Teman-teman

Wednesday, February 24, 2010

Tuan Mencemarkan Nama Baik Celcom

Aku bertugas pagi hari. Seorang rakanku menerima panggilan talipon. Kemudian dia mengeluarkan kad ATM lalu membaca nombor kad. Aku dapat mengagak tentu ada sindiket yang menalipon. Kawanku mematikan talipon dan bertanya aku samada celcom ada membuat tawaran hadiah. Kawanku diberitahu bahawa dia telah memenangi cabutan misteri sebanyak RM5000 dan telah diarahkan ke bank untuk urusan kemasukan wang hadiah itu. Aku berkata kepadanya yang itu semua adalah penipu.



Sebentar kemudian dia mendapat panggilan talipon dari nombor yang tak dapat dijejaki. Aku mengambil talipon rakanku lalu menjawab. " kenapa tuan mematikan panggilan talipon ". Loghatnya dalam bahasa Indonesia. Memang aku dah agak. " Tak ada bateri weak tadi ". Sengaja aku melayannya. " Ok tuan berapa lama tuan boleh sampai ke bank. Saya akan panggil kembali ".
" Kenapa awak sibuk minta saya ke bank. Awak ni tak ada duit sangat ka sehingga terpaksa nak menipu orang ". Aku sengaja bagi dia marah dan ternyata dia begitu marah dekat aku.

" Saya nak bercakap dengan tuan punya talipon ". Suara marahnya amat ketara. " Saya tuan punya talipon. Kenapa.... Awak nak berapa ringgit untuk makan. Tak payah menipu ". Nada geram aku pun dah naik tapi aku kawal baik punya. " Tuan telah mencemarkan nama baik celcom dengan menuduh saya penipu ". Tiba-tiba terkeluar loghat Bangla pula. " Memang awak penipu. Awak datang ke Malaysia untuk mencari makan tetapi awak nak perbodoh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia tidak bodoh macam negara awak.

" Tuan telah mencemarkan nama baik celcom. Nama tuan akan disenarai hitamkan oleh celcom ". Marah sungguh dia sehinggakan asyik ulang yang aku telah mencemarkan nama baik celcom. Aku ketawa kuat sambil berbual dengannya. " En yang bodoh lagi penipu...celcom tak buat macam inilah. Dia tak pernah buat panggilan macam ini. Orang bodoh saja yang buang masa buat macam ini. Kalau awak islam lebih baik pergi solat dan minta ampun dengan tuhan kerana buat kerja bodoh ". Aku terus buat dia marah dan dia betul-betul punya marah sehinggakan dia terus mematikan taliponnya. Rakanku hanya terdiam. Mungkin dia terpengaruh tadi. Katanya nasib baik juga kalau tidak duit gajinya akan kehilangan.

2 comments:

Insan Marhaen said...

Eh, dah macam iklan Celcom pulak...

bearcat said...

Kawan G terima panggilan macam ni. Dia saja umpan penipu tu sebab nak tgk modus operandi depa.
Penipu tu suruh dia pi ATM dan masukkan nombor pin. Kawan G kata dia dah masukkan no pin walhal dia dalam kereta.
Si penipu kata kenapa tak boleh connect? Cuba sekali lagi...no pin salah kot.

Nampak sangat penipu2 ni cerdik, depa ada link dengan ATM dan dapat buat transaksi ke akaun depa.

Tapi depa tak tau kawan G lagi cerdik, tipu depa. Dia pi report ke Celcom. Malangnya Celcom bukan buleh ambik tindakan pun.

Samalah tu..si penipu tu cakap loghat Indon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...