Teman-teman

Thursday, February 18, 2010

Kami Nak Juga Budiman

Insyaallah Surau kami akan menjalankan mesyuarat agong pada 21 Februari 2010. Tahun ini akan diadakan perlantikkan Jawatankuasa baru. Aku awal-awal lagi sudah menyatakan yang aku tidak mahu lagi memegang apa-apa jawatan dalam surau. Ingin sekali aku merehatkan mindaku. Terlalu banyak kenangan aku bersama arwah Siti Aishah di surau ini. Kemana saja aku pergi dikawasan surau sudah pasti kelibatnya dapat aku rasai. Terlalu sibuknya dia dengan aktiviti surau.

Kenyataanku ini membuatkan beberapa orang tidak setuju. Mereka masih mahukan aku berada didalam surau. Datang seorang wanita kepadaku. " Kami tahu Budiman tidak dapat melupakan Aishah. Tapi Aishah telah pergi dan telah mendapat bihusnil khatimah. Budiman kena teruskan perjuangan dalam surau. Kalau Budiman tidak ada kami pun tidak mahu memegang apa-apa jawatan". Kata wanita itu. Akhirnya aku amat terkesan bila dia berkata, " Inilah tempatnya kita mencari pahala. Rasulullah pernah diuji dengan bermacam-macam ujian. Namun dakwahnya berterusan. Budiman kena kuatkan semangat dan kami akan berdiri dibelakang Budiman ". Kata-kata itulah membuat aku berfikir untuk menarik balik kenyataanku.

Akhirnya aku berkata, " Insyaallah jikalau Allah masih mahu meletakkan saya dalam barisan jawatankuasa surau saya akan terima ". Kata-kata ini betul-betul melegakan wanita tadi. Dia berlalu pergi sambil menalipon seseorang. Tidak kusangka wanita ini begitu nekad berjumpa denganku untuk menyatakan pendiriannya. Walaupun cara berpakaiannya tidak melambang seorang ustazah namun cara pertuturannya telah membuka kembali mindaku. Apakah selama ini aku tewas dalam perjuangan.

Aku ceritakan peristiwa itu kepada isteriku dan aku meminta pandangannya. " Nah tak kisah kalau abang masih meneruskan dalam surau ". Kata-kata itu terus meyakinkan bahawa aku akan terus memimpin surau. Biarlah matiku seperti arwah isteriku. Sehingga kini masih lagi orang menceritakan akan kebaikannya. Surau atau masjid bukanlah tempat untuk kita mengambil kesempatan peribadi untuk menghalalkan tindakkan kita.

2 comments:

Guru said...

semoga amalan kita diterima Allah sebagai amal baik

Anonymous said...

Apa2 pun semoga kita IKHLAS dalam menjalankan tanggungjawab kita, bukan sekadar memiliki jawatan untuk di bangga2 kan. Banyak AJK yg hanya tunjuk muka bila ada aktiviti, time solat jemaah cukup susah nak jumpa. Setiap tanggunjawab adalah amanah yg akan dipersoal kelak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...