Teman-teman

Thursday, November 12, 2009

Selamat Hari Ulangtahun

Entah kenapa semalam isteriku beria-ia benar meminta aku menemaninya ke kamdar. Katanya nak beli sesuatu. Bila ditanya jawabnya rahsia. Ini yang tidak sedap hati ni. Selepas solat maghrib kami berdua ke kamdar. Dia membawa aku ketempat baju. Dipilihnya baju batik. Warna demi warna dicari. Akhirnya dia mengambil baju batik yang berwarna biru. Memang warna biru warna kesukaanku. Dia pun tahu yang baju batik aku sebelum ini yang dibeli oleh arwah Siti Aishah juga berwarna biru. Sehingga kini aku masih lagi memakainya. Aku bertambah hairan baju batik ini untuk siapa.
" Haaa bang. Cuba try ini. Muat ke tidak ". Dihulurnya baju kepadaku sambil tersenyum. Aku bertambah pening.
" Sebenarnya sengaja Rosnah nak buat surprise dekat abang. Baju batik yang abang pakai dah agak lama. Sempena menyambut selama 5 bulan kita hidup bersama Rosnah nak hadiahkan untuk abang. Abang mesti pakai pada ceramah yang akan datang ".

Tak terucap dengan kata-kata. Aku hanya mengambil dan terus mencuba. Sekejap aku keluar dan perlihatkan kepadanya. " Oii..handsomenya abang memakainya ". Pujian yang membuat aku kembang seluruh badan. Hanya terima kasih yang dapat aku ucapkan kepada. Selepas itu aku mengajaknya makan malam. Aku tahu bahawa dia benar-benar menyayangiku. Adakah dengan menghadiah baju ini menunjukkan bahawa dia benar-benar menerimaku. Aku pasti itulah jawapannya sebab aku pun menerimanya. Apa yang kami doakan ialah agar Allah kekalkan kami bersama. Amat berat dugaan yang Allah berikan. Tapi tidak ada seorang pun yang dapat melawan takdir Allah. Hanya doalah yang dapat mengubahnya.

9 comments:

ZOOL@TOD said...

Saya doakan en diman berbahagia selalu. amin

kakcikseroja said...

Semoga jodoh kalian berpanjangan ke akhir hayat dan sentiasa dirahmatiNya. InsyaAllah.

ain fathihah said...

kenapa tak letak gmbar encik diman dgn baju baru tu..

mesti hensem

spy said...

romantiknya..she make a very good move..

Insan Marhaen said...

hemsem ya.... masuk bakul angkat dengan lif la tu....

maiyah said...

mmg bahgia pun pasangan ni :) moga kekal sampai bila2

MaMa MoDeN said...

salam saudara budiman,
lama tak mninggalkan komentar diruang ini...

semoga saudara & isteri akan terus mengecap bahagia... hargai smasa ada, syangi smntara ada ksempatan..

zai said...

Salam En Diman,

Semoga perkahwinan ini juga bahagia hingga keakhir hayat..hargailah dia sptmana en diman menghargai arwah pn aisyah..harap perbanyakkan entri mengenainya juga kerana sebaik2nya hargailah insan yg kita sayang sewaktu mereka hidup kerana kesannya lebih mendalam..ZAI percaya dia sedang berusaha menjadi isteri yg terbaik buat en. diman...

umaira said...

Salam...
Memang kita tak mampu melawan takdir..Ia datang bukan diminta dan kadang2 bila orang sekeliling memarahi kita disebabkan takdir itu, kita pun tak boleh nak buat apa2...siapala kita untuk menyoal kenapa semuanya ini terjadi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...