Teman-teman

Thursday, September 09, 2010

Aidil Fitri Dirasai. Ramadhan Hampir Berlalu

Menjual daging di Pekan Juru bermula pada tengah malam

Alhamdulillah. Esok umat islam akan menyambut Aidil Fitri. Ini merupakan Aidil Fitri kedua aku dan isteriku. Semalam aku bersama anak lelaki menziarahi pusara arwah isteriku. Terasa amat sebak dihati sudah hampir 2 tahun dia meninggalkan kami semua. Sambil berdoa terasa airmata membasahi pipi. Itulah yang pastinya berlaku bila aku berada dipusara arwah isteriku. Insyaallah Aidil Fitri ini sekali lagi kami akan kesana. Rata-rata masyarakat sudah sibuk dengan hari raya. Kedai-kedai menjual santan begitu sesak sehingga perlu berbaris walaupun hendak membeli hanya sekilo santan.

Dipasar-pasar begitu juga kelihatan jauh berbeza seperti sebelumnya. Aku dan isteriku tampak relax sedikit sedikit sebab kami sudah prepair dari awal lagi. " Bang kita balut ketupat dalam daun pisang sajalah ". Kata isteriku. Tahun lepas ibu mertuaku menyediakan ketupat untukku. Tahun ini dia keuzuran akibat penyakit jantungnya. Jadi tahun ini kami buat sendiri ketupat. Tak perlu guna tradisional seperti membalut dengan daun palas. Rasanya tetap sama. Aku siang-siang lagi meminta isteriku membuat kuah kacang untuk dimakan bersama nasi himpit. Itulah makananku sejak azali lagi ketika menyambut Aidil Fitri.

Semalam aku ketempat kerja. Kelihatan dipekan sudah penuh dengan manusia beratur untuk membeli daging. walaupun jam menunjukkan pukul 12 malam tidak menjadi masalah kepada mereka. Seronok juga aku melihat daging-daging yang fresh disangkut untuk dipotong. " Ya... bang nak beli berapa kilo daging ". Kata pakcik bila melihat aku datang. " Tak pa saya nak tangkap gambar ". Kataku sambil snap gambar. Sinaran flash membuatkan mereka terkejut.
" Mana punya reporter ni ".
" Ala TNB tangkap gambar ". Kata seorang dari rakan mereka. Aku tersenyum bila mendengar perkataan reporter. Dalam hati aku berkata bukan reporter tapi blogger.

Di kesempatan ini WN ingin mengucapkan kepada pembaca semua Selamat Menyambut Aidil Fitri dengan ucapan Taqabbalallah Huminna Waminkum - Semoga Allah menerima amal-amal kita semua. Harap-harap apabila kita keluar dari institusi Ramadhan kita kita mendapat taraf Diploma atau Ijazah. Jangan pula kita hanya mendapat 2 sijil iaitu sijil lapar dan dahaga. Maaf Zahir Dan Batin kepada pembaca yang budiman. Komen-komen dan teguran kalian semua telah sedikit sebanyak mematangkan diriku. Jumpa lagi no..... Buat folower-follower yang kini telah mencecah seramai 100 orang, terima kasih WN ucapkan. Tanpa sokongan kalian semua siapalah Warna Nostalgia. Teruskan memberi sokongan anda.


2 comments:

Marina Monroe said...

Salam Ziarah, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitra bersama keluarga tersayang.

Ariff Budiman said...

Terima kasih puan Marina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...