Teman-teman

Friday, November 13, 2009

Abang Nak Apa bagitau

" Abang makan apa hari ini ". Isteriku menaliponku
" Biasalah ikan semilang Kuala Juru. Memang menjilat jari ". Ketawa dia bila aku beritahu yang setiap hari pasti ikan semilanglah yang aku jamah.
" Abang ni tak jemu ka dengan ikan semilang ".
" Entah la pula. Ikan semilang ni semenjak dari kecil lagi dah abang suka ".
" Rosnah tak pernah makan ikan semilang ka ". Aku bertanya
" Lama dah tak makan. Tak ada orang nak beli ". Aku faham sangat dengan kesibukan berniaga, dia tidak ada masa untuk kepasar membeli ikan. Hanya lauk segera sajalah yang mampu dibeli. Aku berjanji kepadanya bahawa satu hari akan aku beli kari ikan semilang. Semoga dia gembira dapat merasai kari ikan semilang Kuala Juru. Minggu lepas aku bertugas pagi. Seperti biasa aku singgah digerai yang menjual kari ikan semilang.

" Bang hari ini ada ikan semilang. Besar-besar pula tu ". Terbayang muka isteriku. Ini rezeki isteriku agaknya. Aku terus bungkus kari ikan semilang. Sengaja aku tidak beritahunya tentang kari ikan semilang. Bila aku talipon tanya dia, katanya tak ada ikan sangat. Bila dia bertanya aku makan apa, aku pula menjawab tak ada apa juga di Juru. Hanya ikan biasa. Sesampainya aku dirumah aku melihat dia tersenyum.
" Cuba abang lihat atas meja ". Aku terus membuka tudung
" Ya Allah ". Terkejut dia bila aku berkata demikian. Aku terus meluru diluar dan mengambil bungkusan kari ikan semilang. Kononnya nak buat surprise. Aku tunjuk kepadanya.
" Subhanallah bang kita sama-sama beli ikan semilang nak buat surprise ". Aku tak tahan gelihati memikirkan peristiwa yang tidak dirancang itu dimana kami berdua nak buat surprise dan akhirnya memang kedua-dua kami surprise.

Satu lagi kesukaanku ialah minuman yang masam. Sebut saja yang masam memang menjadi kesukaanku. Selalunya bila pulang dari kerja, aku akan singgah membeli jus asam jawa. Sehari sebotol.
" Abang ni suka sangat minum air masam. Patutla muka nampak masam selalu ". Guraunya
" Nak buat macam mana, muka abang orang lihat dah takut. Susah nak senyum tapi baik orangnya Aku sambut gurauannya. Tersenyum dia dengan gurauan ini. Keesokkan harinya dia menalipon aku.
" Bang hari ini jangan beli air asam jawa ". Aku kehairanan sebab dia menghalang aku membelinya.
" Kenapa Rosnah tak bagi abang beli ". Aku terus bertanya.
" Ha.. Rosnah dah buat air asam jawa untuk abang ". Sambil ketawa dia memberitahu.
Aishh.. sedap ka dia buat ni. Aku terus berfikir. Kalau aku beli nanti jauh hati pula. Tak apalah aku try dulu.

Sampainya aku dirumah setelah berehat seketika dia membawa segelas air dan aku pasti itulah air asam jawa. Tersenyum-senyum dia menyuruh aku minum.
" Masyaallh sedapnya air ni. Sebiji macam yang abang beli ". Bukan aku sengaja hendak puji. Memang pandai dia buat. Bermula hari itu air asam jawa tidak pernah kering dalam botol yang diletakkan didalam peti sejuk. Kadang-kadang dibuatnya air untuk aku membawanya ketempat kerja. " Abang nak makan apa bagitau dekat Rosnah ". Setiap masa yang terluang pasti dia akan bertanya aku apa makanan kesukaanku.

Hari itu aku sengaja bergurau yang aku nak makan roti cicah dengan kuah durian. Bila pulang ke rumah aku terbau wangian durian dan akhirnya dapat aku merasai roti cicah dengan kuah durian. Walaupun cara kuahnya berbeza dengan kuah yang Siti Aishah buat, namun aku tidak pernah membezakannya. Perkataan sedap dan terima kasih tidak pernah aku lupa. Layanan yang sempurna membuatkan aku semakin sayang dengannya. Aku tak mampu berbuat begini kepadanya. Hanya Allah saja yang memberi ganjaran yang setimpal kepada seorang isteri yang bergelar Rosnah. Itulah doaku setiap hari. Dia benar-benar membahagiakan diriku dan begitu juga dengannya. Katanya aku begitu baik dengannya. Amin Ya Rabbal alamin

12 comments:

JiEjAh_DeEn said...

mmpppp bahagia dengar abg bahagia :D

kakcikseroja said...

Pn. Rosnah baca tak blog ni? :)

ZOOL@TOD said...

Amin. Semoga berbahagia selalu

ARIFF BUDIMAN said...

JiEjAh_DeEn..Lama tak dengar berita. Tentu masakan bertambah enak ya

kakcikseroja..Dia tak baca blog dan dia tak pandai dan tak sempat nak berinternet

ZOOL@TOD..Terima kasih. Doa tu mahai

pB said...

bahagia nya

alhamdulillah

ARIFF BUDIMAN said...

pB..Sebenarnya apa yang saya kecapi hari ini merupakan doa dari kalian semua. Kalian semua tahu tentang kisah hidup ini sekaligus kalian semua mendoakan agar saya bahagia. Alhamdulillah Allah tidak pernah lupa. Terima kasih kepada mereka yang sudi membaca dan mendoakan agar saya dan anak-anak beroleh kebahgian

ain fathihah said...

alhamdulillah..
lepas ni makin hari makin XXL la encik diman,
makan sedap hari2.. hehe

ARIFF BUDIMAN said...

ain fathihah..aishh takkanla sampai XXL. Kena control juga. Baru bertambah handsome

maiyah said...

moga akan sentiasa dlm keceriaan.. saling faham memahami :)

Syahazli said...

Alhamdulillah....

Keris Silau said...

Budiman, elok jangan pakai botol mineral yang terpakai kerana mempunyai bahan kimia yang membahayakan, sila lihat lapuran CAP.

ARIFF BUDIMAN said...

Terima kasih keris silau diatas ingatan ini. Insyaallah tak pakai dah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...