Teman-teman

Friday, August 07, 2009

Anak Yang Prihatin

Aku bertugas di Parit Buntar. Setelah selesai melakukan tugas, aku seperti biasa akan melepaskan lelah dikedai berhampiran tempat tugasku. Sambil menikmati roti sandwich aku mengamati surat khabar. Dari jauh aku melihat seorang wanita tua cina sedang terkial-kial untuk melintasi jalan yang sibuk. Tak ada sebiji kereta yang mahu berhenti. Tak ada seorang manusia yang sudi memimpin walaupun ramai yang lalu lalang. Aku seolah-olah terpukau tanpa melakukan sesuatu untuk menolong wanita tua itu.

Tiba-tiba berhenti sebuah kereta mercedes. Seorang budak berpakaian sekolah rendah memakai tudung berlari lalu memimpin tangan wanita tua ini. keluar ibu bapanya yang agak terkejut melihat anak mereka. Budak ini seolah-olahnya mempunyai kuasa. Apabila kereta yang datang dari dua arah melihat mereka, masing-masing memberi lampu tinggi agar membenarkan budak ini memimpin tangan wanita tua menyeberangi jalan. Orang ramai termasuk aku tercengang melihat insiden yang begitu istimewa.

Istimewa bagiku sebab melihat akan siibu yang tidak bertudung. Ayahnya yang biasa saja memungkinkan orang berkata bahawa mereka ini tidak ada pendidikan agama. Namun melihat akan akhlak anak mereka, aku merasakan bahawa mereka memainkan peranan sebagai ibu bapa di rumah. Gurunya juga memainkan peranan dalam mendidik pekerti mulia ini. Pernah satu ketika, aku memandang rendah mereka yang tidak bertudung. Padaku mereka jahil tentang agama. Aku yang baru mempelajari agama sudah merasakan bahawa aku terlalu hebat orangnya. Aku ke masjid menunaikan solat berjemaah namun hatiku kotor dengan memperlekehkan mereka yang tidak menutup aurat.

Setelah aku mendapat mereka yang betul-betul menerangkan akan hikmah berdakwah kepada masyarakat, pandanganku mulai berubah akan mereka yang belum diberi hidayah. Bagiku insiden anak ini menguatkan lagi aku bahawa jangan sekali-kali memperlekehkan mereka yang kita menyangkakan tidak mempunyai asas agama. Mereka cuma lewat menerima hidayah dari Allah. Bab hidayah ini cuma Allah saja yang mengetahui. Hari ini kita islam besok mungkin kita akan menjadi kafir. Hari ini kita kafir, besok mungkin kita akan menjadi islam yang baik.

Aku hanya mampu berdoa agar Allah tetapkan apa yang dia berikan kepada aku dan keluarga. Semoga Allah tiupkan hidayah kepada keluarga ini agar dengan hidayah ini mereka akan menjadi lebih baik lagi.

7 comments:

Bearcat said...

Ni kisah benar ke Pak Njang amik dari e-mail?

Ariff Budiman said...

Kisah benar pkjang sendiri terjadi 2 hari lepas di parit Buntar. No copywright. Kalau copy akan diberitahu dari email.

Maiyah said...

salam.. Allah akan membuka pintu hati org2 yg dikehendakiNya

Bearcat said...

Wahh! Lain betui cara Pak Njang tulis. Bravo!

Ya, kita tak sepatutnya menyisihkan orang lain hanya kerana depa tak berpakaian macam kita. Kalau suatu hari Allah bagi hidayah kat depa, ntah-ntah depa akan jadi lebih baik daripada kita.

scr said...

kan pakjang da jd blogger sejati...da pro ar....siap lei wat bengkel lg...kehkehkeh....tuh bahasa berbunga tuh...haha

Ariff Budiman said...

Terima kasih bearcat dan scr. Kedua-dua anak menakan pkjang yang suka komen positif. Tak pa pkjang belanja satay rusa di sungai ara. Seorrang dua cucuk sebab mahai he he.

scr said...

2cucuk jer...x pa alhamdulillah...janji ikhlas...kahkahkah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...