Aku diarahkan standby. Kebetulan tempat standby aku berdekatan dengan rumah pangsa yang mempunyai setinggi 21 tingkat. Cuba bayangkan rumah yang setinggi itulah kalau tiada bekalan elektrik seperti terjadi baru-baru ini, bagaimana mereka mengharungi anak tangga menuju keatas. Bukan cerita ini yang hendak aku fokus. Di takdirkan sewaktu aku standby Jawatankuasa surau telah mengadakan satu ceramah agama sempena Maulidur Rasul. Aku gembira sebab pembesar suara begitu jelas kedengaran walaupun aku tidak dapat melihat wajah penceramah. Cukuplah dengan mendengar isi-isi ceramah sudah memadai bagiku. Yang menyedihkan aku ialah terdengar pengerusi majlis merayu penduduk dengan nada sayu, " Harap penduduk-penduduk semua tolonglah jangan baling kasut kebawah ". Dalam hati aku berkata, " Apa ni macam ini punya manusia pun ada ka ".
Tiba-tiba rakan aku menunjuk kasut yang melayang dari atas lalu jatuh diatas khemah. Kemudian melayang lagi selipar jatuh entah kemana. Bagi aku inilah kali pertama aku melihat betapa teruknya sikap penghuni rumah pangsa yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah. Sesuai dengan konsep rumah kos rendah, begitu juga sikap mereka yang berfikiran rendah akhlak. Inikah yang dinamakan penempatan untuk golongan PPRT. Keadaan sosial usahlah diperkatakan lagi. Sewaktu aku membeli makanan dikedai, tidak sanggup aku makan disana sebab anak-anak gadis berjalan tanpa rasa segan silu memakai seluar pendek menampakkkan benda yang sepatutnya ditutupi. Akhirnya aku bungkus saja dan makan didalam bilik.
Kata AJK surau mereka tidak boleh menegur. Kalau ditegur akibatnya parang panjang akan mengejar sipenegur. Akhirnya mereka terpaksa menyimpan perasaan itu dalam hati mereka. Ketika ceramah malam itu, agak ramai yang terkena balingan kasut selipar. Sayang sekali madu yang dibawa tuba yang dibalas oleh segelintir penduduk disitu. Semasa malam menyambut tahun baru cina, flat itu berdentum semacam perang dunia ketiga. Dibiarkan anak-anak membakar mercun yang panjang didepan halaman jiran mereka. Aku yang berada ketika itu terpaksa lari masuk kedalam bilik akibat tidak tahan dengan bunyi bising pembakaran mercun.
Kata AJK surau lagi sewaktu menyambut Ramadhan, kasut juga dibaling diatas bumbung surau. Dari jauh dapat melihat bermacam jenis bungkusan sampah dilempar diatas bumbung surau. AJK surau hanya dapat mengeluh didalam hati dan setiap hari itulah kerja mereka membersih bumbung surau. Semoga Allah memberi ganjaran setimpal kepada AJK surau yang begitu sabar menanggung segala kerenah yang dilakukan oleh segelintir penduduk yang mempunyai mentaliti rendah itu. Kalau ditegur lain pula jadinya. Maka perkara ini akana berlarutan entah sampai bila. Aduhai penghuni rumah pangsa hormatilah jiran-jiran. Jagalah kebersihan rumah. Jangan dibuang sampah dimerata-rata tempat. Bagaimana kita hendak mendidik keluarga jikalau diri sendiri pun tidak terdidik. Berubahlah......
3 comments:
sedihnya ada jugak org yang perangai macam ni..
yg baling tu muslim ke?
adakan undang2 lebih ketat,di tempat/nogori saya, senghaja atau tak senghaja, hukuman nya denda, penjara dan rotan
Post a Comment