Teman-teman

Monday, November 16, 2009

Kenapa Ayat Mereka sama

Pagi tadi seperti biasa aku berjalan-jalan sambil mencari apa yang perlu di pasar. Setelah selesai membeli aku singgah di astaka untuk bersendirian sambil memesan bihun goreng dan kopi ais. Aku terus mengelamun mengenangkan kisah lampau. Sudah pastinya kisah aku bersama arwah Siti Aishah. Entah kenapa aku tidak dapat memadam memori ini. Terasa terlalu indah untuk dipadamkan. Dimana saja tempat aku berhenti pasti disitu ada kenangannya. Cuma kali ini aku dapat mengawal perasaan ini. Kalau dulu bila terkenang saja pasti sebak aku dibuatnya. Sekarang bila terkenang aku pasti senyum sendirian. Pasti siapa yang melihat akan berkata,
" Sewel ke orang tua ni. Senyum sendirian ". Teringat aku tentang cerita DO RE MI. Ketika apek melihat muka DO dia berkata,
" Aiyaa..muka atak sinyum..Hutang sula habih muka ata sinyum".

Sedang aku mengelamun, aku dihampiri oleh seorang budak. Aku sudah tahu dan pasti ini merupakan satu sindiket menggunakan kanak-kanak untuk meminta sedekah.
" Bang minta sedekah bang. lama saya tak makan ". Muka nampak sedih. Ni taktik lama ni.
" Adik nak minum apa. Mai abang belanja ". Sengaja aku test. Tapi dia menggelengkan kepala.
" Adik ni dari mana ". Pertanyaan yang sengaja aku tanya sebab aku pasti ayat itu tetap sama seperti dulu. Kanak-kanak bukannya terror sangat bab-bab ni.
" Saya datang dari Bagan ". Betul tekaanku. Ayat yang sama juga keluar ketika kanak-kanak lain meminta sedekah di Chowrasta di Jalan Prangin Pulau Pinang.

" Emak dan ayah buat apa ".
" Emak sakit dan ayah meninggal dunia ". Aku tersenyum sendirian sebab mungkin semua mereka menggunakan ayat yang sama untuk menagih simpati orang ramai. Akhirnya aku mengajak dia minum tanpa memberi satu sen pun sebab duit yang diberi orang ramai akan dinikmati oleh pihak lain. Dari jauh aku melihat seorang pemuda sedang memerhatikan kami. Mungkin marah dia sebab beri kanak-kanak itu minum. Kurus kering orangnya. Aku memerhatinya tanpa berkedip mata dan akhirnya aku terus bangun menuju kearahnya. Ingin sekali aku berbicara dengan pemuda kurus yang mungkin merupakan orang yang membawa kanak-kanak meminta sedekah.

Melihat aku meluru kearahnya, pemuda itu terus masuk kedalam van dan terus pergi. Aku melihat saja kemana arah van itu pergi. Ketika aku pulang aku melalui jalan itu dan van itu masih berada disitu. Melihat aku datang dari belakang van itu terus memecut laju. Mungkin sangkaannya aku merupakan seorang pegawai polis sebab rambut aku pendek dan aku menggalas beg secara berselepang. Inilah manusia yang menggunakan kanak-kanak Myanmar untuk menjalankan operasi mereka. Selagi kita memberi selagi itulah mereka akan terus menipu masyarakat Malaysia yang begitu bersimpati terutamanya orang kita yang bergelar melayu.

6 comments:

spy said...

Elok WN tengok cerita SLAMDOG MILLIONAIR atau sipeminta sedekah jutawan.

mmg best cerita ni...tengok baru tau..cerita ni menang award

maiyah said...

kat rmh pun slalu dtg bebudak ngan maknya skali, bila tgk sian je.. bg gak rm1/2 dgn niat sedekah.. :)

ARIFF BUDIMAN said...

Terima kasih spy..Sebenarnya WN dah lama tak tengok wayang. Lepas kahwin tahun 1983 sampai sekarang WN tak pernah jejak ke panggung wayang. Tak pa WN cuba cari DVD di pasar malam kalau terjumpa.

Maiyah..Niat baik tu Allah dah terima. Kadang-kadang yang datang dirumah pun saya beri cuma kalau lihat nampak pelik sikit saya tak bagi. Sedekah itu satu amalan yang mulia.

zai said...

Salam En Diman..

Zai sekarang kalau nak berderma lebih suka cari orang2 miskin kat kampung atau sekolah2 agama..lebih yakin dengan berderma cara tu dari memberi terus kepada pengemis yg terjumpa kat tepi jalan..

ARIFF BUDIMAN said...

Zai..Benar kita akan merasa puas hati jika orang itu kita kenal betul akan kemiskinannya

Syahazli said...

Ramai keluarga Myanmar ni tinggal di Bagan Dalam, diaorang ni kalau dalam kampung tu memang sombong satu macam saja dengan orang kampung,jenis tak tau adab.....kebanyakannya macam tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...