Entah sudah berapa jam aku standby. Sekejap aku talipon isteri dan kadang-kadang pula isteriku yang menalipon. Hanya dengan kemudahan teknologilah kami dapat menghubungi sesama kami. Aku begitu sunyi. Sekejap aku diarah kesini. Sekejap kesana. Apa terdayaku sebab inilah mata pencarianku demi membantu kedua-dua anakku yang sedang belajar. Keletihan usah diperkatakan. Akhirnya aku mendapat berita bahawa aku akan diganti rakan setelah bekerja tanpa henti. Aku menghubungi isteriku memberitahu yang aku nak pulang. Gembira sungguh dia bila mendengarnya. Kasihan juga dekat isteriku. Kadang-kadang terkejut dia bila aku mendapat panggilan talipon yang mengarahkan aku standby. " Abang kerja lagi ka ". Itulah ungkapan yang mampu isteriku luahkan.
Kini aku akan pulang kerumah. Rasa tidak sabar bertemu dengan isteriku. Aku membayangkan yang aku akan membawanya ke pantai, sungai, shopping complex. Kemana saja asalkan aku bersama dengannya. Dalam perjalanan pulang aku terpandang jagung rebus yang dijual oleh seorang pemuda melayu. Jagung rebus merupakan kegemaran isteriku. Sengaja aku tak beritahu isteriku. Nak buat surprise. Itu bisikan hatiku. Jalanraya agak lengang sedikit sebab masyarakat cina sedang menyambut perayaan Kong Hi Fat Cai. Jalanraya dipenuhi dengan bekas pembakaran mercun.
Tibanya aku dirumah kelihatan isteriku sedang mengerjakan solat asar. Setelah selesai berdoa dia menicium tanganku dengan senyuman yang mampu membuatkan jiwaku merasa tenang. Aku mengajaknya turun kebawah sebab nak berikan sesuatu. Aku menghulurkan 3 batang jagung sambil bercakap dalam loghat cina, " Kong hi Fat Cai. Simoga kita dua olang hilup bahagia no ". Sambil menghulurkan jagung kepadanya. " Huihh..bang jagung rebus. Sedapnya . Terima kasih ". Disambutnya jagung lalu dibawa kedapur.
Dia datang kembali dengan membawa mangkuk yang ditutup rapat. " Kong Hi Fat Cai bang. Insyaallah kita dua olang akan hidup bahagia ". Aku tertawa mendengar loghat bahasa cinanya sebiji macam orang cina. mana dia belajar ni. Diletaknya diatas meja dan meminta aku membukanya. Lagi suspen dia buat dekat aku. Asalnya aku yang bagi suspen. Ni sudah terbalik. Aku pula yang kena. Bila terbuka saja penutup, aku menjerit, " Masyaallah pasembur ". Aku tidak dapat mengawal perasaan lagi lalu aku memeluknya sambil mengucap terima kasih. Tersenyum anak-anak melihat telatah kami. " Ish..abang malu dekat anak-anak ".
Akhirnya kami menikmati hidangan bersama setelah 24 jam kami tidak bertemu. Aku membuka topik cerita kepada isteriku. " Kita baru 24 jam tidak bertemu sudah merindui. Bagaimana dengan pejuang islam di Palestin yang terpaksa berjauhan dengan keluarga. Ada pula kehilangan keluarga akibat kekejaman regim zionis. Nah nanti selepas Maghrib kita baca Al-Mathurat dan kita sedekah kepada pejuang islam Palestin semoga Allah membantu mereka ". Isteriku hanya mengangguk setuju sambil kami menghabiskan makanan kami. Selepas solat isyak mataku tidak mampu lagi menongkat dan akhirnya aku zzzzzzz.......Aku tidak pernah melupai perjuangan rakyat Palestin bagi membebaskan negara tercinta mereka. Itulah saja doa yang mampu aku lakukan. Kepada pembaca WN janganlah kita kedekut untuk memdoakan agar umat islam menerima kemenangan. Amin Ya Rabbal Alamin
No comments:
Post a Comment