Kali ini N3 aku berkisarkan kisah 2 hari sebelum umat islam menyambut kedatangan Ramadhan. Aku keluar sebentar untuk menyelesaikan bil-bil yang masih belum berbayar. Talipon berdering dan tertera nama isteriku. " Assalamualaikum bang. Medan selera kena serbu dengan Imigresen. Kecuh jadinya. Mai sat tengok ". Aku bergegas selepas selesai melunaskan bil-bil. Memang agak kecuh bila aku sampai disana. Keadaan empunya gerai dan orang ramai yang singgah untuk menjamu makanan menambahkan lagi kekecuhan. Aku kebelakang gerai setelah didapati ramai orang disana. Ku lihat seorang wanita yang empunya gerai sedang meraung dan berguling-guling diatas lantai setelah seorang pekerjanya rakyat Indon telah dibawa pergi. Meratap dia sebab memikirkan masalah nak menyara anaknya yang masih belajar dan dikenakan denda sebanyak RM5000 untuk satu kesalahan.
Pekerjanya mempunyai permit sebagai pembantu rumah tetapi bekerja digerai. Ini ternyata tidak dibenarkan oleh kerajaan Malaysia. Salah satu gerai lagi 2 orang pekerjanya telah dibawah pergi menjadikan kesalahan yang kedua. Denda sebanyak RM10.000 dikenakan setiap seorang. Tersandar tauke gerai memikirkan masalahnya. Aku amat sedih dan kasihan melihat mereka yang ditimpa musibah namun aku tak dapat berbuat apa-apa sebab ini melibatkan undang-undang negara. Berkata salah seorang pegawai imigresen kepada seorang tauke gerai kenapa tak cari pembantu rakyat Malaysia.
Kata tauke gerai rakyat Malaysia hanya mahu gaji yang tinggi tetapi kerja amat malas. Pekerja luar amat rajin. Makcik tadi masih meraung dengan kuat. Seorang pegawai imigresen masuk kedalam gerai isteriku sambil menangis teresak-esak melihat akan nasib makcik itu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka yang ditangkap telah dibawa masuk kedalam trak. Mereka yang melihat pegawai imigresen menangis turut menangis termasuk isteri aku. Tiba-tiba aku dihampiri seorang pegawai imigresen yang dari tadi asyik melihat aku. Aku syak juga mungkin dia menjangkakan aku juga seorang PATI. Lihat muka aku boleh jadi juga. " Encik boleh tolong bagi IC ".
Aku menghulurkan IC tanpa banyak kerenah. " En, 71 tu kelahiran luar dari Malaysia. En lahir dimana ?". " Singapura ". Aku jawab spontan saja. Teringat sewaktu aku membuat paspot sebab niat dihati nak melawat tanah tempat tumpahnya darahku yang pertama. Seorang pegawai imigresen dengan biadap berkata mungkin aku ini pendatang tanpa izin. Aku tunjuk segala dokumen surat beranak bagi memastikan permohonan aku dapat disegerakan. Namun bila perkataan itu dikeluarkan darah muda aku meluap-luap. Aku terus menepuk meja pegawai itu sambil berkata, " En. suka tak kalau saya katakan bahawa en. memang orang pelarian. Keturunan en bukan orang Malaysia ". Merah muka dia bila aku berkata demikian.
Bagi aku kalau paspot aku tak dapat dikeluarkan aku tak kisah asalkan pegawai ini dapat aku basuh cukup-cukup. Datang seorang pegawai lain bila melihat aku dah meradang. Diambilnya dokumen yang aku berikan lalu dibawa pergi. Dalam masa setengah jam dia membawa paspot sambil memgucapkan selamat semasa dalam perjalanan sambil matanya asyik memerhati pegawai yang bertengkar dengan aku. Berbalik dengan kisah di medan selera setelah mereka dibawa pergi, keadaan di gerai agak sayu dengan tangisan ratapan kehilangan pekerja. Memang agak susah juga untuk mencari pembantu yang benar-benar boleh membuat kerja. Siapa yang harus dipersalahkan.......
5 comments:
salam.. yelah dorang tu jer bleh harap, nengok macam saya, adik sendiri pun tak lalu nak tlg bantu bila saya buang air besar.. uuwwekk katanya.. takkan nak harap mak yg dah tue tu trpaksa upah indon yg takde permit gak.. keje rajin n tak pernah merungut
Salam,
Tergerak hati utk memberi pandangan sebab mmg geram bila baca pasal isu ini. Kenapa la gerai yg melibatkan org kita je yg diserbunya. Pendapatan pun tak sebanyak tauke2 Cina. KEnapa depa tak serbu restoran besar? kenapa depa serbu gerai? Apa nak jadi dengan nasib melayu di negara sendiri.....
maiyah..Betul kata maiyah. Apa pun perlu berhati-hati juga.
Anonymous..Itulah nasib melayu seperti mentimun. Kesian lihat gerai-gerai melayu. Tapi yang paling sedih ialah sifat suka menjatuhkan sesama bangsa atas sebab mahukan tapak gerai
sedih gak baca entri ni...
tak tau nak salahkan siapa ya...
pegawai imigresen hanya menjalankan arahan orang atas...
peniaga pula punya alasan kenapa mereka berbuat demikian...
ntah...
hilang idea
Ada orang rasakan dirinya "besar" kerana mempunyai kuasa. Orang begini tidak sedar akan sikap riak, biadap dan sombongnya kerana merasakan dirinya hebat.
Post a Comment