Teman-teman

Saturday, September 18, 2010

Dah Ada Di Kajang

Bertolak dari taiping jam 11 pagi. Kata mereka nak konvoi beramai. Syukur aku dengar kata-kata itu. Tapi bila mereka berada diatas jalanraya semuanya kehilangan akan perkataan konvoi. Mereka seronok memecut meninggalkan kereta aku yang mematuhi had laju. Aiseyman betul ka ni. Aku hanya memecut 120 km saja. Ini bermakna mereka begitu laju. Akhirnya kami mengambil keputusan akan berhenti di R & R Sungai Buloh. Senang cerita. Mereka mau, mereka tunggu aku. relax sikit aku memandu. Tiada tekanan. Akhirnya aku sampai di R & R Sungai Buloh jam 5 petang. Kalau dah sampai di Sungai Buloh tak ada lain makanan la aku nak cari kalau bukan Satay Hj Samuri. Namun dihalang oleh kaum keluarga lain. Kata mereka malam nanti ramai-ramai akan makan Satay di kajang. Apa nak buat dah datang rombongan katakan. Terpaksa akur. Soto juga menjadi pilihanku. Setelah kenyang kami bertolak ke Kajang. Sampai sudah masuk waktu maghrib. Kami semua buat jamak bagi memudahkan berjalan malam. Tiba-tiba mereka mengambil keputusan tak mau pergi ke Kajang kerana letih. Itulah cakap sebelum letih begitulah. Kempunan juga aku nak makan satay Kajang. Tunggu pula nanti esok macam mana.

R & R Sungai Buloh

2 comments:

Insan Marhaen said...

IM: satay kajang kat penang ni kan banyak. pi jauh-jauh buat pe?

Ariff Budiman said...

Sini asli sikit sebab di kajang. Yang Penang tu dah menjadi satay penang dah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...