Aku menerima panggilan dari isteri meminta agar dibelikan mee rebus untuk juadah berbuka puasa. Mee rebus ni memang kegemaran kami. Semasa aku bersama Siti Aishah aku jarang sangat makan mee mamak sebab Siti Aishah memang pandai masak mee. Kini bila aku hidup pula bersama isteri baruku, aku telah di perkenalkan pula dengan abang mamak pula. Tak apa la janji taste sedap. Aku pun pergi mencari mee rebus. Orang nak berbuka puasa, aku bolih tumpang semangkok. " Mamak bagi mee rebus dua. Cili double "
" Ok bang tunggu bang, hari ini customer agak ramai ". Sambil menunggu aku melihat ramai juga orang tua melayu yang melepak disitu sambil minum segelas kopi yang gelasnya berlambangkan carlberg. Sayang mereka habiskan usia sebegini dengan melepak. Datang sebuah kereta kancil. Keluar seorang budak cina. Mungkin dalam darjah 4 - 6 terus mendapatkan mamak.
" Encik boleh bagi mee rebus 3 bungkus ". " Ok mau pedas ka ". Tanya si mamak mee. " Pedas tak mau tapi taruh cili lebih sedikit ". Jawab budak cina.
Tergaru-garu dan ketawa dengan kuat bila mendengar akan kata-kata budak cina tadi. Budak cina ni agak kehairanan mengapa mamak ketawa akan dia. Terus dia pandang aku, " En. saya cakap tadi salah ke ". Aku tak terkata apa. Macam mana aku nak explain dekat budak ini. Sebentar emaknya keluar bila dia melihat anaknya bersembang dengan aku. Terus dia bertanya anaknya. " Oii hamisuu ". Anaknya terus menceritakan apa yang terjadi. Terus emaknya meminta aku menolong memperbetulkan bahasa anaknya. Tergaru-garu aku pula.
" Macam ni adik, selalunya perkataan pedas mempunyai hubungan dengan cili. Tadi adik berkata tak mahu pedas. Maknanya adik tak mahu cili. Tapi adik minta cili lebih. Kalau kita tak mahu cili kita boleh berkata kurangkan cili ". Terangguk-angguk kepala budak cina tadi. Mungkin faham kut. " Encik terima kasih banyak-banyak sebab tolong anak saya ". Aku terfikir sendirian, kalau anak-anak kita mahukah dia bertanya begitu atau dia akan terus pergi tanpa membeli apa-apa. Bila azan berkemundang aku dululah yang makan mee. Sedap sungguh. Pasti ada yang tak boleh makan kempunan.
4 comments:
Tunggulah kami dah sihat nanti...
dengan mamak mee kami beli hehe.
mak oii....lapaq....tp lapaq char koew teow walopun ni entry pasai mee...haha
salam.. kalau makan mesti nak pedas baru ada kick heee
bearcat..sabar banyak-banyak g
scr..lapar char koay teow tak apa. selamat
maiyah..pedas tu yang sedap. Makan bertambah
Post a Comment