Teman-teman

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Pertama Bersama Isteri BaruKU

Aku menerima email dan sms dari rakan baikku bertanyakan bagaimana kehidupan baruku bersama isteri baru pada Ramadhan ini. Bagiku mereka bukanlah kepo atau suka mengorek rahsia kawan. Mereka yang sebenarnya banyak membantuku ketika aku terumbang ambing beberapa bulan sebelum kematian Siti Aishah dan selepas kematianya. Mereka umpama keluargaku. Wang ringgit, kudrat dan idea datang tidak kira masa. Kadang-kadang aku sendiri merasa malu dengan mereka.

Sebelum aku berkahwin, aku amat takut akan kemunculan Ramadhan. Bukan soal ibadah puasa tetapi soal ingatanku kepada arwah Siti Aishah amat kuat. Di rumah, surau atau dimana saja pasti wajahnya akan mengekoriku. Selepas aku berkahwin alhamdulillah aku dapat mengawal sedikit perasaanku. Kini Ramadhan telah muncul. Sudah pasti ingatanku terhadap arwah isteri tak akan hilang cuma aku bersyukur kepada Allah diatas kurniaannya. Aku masuk Ramadhan dalam keadaan tenang. Memori duka sedikit demi sedikit aku letak didalam peti simpananku. Aku tidak harus terlalu memikirkannya.

Aku kini berhadapan dengan dunia yang sebenar. Isteri baruku amat penyabar dengan sikapku yang suka termenung. Entah kenapa bila Muncul saja Ramadhan ini hatiku tidak semena-mena terlalu gembira. Kalau sebelum ini aku makan apa saja yang isteriku masak. Aku tak terlalu meminta. Kadang-kadang pening juga isteriku bila dia bertanya apa yang aku nak makan. Jawabku apa yang dia masak aku makan saja. Hari ini entah kenapa aku meminta dia masak nasi dan buat sambal tumis telur kesukaanku. Terkejut juga dia sebab inilah kali pertama selepas 2 bulan berkahwin aku membuat permintaan.

Bayangkan aku nak bertugas jam 3 petang. Jam 2.20 petang dia masih sempat masak nasi dan buat sambal tumis. Aku lihat kegembiraan di air mukanya. Bagiku aku tidak sabar untuk merasai juadah pertama kesukaanku. Semua isteri akan melakukan yang terbaik untuk suami mereka. Aku perlu menghargai isteriku ini tanpa melupakan pengorbanan isteri yang lalu. Dia telah mendapat jannahnya. Aku belum pasti lagi. Aku perlu meneruskan hidupku. Sesungguhnya Ramadhan merupakan rahmah untuk semua. Dibulan ini dibukakan pintu rahmatnya yang luas dan aku mula merasainya. Syukur ya Allah semalam aku melakukan ibadah tarawih yang pertama bersama isteriku yang baru. Terasa syahdu dihati. Disujudku yang terakhir entah kenapa air mata bercucuran. Entah bagaimana pula menjelang Aidil Fitri. Satu perkara lagi ialah kesihatan ibuku yang semakin pulih.

11 comments:

edan coba said...

isteri baru ku...
ohhhh... ayat yg paling daring!!
hehehe.. lawak jaa k!

Alhamdulillah.. daa o.k! hidup pon terurus rapi...
:D

selamat berposa!!!!

By da way.. da ambik AWARD EDAN COBA? klu blum silalah ke kanan blog saya n mnerimanya!!! :D

Ariff Budiman said...

Salam Edan Coba. Terima kasih diatas award yang diberikan. Dah dilekatkan diblog. Semoga Ramadhan kali dapat dilaksanakan dengan sempurna

scr said...

alhamdulillah.....selamat berpuasa kpd pakjang dan makjang sekeluarga....alhamdulillah tok da sihat skit...lega dengaq.....

Guru said...

selamat beribadat di bulan yang penuh berkah ini bersama isteri baru ...

Ariff Budiman said...

scr..Terima kasih kinah. Alhamdulillah tok semakin sihat

a kl citizen.. Terima kasih juga kepada cikgu sekeluarga. selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah - seorg isteri akan merasa amat bersyukur dan bangga andai apa yang dilakukan utk suami mendpt perhatian yg sewajarnya dr sang suami....

Ariff Budiman said...

kakcikseroja..Ya ka. Macam mana saya jaga isteri dulu insyaallah isteri kini pasti juga dijaga. Kalau tidaka masakan dia mahu menerima saya

Maiyah said...

salam.. semoga dibulan ini kehidupan semakin ceria bersama isteri

inamas said...

salam abgDman. tu maknanya kak nah terima abgDman seadanya..so, abgDman terimalah dia sepenuh-penuh hati.. org pompuan ni slalunya suka memendam rasa dlm hati...Selamat berpuasa & selamat berbahagia..

p/s-jgn slalu sgt dok termenung ye...

hentian said...

sesekali meminta memang menambah kemesraan. tapi jangan banyak kali kerana menimbulkan kebosanan.

aii.... sambal tumis telor ni favourite aku gak...

Ariff Budiman said...

Maiyah..Terima kasih. Insyaallah. Semoga bertambah kasih sayang

Inamas.. Saya dah terimanya seadanya. Kadang2 tak faham juga masalah kaum wanita ni atau saja buat tak faham.Nasihat inamas abg diman akan ikut.

insan marhein..La hang pun suka no sambal tumis telor. Kita serupa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...