Teman-teman

Sunday, September 26, 2010

Luka Lama Berdarah Kembali

Entah kenapa semalam aku bertemu kembali dengan seorang rakan sekerja yang sudah belasan tahun tidak ditemui. Tiba-tiba semalam dia muncul didepanku. Kami berpelukan maklumlah sudah lama tidak bertemu. Sebelum berkahwin kami sama-sama bermotosikal mencari ilmu agama. Segala cerut rantau kami masuk dengan tujuan untuk mendalami ilmu agama. Setelah dia terjebak dalam kancah politik dan bergiat terus dalamnya hubungan kami sedikit renggang disebabkan aku tidak berminat dengan politik. Akhirnya disebabkan tugasan kami tidak lagi bertemu.

" Ariff apa khabar ". Dia memulakan pertanyaan. " Alhamdulillah kalau saya ada disni kira sihatlah tu ". Perlahan aku menjawab. " Isteri dan anak-anak bagaimana. Semuanya sihat ka ". Tersu dia bertanya. " Anak-anak alhamdulillah sihat tapi isteri saya meninggal pada bulan 12 tahun 2008 ". Terasa sedikit sebak bila aku menyebut isteri meninggal. Ternyata rakanku terkejut diatas kematian isteriku. Katanya dia tidak mendapat berita. Akhirnya apabila ditanya aku terpaksa mencerita segala apa yang terjadi terhadap kami sekeluarga. Menangis rakanku bila mendengar aku telah diuji sebegitu. Katanya kalau dia entah macam mana dia akan menghadapinya.

Aku hanya mampu menangis sepuasnya. Inilah kali pertama aku menangis begini. Sudah setahun lebih aku memendam rasa. Aku tiada siapa untuk meluahkan perasaan ini. Nak luah pada ibu, beliau pun uzur apatah lagi untuk mendengar masalahku. Kepada adik beradik, mereka pun mempunyai masalah mereka. Hanya dua orang saja yang sudi mendengar masalah aku. Mereka ialah ibu angkat aku dan sahabat baik baik Siti Aishah. Selebihnya aku luahkan bila keseorangan dilaut. Bila menunggang motosikal aku luahkan segalanya. Bila pulang kerumah aku tenang sedikit bila melihat isteriku.

Yang paling kerap aku terima ialah perkataan, " Sabarlah. ini merupakan ujian Allah ". Perkataan ini juga aku gunakan tatkala menasihati rakan-rakanku yang kematian isteri. Kini aku telah merasainya. Begitu perit sekali. Tatkala aku hendak melupai segala kenangan silam tiba-tiba ia muncul kembali. Tapi kali ini tidaklah seteruk sebelumnya. Aku sudah dapat mengawal emosiku. Syukur ada orang yang sudi menerimaku. kalau tidak entahlah apa nasibku kini.

3 comments:

Insan Marhaen said...

hi, hang terlupa satu lagi hamba Allah yang tak pernah jemu dengar luahan hati kecilmu................blog!

bearcat said...

Betui, blog pun sahabat baik yang sudi dengaq kisah suka duka kita tanpa banyak komen.

hrusli61 said...

Selagi kita sihat dan ingatan masih berfungsi baik segala kenangan silam tidak boleh dibuang.

Menangislah kerana kita mampu menangis. Mungkin di luar sana ada insan yang lebih hebat diuji tetapi tidak mampu menangis lagi.

Syukur Allah masih memberi peluang untuk kita teruskan hidup ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...