Teman-teman

Monday, February 22, 2010

Kita Joging Dulu

Aku bergegas pulang dari kerja. Jam 2.30 petang akan diadakan mesyuarat agong surau. Walaupun badan keletihan, aku terpaksa menunaikan tanggungjawabku kepada masyarakat. Isteriku menyambutku dengan senyuman. " Bang..hari ni Nah masak kari ikan talang masin ". Mendengar nama kari saja aku dah telan air liur. Hari Sabtu dan Ahad barulah aku dapat merasai masakannya. Aku tak kisah sangat tentang makanan. Kalau dulu semasa aku baru berkahwin dengannya, aku amat terasa bila dia hanya membeli makanan bila pulang dari berniaga. Aku begitu merindui makanan seperti yang dimasak oleh arwah Siti Aishah.Kini aku telah dapat menerima kenyataan yang kedua-dua isteriku tidak sama cara mereka. Aku faham akan keadaannya. hati aku tidak lagi sesayu dulu. Kata orang badan aku dah semakin naik. Ini yang merisaukan aku. Sebelum aku melangkah keluar untuk ke mesyuarat agong sempat juga dia berpesan, " Apa yang Allah bagi jangan ditolak bang. Kita bukannya meminta jawatan ". Akhirnya aku telah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Surau. Bertambahan tanggungjawabku yang sebelum ini sebagai Setiausaha surau. Gembira kaum wanita bila aku menjadi Timbalan pengerusi Surau.


Ketika aku pulang terus dia tersenyum bila aku beritahunya yang aku menjawat sebagai Timbalan Pengerusi Surau. " Bang lepas ini abang ada apa program ". Tanya isteriku. Selalunya kalau ada apa-apa yang dia nak ajak aku kemana saja soalan itulah yang ditanya. Dia pun faham yang aku begitu sibuk dengan kerjaku dengan TNB. Tangungjawabku dengan NGO dan surau. Kadang-kadang kesian juga dekat isteriku. " Malam ini abang free. Kenapa ". Soalku pula. " Tak ada, ingat malam ini nak ajak abang joging bersama didalam rumah ". Dibukanya bungkusan peralatan joging yang lama terbiar. Katanya selama ini dia malas joging seorang diri


Agak lama juga aku tidak mengeluarkan peluh. Asyik sibuk dengan kerja saja. Selepas selesai solat maghrib maka kami pun bermula sesi joging. Berpeluh satu badan aku setelah setengah jam joging didalam rumah. Setelah peluh kering badan aku terasa cukup segar sekali. Jarang sekali aku nikmati peluh membasahi badanku. Dulu aku begitu giat dalam sukan badminton. Boleh dikatakan setiap malam ada saja permainan badminton dengan rakan-rakan. Selepas aku begitu sibuk dengan tugasku lama kelamaan aku tinggalkan sukan badminton seperti mana aku tinggalkan alam persilatan. Setiap malam sebelum tidur aku pasti mengambil masa beberapa minit berlatih sendirian buah-buah silat. Terasa sayang untuk melupakannya. Kata guru jikalau tidak mahu lupa kita kena mengajar. Itu yang aku tidak mampu aku lakukan.

Ketika fikiranku melayang jauh mengingatkan tentang kisah bagaimana aku terlibat dalam alam persilatan bersama blogger Insan Marhein dan Jendela Hati, aku terkejut bila isteriku membawa sepinggan mee rebus. Subhanallah aku tak sanggup melihatnya lebih lama lagi. Dengan lafas bismillah aku makan sambil melupakan yang aku baru saja selesai joging. Ketawa isteriku melihat aku makan sehingga merah muka akibat kepedasan mee rebus. " Ini mee rebus Penang. Betul-betul punya ho liau katanya ". Aku pula tertawa mendengar gurauannya. Saat inilah yang aku nantikan. Untuk mendapat jadual pusingan ini aku terpaksa menanti bulan hadapan pula dan ia tentu suatu penantian yang kami idamkan.

2 comments:

scr said...

pergh...lepas ni..pakjang slim abeh la...hehe..best tuh..

Syed - i am AGEL said...

huhu..
yang penting sihat....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...