Teman-teman

Thursday, June 26, 2008

SEJARAH PERTAMA KALI BELAJAR SILAT ( 1 )

Aku amat meminati seni mempertahankan diri. Dengar saja ada silat, pasti akan aku menyertainya. Nasrul Haq yang dikatakan mampu memukul lawan dari jarak jauh sempat aku menyertainya. Bila mendapat tahu ia mempunyai unsur yang menyalahi agama aku membuat keputusan untuk tidak lagi meneruskannya. Aku join pula silat lincah. Bila dah semangat berlatih sebanyak 2 kali tok guru kata esok kena bawa ayam jantan dan akan disembelih untuk keselamatan gelanggang. Aku keliru mengapa perlu berbuat demikian sebab semua ilmu datang dari Allah. Aku tinggalkan lincah pula. Last sekali satu silat pun tak belajar. Aku minat sungguh dengan Bruce Lee time tu. Setiap gaya lawannya aku tiru. Panggung Kim Wah di Bayan Lepas menjadi tempat aku dan rakan - rakan menonton gambar Bruce Lee dan P Ramlee.

Satu hari seorang kawan yang boleh dikatakan samseng tinggal dihujung kampong mempelawa akau dan rakan - rakan untuk menyertai silatnya. Dia sendiri yang akan mengajar kami. Katanya dia menjadi berani sebab silat yang diamalkannya mampu menjinakkan lawan. Terbukti juga sebab ramai rakan - rakan dan aku sendiri kecut bila berhadapan dengannya. Misainya tak usah kata la. A Galak kalah lagi.

Seperti yang dijanjikan kami semua diarah berkumpul jam 3 pagi di perigi dimanatempat arwah adik aku jatuh. Tepat jam 3 pagi kami semua sudah berada sekitar perigi. Periuk belanga bekas kenduri kahwin masih ada disitu dan belum lagi dibasuh. Datang 3 adik beradik tok guru samseng. Siap pakai selepang dengan keris tersisip dipinggang. Kami diarah membuka baju dan seluar. Sambil duduk mengcangkung terasa air jatuh dari kepala menuruni pipi dan mulutku. Aik!!!! pasal apa berbau semacam saja. Rasa gulai pun ada. Dalca pun ada. Tak apa nak belajar punya pasal. Habis aku dimandikan tiba pula giliran rakan - rakanku pula. Yang menghairankan aku kenapa sewaktu mereka menjirus air, ketiga - tiga adik beradik ini asyik ketawa sesama sendiri.

Selesai melaksanakan tugas terdengar ketawa berdekah - dekah dari mereka. Kini barulah aku tahu rupanya kami telah ditipu dan disimbah dengan kuah basi. Terpaksalah kami mandi air perigi dalam keadaan kesejukan. Mahu saja aku menendang mereka bertiga tapi perasaan kecut masih lagi menebal. Aku berkata pada rakanku," Tak apa hari pembalasan akan tiba". Mereka bertiga berlalu pergi sambil ketawa tanpa ada perasaan menyesal sesama kawan. Aku hanya memendam perasaan bengkak di hati dengan gelagat mereka. Rakanku berkata," Buat tak tau sudahlah". Dalam hati kecilku berkata tak dapat cara kasar, cara halus mereka akan terimanya.

ariman

1 comment:

bearcat said...

Hehe ok pa...belajar silat gulai basi. Rasa-rasanya dah pupus silat tu hehehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...