Teman-teman

Tuesday, November 03, 2009

Tahukah Kita Menggunakannya

Waktu dulu-dulu kalau seseorang itu ingin memberitahu akan sesuatu perkara penting umpamanya sakit atau kematian maka telegramlah menjadi alat perhubungan. Mesej dihantar ke talikom dan pihak talikom akan bekerjasama dengan pihak polis untuk menjalankan tugas mereka mencari alamat yang dihantar. Kemudian datang pula talipon. Maka mesej menjadi bertambah cepat. Ada masalah saja terus di dial nombor rumah. Kemudian dimasukkan pula internet untuk meneroka dunia dengan begitu cepat sekali. Yang paling canggih sekali ialah kelahiran talipon bimbit. Sekarang ini bermacam-macam jenis keluaran yang dikeluarkan bagi menarik minat pembeli. Remaja begitu tergila-gilakan talipon bimbit. Jenama Sony Erikson dan Nokia menjadi pujaan hati. Ada pula sesetengah mereka telah menyalah gunakan kemudahan ini dengan pengedaran bahan-bahan lucah. Akhirnya kemudahan yang diberikan digunakan untuk benda-benda lain.



Khidmat pesanan ringkas ( SMS ) begitu cepat sekali. Tidak sampai satu minit mesej telah sampai kepenerimanya. Tidak kira dimana saja seseorang itu berada. Kalau liputan dikawasan itu kuat maka dapatlah ia beritanya. Aku merupakan salah seorang pengguna talipon bimbit. Pesanan SMS amat penting dan cepat. Namun bagi sesetengah orang mereka tidak memperdulikan penantian orang yang menghantar SMS. Aku sendiri telah merasainya. Betapa penting kita menghantar SMS. Wang ringgit tidak dikira. Namun bila kita menanti jawapan masih ada yang berat untuk membalasnya walaupun dengan perkataan OK sekali pun.

Adakah golongan ini termasuk dalam mereka yang malas untuk SMS. Baca dan pedulikan. Berkira tentang wang untuk dibalas kembali. Kadang-kadang aku merasa semakin canggih kemudahan semakin malas umat manusia. Bila ditanya adakah menerima SMS kata mereka SMS diterima cuma tak sempat untuk dibalas. Adakah SMS menjadi alat untuk menyerang atau memfitnah seseorang. Janganlah kita menjadi orang yang silap keutamaannya.

2 comments:

maiyah said...

mmg apa saja skrg ni memudahkan lagi keje apalagi kalo nak antar berita hanya dgn hunjung jari.. sudah pasti akan ada penyalahgunaan dlm apa jua sistem yg ada.. biasalah manusia, ada macam2 perangai :)

surajagat said...

kat UK depa panggil SMS tu TEXT.. Hang tlg text kat aku sat no. tel. siMAMAT tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...