Teman-teman
Monday, November 23, 2009
Remaja & Ibubapa
Pada Jumaat 20 Nonember 2009, aku bersama Jawatankuasa Surau telah menganjurkan satu remaja motivasi mengenai Remaja & Ibubapa. Seorang pakar motivasi untuk remaja telah dibawa dari Johor. Beliau ialah Dr Hishamuddin Alham. Yang menjadi masalahnya ialah program ceramah yang tidak dapat dielak dibuat pada hari Jumaat. Ada juga ibubapa yang berjumpa dengan saya
" Budiman pasal apa buat ceramah pada malam ini. Kami nak hadir tapi malam ni drama bersiri Nur Kasih merupakan episod yang terakhir. Mungkin Adam mati ". Begitu hebat pukulan drama bersiri ini sehingga membantutkan orang untuk mendengar ceramah. Apa boleh buat, aku tidak boleh melayan sangat kerenah mereka. Bila lain kali dibuat ceramah atau kuliah alasan lain pula yang dicari. Mereka belum lagi ditimpa bencana. Bila sudah kena barulah tercari-cari orang nak belajar agama.
Aku masih ingat lagi ketika aku ditingkatan 2. Ibuku membawa aku bersama menziarah kawannya yang terlantar sakit. Anehnya bila setiap kali berjumpa dengan orang yang datang untuk menziarahinya, beliau pasti berpesan agar mendoakannya sihat supaya senang dia mengikuti kelas agama dan menutup aurat. Walaupun keinsafan itu amat baik, kita belum tahu ajal maut. Kalau Allah panjangkan umur kita maka sempatlah kita melakukan kebaikan. Kalau tidak hanya Allah saja yang mengetahuinya. Bila kami berhadapan dengannya dia berpesan kepada ibuku agar mendoakannya sihat. Sambil menangis, katanya dia nak menutup aurat. Dia nak mendengar ceramah yang sebelum ini dia tidak mahu mendengarnya. Selang beberapa hari dia meninggal. Semoga Allah terima taubat-taubatnya.
Jadi ceramah malam itu dihadiri sekitar 200 orang. Alhamdulillah. Itu saja yang mampu kami lakukan. Setiap poster telah diedarkan disetiap rumah. Sekurang-kurangnya kami boleh menjawab bila Allah bertanya di akhirat kelak. Bagi aku ceramah malam itu amat baik untuk ibubapa. Dr Hishamuddin menekan bahawa 1 - 7 tahun merupakan waktu bermain. 7 - 14 tahun waktu untuk mendisiplinkan anak-anak. 14 tahun keatas ialah waktu untuk kita berkawan dengan anak-anak. Inilah yang terjadi kepada remaja sekarang. Bila mereka membesar, mereka tidak ada kawan dan akhirnya mencari kawan lain. Nasiblah kalau mendapat kawan yang baik.
Ketika aku keluar dari rumah seorang ibu berkata kepada anaknya,
" Ha malam ini jangan lupa pergi dengar ceramah yang pakcik Budiman buat ".
" Mak dengan ayah pun tak pernah pergi. Asyik duduk depan tv saja. Nak suruh orang ".
Apalagi melayang kasut dan kahirnya kasut itu hinggap dibahuku. Malu siibu terus dia masuk meghempas pintu rumah. Apo Nak di kato lagi jang oii....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
assalammualaikum
kalau hendak seribu daya, kan...
mana ade episod akhir...episod secon last haritu....ish ish...alasan, alasan...:)
penangan gak cite tu kan.. :)
Post a Comment