Teman-teman

Friday, August 14, 2009

Bila Toyol Mengintai

Pagi semalam aku berkesempatan menolong isteriku di gerai. Kebetulan aku bertugas petang. Pekerja ada masalah dan tak dapat datang, jadi aku menggantikan pekerja yang cuti kecemasan. Pelanggan agak ramai juga. ' Bang roti nan satu ". Aku terkial-kial mencari orang yang memesan roti nan maklumlah baru nak berjinak dengan bidang perniagaan. " Bang pekerja baru ka ". Tanya pelanggan. Aku hanya tersenyum saja. malas aku nak cerita. Pekerja pun pekerja le.

Dalam sibuk melayani pelanggan tiba-tiba riuh berlari seorang wanita sambil berteriak, " Tolong..tolong ada toyol dalam bilik air ". Katanya ketika memasuki tandas terlihat budak sambil meniarap menampakkan tangannya. Riuh ketika itu. Aku masuk kedalam toilet wanita. Takut juga ada wanita didalam. Tapi tak apa ramai yang ada diluar. Aku memasuki satu tandas kesatu tandas. Tak ada kelibat toyol. kalau ada sudah tentu aku dapat merasainya. Setelah keadaan reda seketika dan orang ramai pun menjalankan aktiviti seperti biasa. Kedengaran sok sek cerita tentang toyol dalam berbagai versi. Aku membisikkan kepada isteriku bahawa ini bukan kerja toyol.

Aku memanggil seorang wanita yang merupakan peniaga disitu. Setelah berbincang sesuatu maka terjadilah sebuah babak drama. Wanita itu tiba-tiba bersuara, " Mak nak pergi tandas kejap. Tolong tengok adik ". Bila pintu tandas ditutup dia membuka kembali perlahan-lahan dan memberi isyarat tangan. Aku mengajak beberapa orang ketandas sebelah. Memang sah toyol kecil sedang mengintai sambil meniarap. Seorang budak kecil, baru darjah satu sedang menjalankan kegiatan mengintai tapi tidak professional sebab orang nampak tangan. Budak itu dibawa keluar. Riuh orang ramai bila mengetahui bahawa seorang budak boleh mengintai.

Kami semua bersetuju agar perkara ini diberitahu kepada ibubapanya. Setelah emaknya dipanggil, kami menceritakan segala apa yang terjadi. Biarlah diambil tindakan awal. Kalau dibiarkan tentu akan menjadi ketagih pula. Hairan emaknya begitu tenang menerima cerita akan anaknya. Tidak ada perasaan terkejut atau malu. Setelah mengucapkan terima kasih beliau membawa anaknya pulang. Entahla apa yang terjadi dirumah. Bagi aku tidak hairan perkara ini terjadi sebab baru-baru ini pun budak sekolah rendah ditangkap kerana menyimpan gambar lucah dalam laptop yang diberikan pihak sekolah.

Di internet banyak bahan-bahan lucah yang tidak disekat. Pengunjung boleh melawat seorang diri. Ibu bapa bekerja dan anak sendirian dirumah. Apa lagi ketika sendirian web ini lah dilayarinya. Sebab itu dalam usia begitu muda dah menjadi ketagih dengan gambar-gambar lucah dan terus bertindak berani dengan kegiatan lain. Kalau tak disekat akan rosaklah umat manusia yang beragama islam. Maka berjayalah perancangan zionist yang ingin merosakkan umat islam. Mereka tahu umat islam akan lemah dengan hiburan dan seks. Ini sudah berjaya dilaksanakan.

10 comments:

Kakcik Seroja said...

Memang menjadi masalah dengan 'dunia tanpa sempadan' ni...

Mcmana nak mengawasi anak2 selama 24 jam sehari.. mak bapak sibuk selalu.. anak2 pula duduk dlm bilik, konon bagus x keluar rumah.. tapi, senyap2 dlm bilik melayari internet yg entah apa2. :(

pulasan007 said...

fuiyoo...budak darjah 1 eh?

zai said...

Salam En Diman..

Aduhai..penat sungguh dengar cite2 camni..napela erk..boleh jadi camtu..salah asuhan kah ?

Ariff Budiman said...

kakcikseroja ...Benar. susah dunia tanpa sempadan. Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mengawal anak-anak.

pulasan007.. Dad. Dr kena buat bedah siasat ni pasai apa boleh jadi macam ni.

zai..Ni kita bari dengar sikit. Mungkin ada lagi banyak yang terjadi

scr said...

mqdad...lepas ang wat bedah siasat...potong tlinga dia....aku nak....haha....akai sgt...haha

Ariff Budiman said...

scr.. elok tu kena betoi hangpa dua orang ni.

scr said...

hehe....sharing is caring pkjang...kalo mqdad x tlg spupu dia, memg nk kena arr...haha

Maiyah said...

salam.. mak aai, tgk lah kecik2 pun dah pandai wat keje tak senonoh.. semoga anak2 kita sentiasa jauh dari kemungkaran

pulasan007 said...

scr-hang kalo bab taik tinga nih suka sgt la.haha.nanti aku carik kt chow kit kot2 leh jmp spare part tinga.

scr said...

hang nk p kerat telinga sapa kat chow kit tuh...oit...hang balik penang......huhu....jeles3....mawan pun sama.....huhu...jahat hangpa....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...