar. Pagar depa kunci ". Bertambah geram aku dan terus aku mendapatkan pegawai keselamatan untuk bertanya.
" Kan kelmarin PH. Jadi cuti tu dibawa ke hari ni la encik ". Aduh....rupanya aku yang terlupa. Tertawa isteriku melihat aku mengetuk-ngetuk kepalaku.
" Tak apa bang. Balik ni abang boleh tidur ". Kata isteriku tapi aku mengajaknya kepasar.
" Tak apa la Nah. Lepas zohor abang tidur la ". Aku berkata kepada isteriku yang hanya menurut sahaja. Selesai membeli keperluan di pasar kami pulang.

Bila masuk waktu zohor aku cepat-cepat solat sebab mataku sudah terasa amat berat sekali di tambah pula dengan perut yang kekenyangan. Selesai solat terus aku baring di atas katil
" Good night bang....". Gurau isteriku dan aku membalas kembali gurauannya. Tiba-tiba isteriku menerima panggilan talipon. Aku melihat dia menyapu airmata ketika bercakap. Rupanya ada kematian.
" Tak apa la. Abang tidur saja. Biar Nah yang pergi dahulu. Abang mengantuk nanti ". Kata isteriku namun aku tak sampai hati dia pergi keseorangan melintas jalanraya yang sibuk.
" Tak apa la. Abang ikut sekali. Nanti selesai abang tidur la ". Aku berkata kepada isteriku.

Setelah siap kami terus kerumah jenazah. Aku berpelukan dengan si suami. Aku menepuk belakang suami. Aku mengerti sangat apa yang di rasainya . Aku sudah merasainya. Betapa azab dan perit ketika itu. Si suami bercerita. Katanya selalunya bila dia bangun dari tidur makanan sudah terhidang di atas meja. Bila di bukanya peti sejuk sudah ada air untuk menghilangkan dahaga. Baik sungguh isterinya. Moga syurgalah tempat isteri begini. Bisik hati kecilku. Tapi kali ini tiada apa yang tersedia. Makanan tiada di atas meja. Malah air kegemarannya pun tiada dalam peti sejuk. Terus hairan lalu memanggil anaknya. Rupanya si isteri sudah pergi buat selama-lamanya tanpa di sedari oleh suami dan anak-anak. Jenazah terpaksa di bawa ke hospital untuk post mortem disebabkan umur masih muda.

Setelah urusan post mortem selesai jenazah dibawa pulang dan akan di kebumikan selepas maghrib. Orang mula datang untuk menziarahi jenazah. Aku hanya diamkan diri. Memoriku ligat mengingati saat-saat aku diuji begini. Terkejut orang ramai bila anaknya pulang dari sekolah menangis bila melihat emaknya terbujur kaku sehingga terpaksa ditenteramkan kaum keluarga. Aku memandang sayu. Teringat ketika isteriku kaku di icu anak gadisku menangis memohon ampun pada emak. Dia baru selesai mendudukipeperiksaan terakhir.
" Mak...kakak minta maaf sebab lewat hadir...Ayah siapa yang buat emak. Emak tak pernah bermusuh pun dengan orang ". Airmataku mengalir bila aku kenangkan kembali saat itu. Aku melihat si suami begitu tenang sekali air mukanya. Tabah sungguh hatinya sedangkan aku tidak dapat menyembunyikan perasaan aku. Memang aku begitu lemah sekali di sini.

Jenazah di angkat untuk dimandikan. Setelah selesai dimandikan, jenazah pun mula dikapankan. Sebelum menutup muka kaum keluarga dibenarkan untuk mengucup kali terakhir. Aku melihat si suami begitu relax berbual dengan rakan-rakan Dia tidak mengucup jenazah isterinya. Ketika itu aku begitu sedih sekali. Aku masih ingat ketika aku dibenarkan mengucup isteriku buat kali terakhir. Entah berapa kali aku mengucupnya. Aku memeluknya. Amat susah aku berpisah dengannya. Di situ juga aku berdoa syurga adalah tempatnya. Aku redho dengan perpisahan ini.

Jenazah di bawa ke masjid untuk di solatkan. Aku beritahu kepada isteriku yang aku akan buat solat jenazah dan isteriku berkata yang dia akan menunggu aku sehingga selesai solat. Di dalam masjid aku berjumpa dengan anaknya. Masih menangis teresak-esak mengenangkan ibunya yang telah tiada.
" Sabarla adik. Kita kena terima pemergian ibu walaupun terasa begitu berat ". Terasa amat sebak ketika itu.
" Adik tengok ayah macam mana. Ayah menangis tak ". Adik tersebut hanya menggelengkan kepalanya
" Itu tandanya ayah seorang yang tabah tapi dalam hati ayah hanya tuhan saja yang tahu ". Aku berkata dengan nada yang tersekat-sekat. Anak tersebut mula berhenti menangis.
" Tugas adik sekarang ialah mendoakan untuk emak dan ayah adik. Adik belajar sungguh-sungguh. Adik bayar kembali segala pengorbanan mereka. Setiap kali adik buat kebaikan,adik sedekahkan pahalanya kepada emak dan ayah. Insyaallah sampai pahala tu ". Kata-kataku membuat adik tersebut tenteram untuk seketika waktu.

Tok bilal membuat panggilan kepada ahli jemaah untuk solat jenazah. Aku tercari-cari dimana si suami. Sepatutnya dia berada di hadapan sekali untuk penghurmatan terakhir kepada isterinya. Rupanya si suami berada di luar menanti jenazah isterinya di bawa keluar. Entah kenapa airmata aku tiba-tiba berguguran. Si isteri terbujur kaku di hadapan saf menanti untuk disolatkan. Di mana suaminya ketika itu. Fikiranku bermain ketika itu. Tidak cintakah dia terhadap isterinya. Tidak sayangkah dia terhadap isterinya sehingga dia tidak sanggup memberi penghurmatan terakhir kepada isterinya.

Selesai solat aku tidak terus ke kubur sebab akan bertugas malam. Aku terus mendapatkan isteriku dan menceritakan padanya apa yang terjadi. Aku terlalu sebak ketika menceritakannya. Ketika berada di rumah isteriku berkata
" Nah harap abang akan mencintai Nah sebagai mana abang mencintai Aishah ". Tergamam aku dengan kata-katanya. Mungkinkah dia dapat membaca fikiranku.
" Nah tok sah risau. Abang memang mencintai Nah. Abang telah berdoa kepada Allah agar di beri seorang isteri yang baik kepada abang dan anak-anak dan alhamdulillah Allah dah beri Nah pada abang dan Nah adalah seorang isteri yang baik. Abang sentiasa berdoa kepada Allah semoga Allah ampunkan dosa-dosa Nah dan tempat Nah adalah di syurga kelak ". Panjang sekali kata-kataku
"Terima kasih bang dan Nah pun cintakan abang ". Kami berpelukan sayu. Moga Allah berkati jodoh kami berdua dan semoga aku menjadi seorang suami yang bertanggung jawab kepada isteri, anak-anak, kaum keluarga dan masyarakat.


Sunday, January 27, 2013

Kira Jadilah

Suatu hari aku berkata kepada isteriku ketika kami sedang menjamu selera.
" Nah teringin tak nak jalan-jalan. Tempat apa yang paling Nah teringin ". Tersenyum isteriku bila aku bertanya demikian.
" Nah tak ada tempat yang Nah suka. Langkawi best. Nah tak jemu ". Katanya sambil tersenyum.
" Jom kita dengan anak-anak semua ". Aku berkata dan isteriku tercengang anatara percaya atau tidak.
" Betul ke ni abang nak ke Langkawi ". Tanya isteriku bersungguh-sungguh. Aku terus mengambil ipad dan masuk ke web site Agoda dan mencari hotel.
" Ok Nah kita ke Langkawi pada bulan Februari ni nak tak ". Terus aku bertanya isteriku
" Ikut abang la. Nah ikut saja ". Tanya isteriku lalu terus aku survey harga untuk apartment. Akhirnya dapat juga apartment di pekan Kuah. Harga pun kira save budget la untuk keluarga. Aku tak kisah kalau dihabiskan duit untuk keluarga aku. Isteriku kerap menghitung hari menanti bulan Februari. Kami sudah membuat perancangan pergi dengan kereta. Kami akan singgah dulu di Padang Besar untuk shoping. Walaupun kerap kesana aku cukup gembira kalau kami dapat bersama.

Aku cerita kepada isteriku semasa aku ke KL baru-baru ini. Seorang sahabat telah membawa aku dan anak- anak berjalan di TAR. Katanya nak belanja kami makan nasi beriani kambing. Malang sungguh sebab kami terpaksa pulang awal. Nasi beriani mula berniaga pada jam 5 petang. Baik sungguh sahabat aku belanja kami semasa disana. Terima kasih. Semoga Allah berkati rezekinya.
" Nah....nanti bila-bila kita ke KL pada hari Sabtu. Best la jalan TAR. Kita tidur semalam disana. Kita pergi dengan bas. Mau tak ". Aku berkata dengan nada bergurau kepada isteriku.
" Best juga bang Nah dengar. Nanti lepas balik Langkawi kita pergi ". Kata isteriku sambil ketawa.
" Oyo so fast ka....Boleh-boleh. Nanti kita pergi ". Terus aku setuju.
" Nah teringin nak ke IKEA. Depa banyak barangan di sana ". Kata isteriku
" IKEA dekat mana ya " . Aku bertanya pula kepada isteriku
" Tak apa nanti abang minta sahabat baik abang tolong tunjukkan ". Tersenyum isteriku. Kira 2 permintaannya akan di tunaikan
" Abang pun dok menanti birthday abang 4 February ini ". Anak mataku mengerling kearah isteriku. Dia hanya tersenyum.
" Nah tak bekerja. Nah tak dapat nak bagi hadiah yang special untuk abang ". Tiba-tiba suram di wajahnya.
" Tak apa la Nah. Abang bergurau saja. Bukan abang minta semua tu. Yang setiap hari Nah buat untuk abang dah kira special ". Aku memujuk isteriku. Takut dia tertekan mengatakan aku nak hadiah darinya. Aku dapat bersamanya sudah membahagiakan aku. Mungkin kalau Siti Aishah melihat kehidupan aku sekarang dia juga akan gembira dengan kebahgiaanku dan dia pasti aku tidak pernah melupakannya untuk selama-lamanya. Kami bertemu dan berpisah kerana Allah dan insyaallah kami akan di pertemukan kembali dengan izin Allah. Amin Ya Allah....

Saturday, January 26, 2013

Kasihan Dia

Sebelum melelapkan mata aku bgersuara kepada isteriku
" Nah....esok abang off. Nak pergi pasar tak ". Pertanyaanku mendapat respon poritif dari isteriku.
" Boleh juga. Esok Nah teringin nak makan laksa. Abang nak makan apa pula ". Tanya isteriku
" Abang teringin nak makan gulai ketam ". Kataku yang sedang membayangkan kelazatan gulai ketam. Semalaman isteriku tidak dapat melelapkan mata. Keletihan dia mungkin menerima tempahan nasi tomato dan pizza. Sesekali aku mengurut badannya yang terasa kesakitan. Akhirnya terlelap juga dia.


Jam 6 aku sudah bangun untuk menunaikan solat subuh. Badan isteriku terasa sedikit panas. Aku mengejutkannya untuk solat subuh. Selepas selesai solat aku terus mengajaknya kepasar. Malas rasanya aku nak menyambung kembali tidurku sebab aku sudah biasa selepas subuh tidak tidur kembali.
" Nah rasa tak larat nak ke pasar. Nantilah kalau ok jam 9 kita ke pasar le ". kata isteriku
" Macam inilah Nah. Nah rehat dan biar abang yang ke pasar. Nah bagitau apa yang nak di beli ". Aku menulis senarai barangan yang hendak di beli di atas sekeping kertas sebab aku mudah lupa. Lebih baik begini.


Barang penuh didalam raga motosikalku. Bila sampai isteriku masih lagi tidur. Keletihan sungguh sehingga tidak menyedari aku pulang dari pasar. Terus aku kedapur untuk menyiang ikan. Selepas itu aku basuh sayur yang dibeli. Aku asingkan untuk memudahkan isteriku memasak. Untuk gulai ketam dan laksa. Aku membuka laptop sambil menanti isteriku bangun.
" Bila abang balik ". Tanya isteriku.
" Lama dah. Macam mana rasa badan Nah ". Tanya aku pada isteri
" Lega sikit rasanya. Nah nak pesiang ikan dulu ". Kata isteriku
" Tak payah. Dah beres. Semua abang dah buat. Hanya tunggu Nah masak saja ". Tak percaya dia dengan kata-kataku. Terus dia kedapur.
" Abang dah buat semua tu ka. Terima kasih ". Tersenyum isteriku sambil duduk untuk menikmati minum pagi.


Selepas minum secawan teh terus dia kedapur. Katanya nak mula masak. Sekejap aku dipanggilnya untuk merasa masakannya. Katanya lidahnya hari ini tak dapat merasa makanan
" Allah dah ambil nikmat dia dah ". Gurau isteriku. Aku terus merasa kuah laksa.
" Asam cukup. Masin cukup cuma pedasnya kurang ". Kataku. Sekejap selepas di ubah suai aku merasa lagi
" Ok ini beres. Sedap dah kuah ni ". Confident aku
" Gulai ketam pun sedap ". Kataku


Akhirnya dapat juga aku menikmati gulai ketam kegemaranku. Makan nasi panas-panas begitu menyelerakan. Isteriku pula dengan laksa kesukaannya.
" Sedap Nah gulai ketam ni. Terima kasih ". Aku berkata kepada isteriku.
" Terima kasih juga pada abang yang sanggup tolong Nah ke pasar ". Sambil membawa pinggan kosong ke dapu untuk di basuh. Syukur kalau masing-masing berperanan insyaallah rumahtangga akan harmoni. Tidak ada yang mementingkan diri. Itu juga yang aku amalkan sewaktu bersama arwah Siti Aishah. tidak susah sebenarnya. Suami harus membuang sifat sombong untuk membantu isteri dan isteri jangan pula kedekut untuk mengucapkan terima kasih bila suami membantunya. Cuba amalkan.

Thursday, January 24, 2013

Ucapan Terima Kasih Dan Maaf Tinggi Nilainya

Isteriku menerima tempahan nasi tomato sebanyak 150 bungkus. Orang yang membuat tempahan berhajat untuk membuat kenduri sempena maulidur Rasul. Pada mulanya isteriku keberatan sebab tiada siapa yang akan membantunya. Aku melihat roaster tugasanku. Alhamdulillah aku tugas petang dan menyuruh dia menerima tempahan itu dan aku akan membantunya. Akhirnya isteriku bersetuju menerima tempahan tersebut. Jam 7 pagi aku kepasar mencari barang keperluan manakala isteriku sudah sibuk memasak nasi. Kalau cuti umum sudah tentu pasar dipenuhi dengan pembeli. Aku menyuruh isteriku menulis apa keperluan yang diperlukan. Memang aku susah untuk mengingati semula apa yang telah di pesan. Bila tulis ia menjadi senang sebab aku hanya menumpu kepada apa yang di tulis.


Bila aku pulang isteri beritahu yang dalca sudah siap dan akan dibungkus manakala nasi masih lagi di masak. Menanti nasi masak aku membuka ipad untuk komen-komen di FB dan blogku. Bila nasi masak isteriku memnaggilku untuk membungkus dalca sebanyak 150 bungkus. Sambil membungkus mulut kami tidak henti-henti bergurau. Akhirnya selesai juga membungkus dalca. Habis dalca tugas selanjutnya ialah membungkus nasi bersama lauk sebanyak 150 bungkus. Ketika membungkus azan zohor sudah berkumandang. Aku keluar dari rumah untuk ketempat kerja jam 3.30 petang. Akhirnya jam 2.30 petang selesai membungkus nasi. Aku terus kebilik. Terlalu mengantuk. Akhirnya entah bila aku terlelap. 


Tiba-tiba isteriku mengejutkan aku. Jam di dinding sudah pukul 3.10 petang. Bergegas aku ketandas untuk mandi dan ambil wuduk.
" Abang dah pukul 3.35 petang. Abang dah lewat ". Kata isteriku. Nak buat macam mana. Ketika bersalaman dengan isteriku sebelum ketempat kerja
" Nah ucapkan terima kasih pada abang kerana tolong Nah. Kesian abang letih. Nak kerja pula tu ". Kata isteriku. Senyumnya sedikit tawar bila melihat aku keletihan untuk ketempat kerja.
" Tak apalah Nah. Abang pun rasa seronok dapat memenuhi permintaan orang. Ini rezeki kita ". Aku berkata kepada isteriku.


Padaku dalam hubungan rumahtangga perkataan terima kasih dan maaf amat penting sekali. Kita harus ringan mulut mengeluarkan ucapan terima kasih bila pasangan kita membuat sesuatu kebaikan kepada kita. Andaikata kita telah melakukan kesalahan dan membuatkan pasangan kita bersedih maka cepat-cepatlah meminta maaf walaupun adakalanya kita mengatakan yang pasangan kitalah punca berlakunya perselisihan Namun untuk meredakan keadaan biarlah kita yang dulu mengucapkan perkataan itu. Esok isteriku akan menerima tempahan nasi tomato lagi. Alhamdulillah esok juga aku bertugas petang.

Wednesday, January 23, 2013

Pizza Salam

Sudah lama isteriku berhenti dari aktiviti berniaga roti canai. Bukan senang bagi seorang wanita membuat kesemua kerja itu. Dialah yang menguli tepung untuk dibuat bebola. Dialah menebar dan akhirnya seluruh badan kesakitan. Akhirnya setelah berbincang dengan aku dia mengundurkan diri dari bidang roti canai. Katanya nak tumpu perhatian dalam perniagaan nasi tomato di tapak pasar malam. Tapak itu masih belum diisi orang. Tak berani dia berniaga keseorangan andainya aku bekerja. Semasa dia bersama arwah suaminya, dia pernah menjalankan perniagaan pizza. Jenama Pizza Salam amat terkenal dikalangan kami. Kadang-kadang dia akan buat pizza untuk diberikan kepada kaum keluarga. Ramai yang memintanya membuat bisnes pizza.

Entah satu hari aku bersuara kepada isteriku
" Nah...mau tak Nah buat bisnes pizza di rumah. Abang akan buat pamplet dan hantar ke FB abang yang kebetulan ramai kawan ". Cadangan aku mendapat reaksi positif dari isteriku. Lalu aku pun buat pamplet dan upload ke FB. Alhamdulillah ramai yang memberi respon dengan order 3 atau 4 keping seorang. Bukan main gembira isteriku. Kotak sudah lama kami cari dan sudah mendapatnya. Kini aku sedang berusaha untuk membuat gambar yang akan dilekatkan dikotak buat sementara waktu.

Alhamdulillah. Bukan sekadar pizza saja yang ditempah. Nasi tomato juga mendapat tempahan. Ada yang menempah pizza dan meminta kami menghantar ke alamat yang diberikan. Aku kata kepada isteriku tak apa. Kalau aku ada biar aku saja yang hantar. Aku hanya nak memberi semangat kepada isteriku. Kadang-kadang kami tertawa bila ada customer bertanya boleh tak nak tempah bihun goreng. Apa salahnya. Isteriku pandai juga goreng bihun dan bihunnya memang sedap sebab dimasukkan udang kering. Kini isteriku mula sibuk dirumah. Alhamdulillah. Itu merupakan rezekinya dan aku tumpang bersyukur kepada Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...