Teman-teman

Tuesday, February 09, 2010

Rupanya Dia Terusik

Aku menyepi beberapa ketika bukan kerana perkara peribadiku tetapi dik kerana tugasan bersama TNB membuatkan aku begitu sibuk sekali. Akibat kebakaran pencawang tempuh hari, aku dan rakan-rakan diarahkan bertugas 24 jam untuk tidak lagi berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Dalam waktu itulah aku merindui setiap pertemuan. Rakan-rakan, anak-anak dan lebih-lebih lagi isteri kesayanganku Rosnah. Aku merasakan bahawa rumahku seolah menjadi tempat persinggahan seperti Touch n Go. Pulangku hanya untuk melelapkan mata.

Entah kenapa minggu lepas aku begitu bersemangat menceritakan kisah arwah Siti Aishah kepada isteriku Rosnah. Dia hanya mendengar tanpa berkata apa-apa. Akhirnya aku dapat merasai perubahan sikapnya. Kalau selalunya bila aku bertanya satu akan dijawabnya 5. Kini bila aku bertanya 1 dia akan menjawab 1. Aku tahu mesti ada perkara-perkara yang tidak dia senangi. Berdasarkan perangainya yang merupai arwah Siti Aishah. Kalau dia berkecil hati pasti dia diam menyepi. Tahulah aku kalau ada yang dia tidak bersetuju dengan perangaiku. Kini Isteriku Rosnah juga begitu. Jadi aku begitu mudah dapat merasai sesuatu.

Akhirnya aku bertanya adakah marahnya padaku kerana aku banyak menceritakan kisah Siti Aishah. Akhirnya benar sangkaanku. Akibat kekerapan yang tidak aku sengaja menceritakan tentang Siti Aishah membuatkan dia merasa cemburu seolah-olahnya dia tidak pandai mendampingku. Akhirnya baru aku tersedar rupanya selama ini aku terlalu mengikut alunan mainan perasaan. Cepat-cepat aku memohon maaf padanya dan berjanji bahawa bermula saat itu aku tidak akan menceritakan kisah Siti Aishah didepannya. Sebelum aku mengeluarkan sesuatu perkataan kepadanya, aku pasti memikirkan dua atau tiga kali.

Tidak terniat langsung untuk menyakiti hatinya. Tersenyum dia bila aku berkata demikian. Terus dia mengajak aku ke Pulau Betong iaitu tempat nelayan menurunkan ikan-ikan segar. Alahai..dalam hati kecilku berbisik inilah tempat yang aku dan arwah Siti Aishah kerap pergi. Ketika aku tidak sibuk dengan tugasanku, dia akan mengajak aku kesana. Aku tahu bukan kerana ikan sangat tetapi suasana tempat yang sejuk mata memandang membuatkan dia begitu selesa kesana. Bila aku sampai di kuala Pulau Betong memori itu berputar memainkan kembali gambaran sewaktu bersama Siti Aishah.

" Bang.. termenung jauh lihat apa ". Tegur isteriku. Namun aku berkata bahawa aku begitu tertarik dengan keindahan alam ciptaan Allah. " Abang dan Aishah pernah datang sini ka ". Ya Allah apa saja yang aku fikir seolah-olahnya dapat dia membacanya. Aku cuma diamkan saja tanpa menjawab soalan itu. Akhirnya aku mengajak dia mencari ikan semilang. Aku melihat dia begitu gembira bila aku tidak lagi termenung sendirian manakala dia keseorangan memilih ikan. Selesai membeli ikan kami berdua ke warung laksa yang terkenal disitu. Aku begitu gembira bila melihat dia berceloteh tentang perkara-perkara yang terjadi kepada kami. Sedikit sebanyak aku merasa tenang bila bersamanya. Sewaktu dalam perjalanan pulang DJ memmutarkan lagu KepadaMu Kekasih nyanyian M.Nasir, Jamal Abdillah dan Hattan. Lagu ini begitu merasap dalam diriku ini seolah - olahnya aku sendiri sedang meratapinya. Dengarl dan saksilah video ini

3 comments:

MaMa MoDeN said...

salam saudara budiman
hati seorang wanita bernama isteri sukar dijangka...

yg lama dikenang, yg baru disayang
apapun semoga tabah mhadapi segalanya..

bersyukur dgn apa yg ada...
cemburu tandanya sayang...

hentian said...

Satu kesilapan jika menceritakan kelebihan wanita lain di depan isteri.

Agaknya bagaimana perasaan kita kalau isteri menceritakan kelebihan lelaki lain di depan kita?

MaMa MoDeN said...

salam
setuju sangat2 dgn Insan Marhaen..
wanita bergelar isteri juga ada hati & perasaan. Kalau suami ada rasa cemburu pd isteri tambah2 lah lagi para isteri yg hanya ada 1 akal & 9 nafsu bbanding dgn suami yg sebaliknya Allah anugerahkan..

kalau kita nak isteri jaga hati & perasaan kita suamipun kenalah juga jaga hati & perasaan isteri. sama2 memberi & menrima, barulah fair...

sedangkan Aisyah isteri Nabi yang amat terpuji tingkahlakunya pun cemburu bila Rasulullah memuji2 madunya, inikan kita seorang wanita biasa yang bergelar isteri kepada lelaki biasa....

sama2lah kita menjaga hati pasangan kita k...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...