Teman-teman

Saturday, February 02, 2013

Tahniah Sahabatku

Sabtu 2 Februari 2013 - Aku menerima jemputan dari seorang sahabat baik yang juga merupakan blogger Jendela hatiku. Kali ini gilirannya pula menerima menantu. Asalnya aku di beri tugasan sebagai DJ tapi nak buat macam mana aku terpaksa menolak sebab namaku berada di dalam list standby dan ini bermakna bila-bila masa saja aku akan dipanggil bertugas andai berlaku gangguan bekalan.


Terasa begitu seronok sebab dapat berjumpa dengan ramai sahabat yang seangkatan. Mereka begitu bersungguh - sungguh membantu sahabatku ini. Blogger Insan Marhein pasti berada disini sebab rumah mereka bersebelahan. Sibuk juga dia kesana dan kesini. Akhirnya selepas makan aku mengeluarkan kamera lalu mengambil gambar. Buat-buat sibuk.


Best juga cendul dan bubur kacang kesukaanku. Sempat juga bersembang dengan seorang sahabat yang juga seorang pakar dalam fotografi. Dia banyak memberi aku tunjuk ajar tentang penggunaan kamera DSLR. Alhamdulillah dapat juga 2 ilmu yang berguna.


Nasib baik aku menolak permintaan sebagai DJ. Akhirnya talipon bimbitku berbunyi menandakan panggilan standby. Baru nak rasa keseronokan dapat bersama sahabat dah dipanggil bertugas. Aku terpaksa juga meninggalkan majlis yang begitu meriah sekali. Aku ucapkan tahniah kepadaku sahabatku kerana telah menerima menantu.




1 comment:

hrusli61 said...

Terima kasih sahabatku Jiman kehadiran mu memeriah suasana dan juga sanubariku. Begitu juga sahabat-sahabat lain yang banyak membantu. Semoga Allah menganjari kalian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...